Ahad, 11 Oktober 2015

Majlis Restu Ilmu PT3 dan SPM 2015

Hari Jumaat lepas, alhamdulillah sekolah telah berjaya mengadakan Majlis Restu Ilmu PT3 dan SPM 2015 secara serentak buat pertama kalinya. Tahun-tahun sebelum ini, majlis berasingan antara PT3 (PMR) dan SPM.

............................................................................................................
Menyorot kembali perbualan saya bersama ayahanda tuan pengetua pada tahun lepas:

Saya       : Perlu ke kita adakan Majlis Restu Ilmu, ustaz?
Pengetua: Perlu. Pelajar-pelajar ini kita perlu didik untuk berterima kasih kepada guru-guru yang telah mengajar berkorban tenaga, masa dan wang ringgit untuk mereka.

Saya      : Tapi ustaz, kalau takde majlis pun takpe kan? Diorang boleh jumpa cikgu-cikgu sendiri.
Pengetua: Berapa keratlah yang akan memohon maaf dan meminta restu dari guru-guru dengan sendirinya. Sebab tu, kena adakan satu majlis khusus, ajar diorang, kalau tak diorang mungkin tak buat (Ini membuatkan saya terfikir, betul jugak, masa saya sekolah dulu takde pun Majlis Restu Ilmu, dan saya tak pun berjumpa dengan guru-guru saya untuk minta maaf dan mohon dihalalkan ilmu). 

---------------------------------------------------------------------------------
Pada tahun ini, Majlis Restu Ilmu bersama Ibu Bapa telah diadakan serentak bersama-sama dengan Majlis Bacaan Yasin dan Solat Hajat. Program ini adalah julung kali diadakan dan pertama kali saya melihatnya. Program ini juga adalah idea ayahanda pengetua.

Konsepnya begini: selepas bacaan Yasin dan Solat Hajat, Ibu Bapa/Penjaga bersama-sama dengan anak jagaan masing-masing berjumpa dengan guru-guru untuk memohon restu dan menghalalkan ilmu yang telah diberi. Kiranya, Ibu Bapa/Penjaga memohon bagi pihak anak lah.

............................................................................................................
Selang dua hari kemudian ialah Majlis Restu Ilmu PT3 dan SPM 2015. Berikut ialah perbualan saya bersama-sama dengan ayahanda pengetua:

Saya        : Ustaz, perlu ke kita adakan 1 lagi majlis, sebab dah buat hari tu dengan bacaan Yasin dan Solat Hajat?
Pengetua : Perlu. Sebab pada malam tu, tak ramai mak ayah yang datang. Kita perlu buat sekali lagi, kali ni lebih khusus.
Saya        : Ok.


Jom tengok gambar sekitar Majlis Restu Ilmu yang berlangsung Jumaat lalu:


restu ilmu, pt3, spm, 2015
 Bacaan Doa


restu ilmu, pt3, spm, 2015
 Ucapan Wakil Murid

restu ilmu, pt3, spm, 2015
Penyampaian Cenderamata


restu ilmu, pt3, spm, 2015
Restu Ilmu


restu ilmu, pt3, spm, 2015
Restu ilmu

restu ilmu, pt3, spm, 2015
Restu Ilmu


 Selesai sahaja majlis. Saya terus mendapatkan reaksi pengetua.


Saya        : Ustaz, ok tak?

Pengetua : Ok (saya tak pasti ok yang macam mana, saya rasa                          macam KO)


Saya        : Ok ke SPM ni buat awal? (sebab sebelum ni Majlis Restu Ilmu SPM buat Bulan November dan berasingan dengan PT3)


Pengetua : Lagi Ok buat awal sebenarnya. Macam ni, kita nak tengok, bila cikgu-cikgu dan dia (murid) dah berlapang dada, mungkin lagi mudah menerima ilmu disaat-saat akhir ini.
Saya:        Oh, ye jugak tu ustaz, mudah-mudahan. (Inilah yang membezakan orang berpengalaman dengan kurang berpengalaman macam saya)




nota: ada orang cakap macam ni, hari ni minta maaf, esok buat lagi. Well, setiap orang tak terlepas dari membuat kesilapan. Yang penting ialah, kita belajar dari kesilapan yang pernah dilakukan.



nota: Sampai sekarang saya ingat kata-kata rakan baik saya. Orang umur 27 tahun pun masih budak kak, dia tak matang lagi! So, bandingkan orang umur 27 tahun dengan 17 tahun. Kalau 27 tahun pun tak matang lagi, inikan pulak budak umur 17 tahun.


Kepada semua guru diluar sana, marilah kita menjadi guru yang masuk syurga!

Boleh kongsikan tak, Majlis Restu Ilmu korang macammana?

8 ulasan:

  1. teringat zaman muda mudi.

    BalasPadam
  2. bila dah berusaha, tiba masanya untuk berserah dan bertawakal kepada-Nya. All the best to PT3 candidate :)

    BalasPadam
  3. anak saya kat sekolah itu hari buat solat hajat beberapa kali..nasib bagus juga saya sempat join sekaki

    BalasPadam
  4. Budak-budak alaf baru makin bijak melontar soalan menyebabkan yang dewasa terkedu hendak memberi jawapan.

    BalasPadam
  5. Wahhh...seronoknya rin...teringat zaman2 muda dulu....xde pun majlis2 mcm ni nak kn g sendiri jumpa cikgu huhhu :)

    BalasPadam
  6. rin...satu lagi boleh tak nak mintak pandangan, pendapat n maklumat rin tentang mcm mana kita nak membantu kanak-kanak OKU yg masalah pembelajaran dia xnak belajar dlm aliran akedemik sebaliknya dia minat kemahiran. ada tak tempat utk mereka? seawal kanak-kanak berumur 13 tahun. selain institusi yg berada dibawah JKM la..ada tak yg di bawah KPM yang boleh membantu?

    BalasPadam
  7. memang tiap-tiap tahun ada benda nih.

    haha..

    penat gak la.

    tapi seronok pun ye jugak.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...