Selasa, 5 April 2016

Karnival Jom Masuk U di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi

jom masuk u, ukm

Hari Ahad yang lepas, saya dan rombongan sekolah ke Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi untuk Karnival Jom Masuk U. 

Kali ini ntah kali ke berapa saya menghadiri karnival sebegini. Tak terkira kot. Sejak jadi kaunselor sekolah. 

Apa yang ada di sana?
Mestilah ada orang kan. Ramai giler. Tapi mungkin tak seramai hari Sabtu. Kawan-kawan yang pergi hari Sabtu cakap, jalan macam siput. Terlalu sesak. Hari Ahad, ok lah. Nasib pergi hari Ahad.

Apa yang ada lagi?
Booth Universiti Awam (UA) dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS). IPTS ni terlalu banyak sampaikan ada nama-nama yang tak pernah di dengar pun. 

Dekat booth-booth ni lah, diorang akan terangkan pasal universiti diorang ni. Kursus-kursus yang ditawarkan, syarat kelayakan dan sebagainya.

Kadang-kadang murid-murid tanya kaunselor, kaunselor pun tak terjawab, bukan apa, sebab terlalu banyak institusi pengajian yang ada. Jadi, inilah platform terbaik bagi murid-murid bertanyakan terus soalan-soalan yang terbuku di minda itu kepada orang-orang lebih arif di booth-booth tersebut.

Selalunya, orang yang berada di booth ialah mereka yang arif tentang sesebuah institusi itu. yelah, masa inilah nak promosi habis-habisan kan institusi masing-masing.

Ini Husna, bekas anak murid. Sekarang di SMAP Labu. (Anak murid lagi cerah bersinar dari cikgu)


Ini pun Husna jugak, sekarang di SMAD Kelana. (Lagi tinggi dari cikgu)

Tingkatan 5 tahun ni. (Anak murid lagi ceria dari cikgu. Sebab diorang tak tahu apa dah cikgu dia lalui bagi menjayakan rombongan kali ni)

Bawak budak tingkatan 5 ni memang bagus. Tepati masa. Senang hati. Makan, Solat diorang urus sendiri. Cikgu tahu dalam bas dah ready

Terima kasih kepada pihak JPNS kerana bagi bas percuma pergi balik. 

18 ulasan:

  1. Patutla ramai sungguh masa lalu ke ukm minggu lepas, ada program pendidikan ya

    BalasPadam
  2. Suka attend karnival2 macam ni.. Banyak goodies bag boleh dapat.. Hehe..

    momsavenues.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe..betul sgt...dulu ciktom suka pergi karnival camni collect goodies..haha

      Padam
  3. Bagus betul sekolah buat rombongan ke tempat begini. At least, pelajar mendapat lebih pendedahan mengenai Universiti yang mereka akan pilih nanti. Teringat kembali kenangan study di UKM. Hihuu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. sekarang banyak sekolah bagi pendedahan dgn bwk pelajar ke karnival camni..memang sgt bagus..boleh diorg buat pilihan mengikut minat dan syarat kelulusan..

      Padam
  4. noriza: yep, 2 hari
    dzu: saya jumpa makcik yang suka kumpul beg kat sini hehe
    jida: lain kali boleh datang ye ;)

    BalasPadam
  5. anak murid lebih menyerlah dari gurunya adalah perkara biasa...tempiasnya memang kena pada gurunya juga.

    BalasPadam
    Balasan
    1. anak murid xmerasai lagi segala jerit perih cikgu nak mendidik..hehe

      Padam
  6. IPTS macma cendawan tumbuh lepas hujan.. banyak sangat. kena pandai memilih bidang yang nak diceburi takut nanti susah dalam kerjaya... good luck adik-adik semua

    BalasPadam
  7. goodluck kepada mereka yang tengah apply untuk sambung pelajaran :D

    BalasPadam
  8. Begitulah t/jawab seorg guru...

    BalasPadam
  9. mrhanafi: haha, betul tu ;)
    dkna: yang penting mesti ada pengiktirafan MQA
    uncle: terima kasih
    lyafrina: yep, betul tu

    BalasPadam
  10. Hari tu Sha jadi urusetia Jom Masuk IPT Tawau Sabah. Macam nak pengsan handle ramai orang. Tu baru sekali. Yang cikgunya ni dah berkali-kali bawa student, mesti lagi macam nak pengsan kan? Hehe.

    BalasPadam
  11. shahira: bila dah berkali-kali, pengalaman mendewasakan saya ;)

    BalasPadam
  12. good luck kepada semua adik2 yang sedang berusaha utk sambung belajar

    BalasPadam
  13. Rasa masa sekolah dulu xpernah pergi karnival jom masuk u..jadi kurang pendedahan time nak isi borang upu...hasil isi ikut suka hati je..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...