Selasa, 13 September 2016

Tawaran Kemasukan Ke Tingkatan Empat Maktab Tentera Diraja 2017-2018

Image result for maktab tentera diraja

Maktab Tentera Diraja (MTD) akan membuat pengambilan pelajar bagi kemasukan ke Tingkatan Empat Tahun 2017.

Tawaran ini terbuka kepada pelajar lelaki Tingkatan Tiga Tahun 2016 yang memenuhi syarat-syarat berikut:
  • Warganegara Malaysia
  • Jantina - Lelaki
  • Tinggi minimum - 152 sm
  • Berat minimum - 40.5 kg
  • Body Mass Index (BMI) - 18-27
  • Ukuran dada 74sm (biasa) dan 79 sm (tarik nafas)
  • Penglihatan - baik dan tidak rabun warna
  • Sihat tubuh badan dan tidak berpenyakit yang boleh memudaratkan diri jika melakukan aktiviti lasak
  • Memperoleh keputusan yang baik di dalam peperiksaan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) Tahun 2016 termasuk subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Permohonan boleh dibuat mulai sekarang namun keputusan sama ada layak menghadiri temuduga hanya akan dimaklumkan selepas keputusan PT3 diumumkan.
  • Keutamaan diberikan kepada calon yang aktif dalam sukan, kelab, persatuan, pasukan beruniform dan muzik.
Calon-calon yang berminat dipelawa untuk membuat permohonan melalui pengisian borang secara atas talian di laman web www.rmc.edu.my 

Calon-calon yang layak akan dimaklumkan status permohonan mereka melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) selepas keputusan PT3 diumumkan

Tarikh tutup: 30/11/2016

Sesi temuduga bagi calon-calon dari Semenanjung Malaysia akan diadakan pada minggu kedua bulan Januari 2017, manakala bagi calon-calon dari Sabah dan Sarawak akan diadakan pada minggu ketiga bulan Januari 2017

Sepanjang tempoh pengajian, pelajar tidak dikenakan sebarang bayaran (kecuali yuran PIBG, yuran kecemerlangan akademik, insuran dan kebajikan). 

Semua kemudahan yang disediakan adalah diberi secara percuma yang meliputi sajian, penginapan, buku teks, buku kerja, buku tulis dan alat tulis serta uniform.

Pelajar juga akan diberi elaun wang saku sebanyak RM100 setiap bulan.

sumber: Maktab Tentera Diraja

15 ulasan:

  1. semoga anak2 berjaya semuanya

    BalasPadam
  2. wahhh ada anak lelaki yg sihat tubuh bdn elok la hntr skolah ni.

    BalasPadam
  3. Salam perkenalan...
    Mesti ramai yang memohonkan :)

    BalasPadam
  4. MTD mempunyai reputasi yang sangat bagus...siapa yang berpeluang masuk tu sangat beruntung

    BalasPadam
  5. X sangka ada sekolah tentera gini.

    BalasPadam
  6. saya memang minat jadi salah seorg tentera dahulu, namun rabun teruk...huhu

    BalasPadam
  7. sis raihanah: amin

    nor azman: memang ;)

    nina: berkhidmat untuk negara

    amy: ramai budak lelaki yang berminat

    seri: pengkhusan untuk budak lelaki

    BalasPadam
  8. RMC ni dulu berlumba-lumba dengan MCKK. Tapi sekarang ni macamana ya? Popular lagi ke RMC ni di kalangan pelajar?

    Saya dah beritahu kat anak-anak lelaki saya, mereka tak dapatlah nak tinggal di asrama sampai habis SPM. Mommy depa ni overkan, nanti dengan Mommy sekali duduk kat asrama ^_^ Jenuh warden nak menghalau suruh balik rumah!

    BalasPadam
  9. kalau ada anak lelaki boleh mohon ni.

    BalasPadam
  10. tingat ms sek dulu tingin nk masuk maktab tentera ni... ;-)

    BalasPadam
  11. Mummy: Maktab tentera diraja memang popular mummy ;)

    lokman: terima kasih

    Berita: mohon lah ;)

    anies: Maktab tentera ni untuk kaum adam je anies ;)

    BalasPadam
  12. mesti ramai student lelaki yang berminat nak join MTD ni kan..tapi syarat strict jgk tu utk ciri2 fizikal..pada calon PT3 yg memohon good luck!

    BalasPadam
  13. cik tom: MTD memang popular cik tom...tugas mempertahankan negara, memang perlukan yang terbaik, gagah perkasa gitu hehe

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...