Ahad, 20 November 2016

Beli Tiket Bas Ekspress ke Penang di Terminal 1 Seremban Pada Saat Akhir

Image result for terminal one seremban

Kisah ini adalah sambungan entri ini

Ok lah, kita sambung cerita entri yang lepas. Cuba tengok balik entri yang lepas. Saya hanya beli tiket bas ekspress balik dari Penang ke Seremban. Tetapi, tidak membeli tiket pergi dari Seremban ke Penang! Haru betul!!

Kenapa?

Saya pun tidak mahu jadi begitu. Tapi nak buat macam mana kan.

Saya mula meninjau-ninjau tiket bas ekspress ke Penang di easybook.com sejak hari Ahad lagi (23/10/2016). Pada waktu itu, tiket bas ekspress untuk pergi balik ke Penang memang banyak. Waktu itu, saya tidak terus membeli, sebab takut hanya saya seorang sahaja dalam bas. Tak pasal-pasal hanya saya dan abang driver je. (Saya bukanlah jatuh dalam kategori seorang yang berani giler).

Saya juga mengambil kira pengalaman trip solo saya ke Penang tahun lepas. Jadi, tahun ini ialah kali kedua saya ke Penang (trip solo)

Tiket bas ekspress waktu lain masih banyak dan dah ada penumpang. Hajat di hati saya, saya nak bertolak dari Seremban jam 11:00 malam atau 11:30 malam, dijangka sampai di Penang jam 5:00 pagi atau 5:30 pagi.  Hari Isnin (24/10/2016), bas masih kosong. (Oh, tak ramai yang bercuti waktu ni kot, dalam hati saya)

Hari Selasa (25/10/2016), tiket bas ekspress pergi ke Penang masih kosong (masih tiada penumpang jam 11:00 dan 11:30 malam) Tetapi, hanya tinggal beberapa tiket bas ekspress sahaja untuk balik dari Penang ke Seremban. Hanya ada 2 waktu pagi untuk bas ekspress bertolak dari Penang ke Seremban. Satu, jam 9:00 pagi dan yang kedua jam 11:00 pagi. Jadi, saya pun belilah tiket bas ekspress jam 11:00 pagi itu. 


Yeah! Tiket bas ekspress balik dari Penang ke Seremban dah beli. Esok beli tiket bas ekspress pergi dari Seremban ke Penang pulak (dalam hati saya)

Untuk pengetahuan semua, sebelum saya  beli tiket bas ekspress pergi balik ke Penang ini, saya sudah pun menempah bilik di Lang Hoose Residence pada hari Ahad (23/10/2016). Haaa kelasss tak? Tiket bas ekspress belum ada tapi dah tempah hotel siap-siap haha!!

Hari Rabu (26/10/2016), saya sibuk sepanjang hari dan tak sempat nak tengok tiket bas ekspress di easybook.com. Malam itu, baru saya teringat yang tiket bas ekspress pergi ke Penang belum beli lagi! Haruuuu!!

On laptop, tengok easybook.com haaaaa, tiket bas ekspress ke Penang habis lorrrr. Masa ni dah macam kucing hilang anak dah!! 

Apa nak buat nih?
Kenapa tak beli je tiket bas ekspress pukul 10:00 malam tu! (sebelum tiket tu habis)
Alaaa tak jadi ke percutian ni?
Alamak, kena lah batalkan hotel! 
Adoiii, habis burn tiket bas ekspress balik dari Penang ke Seremban!

Waktu tu kelam kabut betul. Rasa nak pitam. Saya gosok mata banyak kali. Betul ke tiket bas ekspress ke Penang dah habis nih???

Waktu tu dah pukul 8:00 malam okeh! Saya kena dapatkan tiket bas ekspress jugak sebab saya nak bertolak ke Penang, malam esok Khamis (27/10/2016). Saya panik! Lalu, timbullah idea ke Terminal 1 Seremban untuk beli tiket bas ekspress ke Penang.

(Ok, cuba cari kat Terminal 1. Sekurang-kurangnya cuba dulu sebelum menyerah. Mesti ada penyelesaiannya ni) Ini lah kata-kata yang bermain-main dalam kepala saya.

Pukul 8:20 malam, waktu itu sedang gerimis. Saya drive dari Bahau ke Terminal 1 Seremban. Jam 9:45 malam saya sampai di Terminal 1 Seremban. Terus ke kaunter tiket bas ekspress. Nasib baik, banyak kaunter tiket bas ekspress yang buka.

Tapi yang peliknya ialah, orang yang jual tiket bas ekspress tak duduk dalam kaunter, diorang duduk di luar kaunter.

Kaunter 1
"Saya nak pergi Butterworth"
"Habis"

Kaunter 2
"Saya nak pergi Butterworth"
"Dah habis. Kalau nak bas tambahan, ada lah"
"Pukul berapa?"
"11:00 malam"
"Oh, berapa?"
"RM 55" (atau RM60) saya tak ingat
"Hah mahal nya!"
(Akak tu tengok saya atas bawah atas bawah. Agaknya dia cakap dalam hati "kalau kau nak murah dik, kau bawak bas sendiri" hehe, agaknya lah)

Kaunter 3
"Saya nak pergi Butterworth"
"Ada bas tambahan"
"Berapa?"
"RM50"
"Pukul berapa?"
"10:00 malam"

Saya telefon kawan saya

"Boleh percaya ke orang tiket bas ekspress jual kat luar kaunter tiket ni?"
"Kena hati-hati lah"
Tiba-tiba ada seorang pakcik ni terdengar perbualan saya, lalu berkata:
"Dik, Seremban takde ulat tiket dik, jangan takut"

Ok, nampaknya pilihan terbaik ialah membeli tiket bas ekspress ke Penang di kaunter 2. 

"Akak, saya nak single seat"
"Bas tambahan, takde single seat dik" (nasib baik akak tu tak jawab "dah ada bas pun dah bagus dik oii!")
"Oh, saya nak seat depan-depan, tak nak seat belakang-belakang. (nampak tak permintaan setinggi gunung haha!!)
"Bas tambahan takde nombor seat dik, duduk je mana"
"Hah?"
"Takpe, nanti akak adjust awak duduk dengan perempuan" (macam tau-tau je akak ni)

Banyak benda saya tanya. Al-maklumlah saya tak pernah naik bas ekspress tambahan. Satu lagi, kalau saya kena tipu, siapa nak bawak saya balik dari Seremban ke Bahau? Sebab semua orang dah cuti. Saya pulak dari Bahau ke Seremban pun naik bas.

Ini adalah percutian saya yang paling huru-hara sekali sebab:
1. Belum ada tiket bas ekspress, dah tempah hotel
2. Belum ada tiket pergi ke Penang, dah beli tiket bas ekspress balik dari Penang ke Seremban haha!!

38 ulasan:

  1. tabahnya hati kalau mcm ni!! huhuhuhuhu :( penah kena

    BalasPadam
  2. Nak juga bercuti, kenalah uruskan sampai berjaya cari tiket bas pergi Penang tu ^_^

    Saya pun acah-acah aje berani tapi kalau terpaksa melalui, takut juga. Tak beranilah saya naik bas ekspres malam-malam macam ni, lagi-lagi kalau penumpangnya 'kau dan aku' aje. Ada faham? Hehehe!

    Nasib baiklah ada bas tambahan yerk. By the way, bas tambahan tu memang bermaksud betul-betul bas ekpres tambahan atau bas sekolah jadi bas tambahan atau cuma seat tu aje dijual mana nak pada bas yang masih tak penuh dengan penumpang?

    Errr...sorry ya cikgu! Saya dah lama tak naik bas katanya!

    BalasPadam
    Balasan
    1. yep, cari tiket sampai dapat!

      bas tambahan yang saya naik ni, memang bas ekspress, cuma bas ni nama dia lain. kaunter tiket tu nama lain.

      Padam
  3. Laaaa tu ke puncanya x beli tix pegi tp beli tix blk dulu..lawak! Kalau sis JM x berani buat mcm tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. a ah ni la sebenornya. ni acah-acah berani je JM haha

      Padam
  4. Biasa sis JM cari return tix dulu baru booking hotel

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya takut hotel habis sebab dalam Agoda, selling fast...tu yang risau

      Padam
  5. Kalau sis JM lah kan beli je tix pergi tu walau time nak beli tu cam x ada org nak naik tp percayalah mesti penuh bas tu nanti

    BalasPadam
    Balasan
    1. tulah, lain kali nak buat macam tu...beli je dulu kan senang

      Padam
  6. Tp kalau betul lah x asa org dlm bas tu kecuali driver bas mmg bahaya

    BalasPadam
  7. Sis JM pernah tau ada pengalaman naik bas tambahan ni..yes! Bas tambahan ni x ada seat duduklah mana2 tempat kosong.. kes siso JM lg seram waktu naik bas tu bas kilang tau bwk pekerja asing semua lelaki dlm bas tu ada sorang je pompuan dah tua so sis Jm duduk sblh makcik tu. Tiket kam 11 mlm..dalam perjalanan tu boleh plak enjin berasap air kering semua turun..dlm 5min plos peronda dtg dia pun risau pesal naik bas tambahan yg semua nya lelaki..syukur selamat..kalau boleh elak dari naik bas tambahan ni..komen leh buat satu entri 😂

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya Allah, seramnya sis! nak pergi mana ke mana? jauh tak? berani gilo sis nih!!

      Padam
  8. memang kena hati2 nk travel solo ni..

    apa2 pun smoga dpt tiket..huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul
      dah pergi dah pun. alhamdulillah dah selamat balik sini ;)

      Padam
  9. lama dah tak naik bas. memang kalut gak kalau bas tambahan ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. tulah sis, first time, gabra betul huhu

      Padam
  10. SS tumpang sengih manja kat entry ni....

    BalasPadam
  11. tips dari SS... nak travel kena ada tix pergi dan balik... mana satu kena beli dulu? Of coz tix pegi... baru fikir tix balik... tix balik balik boleh diusaha dgn memacam cara... naik bas sambung2 pon boleh...

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha, memang selalu nya saya beli tiket pergi dulu sis, ntah macam mana trip kali ni, boleh beli tiket balik dulu, haru betul lah haha!!

      Padam
  12. Tips hotel... cari hotel yg free cancelation... means x ada charge dikenakan... so boleh cancel before the date yg ditetapkan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. wah, ilmu turun dari sifu, toche toche ;)

      Padam
  13. Apa apa pon... kalu nak travel... NO TIX NO TALK! 😂😂😂

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha, i learned my lesson sis ;)

      unik tak saya? mesti first time sis jumpa orang macam saya kan? haha

      Padam
  14. confident benor ni..dah book hotel n tiket balik..tapi tiket ke penang belum beli..hihi...
    alhamdulillah ada bas tambahan..kalau tak haru..

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha first time jadi camni cik tom, level confident tinggi bebenor hehe

      Padam
  15. ciktom..kalau tak sure nak ke sana..ciktom akan book hotel yg offer free cancellation or boleh bayar kat hotel..so secure skit duit kat situ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. yep, saya amik yang free cancellation ;)

      Padam
  16. adoiii la kak ioooo... mcm2 hehehe haru biru pink coklat semua ada hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha adoiii lah kan, jangan tiru aksi ini!

      Padam
  17. adoiii...camne tu kalau semua tak menjadi..mesti lagi haru biru,,

    BalasPadam
  18. Haha adoi Sofe pulak yg nervous jdnya baca story awak. Terasa gelabah ya time tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan...neves giler weh...Allah saja yang tahu

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...