Khamis, 10 Mac 2016

7 Kesilapan Mengisi Borang UPU 2016 Untuk SPM

upu, upu 2016, kesilapan, borang upu 2016, spm

Sejak dua menjak ini, saya sering menjadi tempat rujukan bekas anak murid saya mengenai Borang UPU 2016 untuk lepasan SPM 2015. Hari ni sahaja, 4 orang telah hadir mengisi Borang UPU di Bilik Kaunseling. Dapatlah saya gambaran bagaimana mereka mengisi Borang UPU ini.

Sepertimana yang kita sedia maklum, diorang ni ada 12 pilihan, bolehlah kita andaikan sebagai 12 peluru. Tapi, malangnya, ramai mensia-siakan 12 peluru tersebut. Diorang ni, tembak ke sasaran yang sebenarnya bukan sasaran diorang!

Ok, di sini saya nak senaraikan 7 kesilapan mengisi Borang UPU 2016 untuk SPM:

1. Tidak membaca manual. Ini kesilapan paling besar.
2. Tidak mengikut arahan bertemuduga atau tidak. Program yang ada temuduga perlu diisi di pilihan 1 hingga 4 sahaja.
3. Pilihan pertama main bubuh je. Pilihan pertama seharusnya ialah, program yang paling layak, dan paling diminati. Kalau letak yang paling diminati tapi tak layak, nak buat apa? Bazir peluru je.

4. Letak pilihan tanpa tengok syarat umum dan syarat khas institusi. Ini biasanya terjadi apabila mengisi Borang UPU sebelum keluar keputusan SPM. Contohnya, letak 5 pilihan utama semuanya asasi, sedangkan bila keluar keputusan SPM, satu asasi pun tak layak haaaa. Jangan risau, boleh dikemaskini tanpa had. Semak syarat di sini.
5. Mengisi 4 tempat terakhir hanya untuk mencukupkan kuota. Yep, awak ada 12 peluru. Kena manfaatkan 12 peluru itu. Letakkan 4 pilihan terakhir itu, program yang awak minat jugak, dan awak layak.
6. Salah isi maklumat. Contohnya, Nombor kad pengenalan ibu. 
7. Tak susun pilihan dengan betul. Mula-mula, senaraikan pilihan-pilihan yang layak dan diminati, kemudian barulah di susun dalam Borang UPU 2016 mengikut turutan yang paling layak dan diminati hingga paling kurang diminati dan layak.

Ok, inilah yang saya dapat kesan daripada pengalaman saya bersama bekas anak murid yang mengisi Borang UPU 2016 untuk SPM.

Borang Permohonan UPU 2016 dibuka sehingga 05 April 2016

13 ulasan:

  1. dulu..ciktom pun silap isi borang upu...
    kalau ada guru yg guide cam cikgu hazreen ni memang bagus..

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya cuba untuk bantu budak-budak cik tom, tapi usaha dari diorang sendirilah

      Padam
  2. Tanpa Nama20 Mac, 2017

    Assalamualaikum kaunselor,saya nak tanya.saya tidak sengaja log out semasa mengisi upu online. Saya try log in tak dpt dah. Kenapa agaknya? Terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumussalam, mungkin line sesak.

      try log in semula. all the best!

      Padam
  3. cikgu saya nak tanya, kita boleh dapat ke 4 pilihan terakhir itu dalam permohonan UPU or mereka akan memilih pilihan 1 hingga 4 sahaja. Sekian.

    BalasPadam
    Balasan
    1. peluang terpilih di 4 pilihan terakhir tu mmg ada...sbb tu UPU bg 12 pilihan...

      bila satu pilihan pun xmengena, baru lah ditawarkan kursus2 lain, selain drp 12 pilihan yg diletakkan

      Padam
  4. Assalamualaikum cikgu,tk apa ke klau sy terletak maklumat tempat asal dlm UPU..

    BalasPadam
  5. Assalam ciogu...cmner yer..klu dh isi separuh..log out...nk masuk blk dh x blh..byk kali try.

    BalasPadam
    Balasan
    1. cuba sekali lagi, pastikan ada caps lock atau tidak, selamat berjaya

      Padam
  6. Assalamualaikum, tumpang tanya kalau saya dapat cgpa 4.00 n 9.10 for merit. Rasanya boleh dpt x chemistry um. Esok upu fasa 2 n saya still confuse. Minta tolong . Terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumussalam, insyaa allah doa yang terbaik untuk awak

      Padam
  7. Assalamualaikum cikgu, nak tanya kalau saya dpt 4 flat n 9.1 for koko. Utk pilihan ketiga saya keliru samada nak ambik kimia gunaan di um or upm. Sbb first n second choice saya farmasi. Dah x boleh ubah. So, mcm mana ye, upm ok ke. Mohon pertolongan. Terima kasih

    BalasPadam
  8. wah esok keluar result? nanti update dengan saya ok...insyaa allah yang terbaik untuk awak. good luck!

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...