Selasa, 29 September 2015

Tempat Makan Best dan Sedap di Bangi Iaitu Di #Chemistry

Seperti dijanjikan, di entri yang lalu jalan-jalan-cuci mata di bangi saya nak kongsikan tempat makan best dan sedap di Bangi iaitu di






 #Chemistry, Bangi

Boleh dijadikan tempat 'lepak' yang osem sangat!

Meh kita tengok kat dalam:

Macam dalam kelas dulu-dulu, ada papan tulis dan kapur


Menu dia sikit punya banyak, eh eh, banyaklah menu dia.


Nampak tak botol-botol warna kuning tu? Tak pasti botol apa




Ok, jom tengok menu yang kitarang order di #Chemistry Bangi:


Tropical Mango Passion di isi dalam bikar. Bila letak dalam bikar tu terserlah kelainannya!


Yang ni tak ingat nama dia. Oleh kerana air ni air panas, ia diletakkan dalam cawan ni, kalau letak dalam bikar, mau retak/pecah silap-silap meletup bikar tu. Naya!

Cuba teka saya order air apa di #Chemistry, Bangi?
Korang pun tengok kan, senarai menu dia Ya Allah, boleh juling biji mata. Tak paham pun. Almaklumlah, kita minum air masak je ahaks!

Saya pergi kaunter, terus tanya kat yang buat kopi tu.

Nak tanya, mana satu yang paling banyak orang order?

Lady Boss kak (kebetulan Lady Boss, menu yang berada di atas sekali dalam senarai menu)

Apa tu?

Dia ada campuran 5 bahan ....+....(tak ingat apa bahan-bahannya)

Ha? Tak sakit perut ke? (sebab banyak benor dia campur-campur, macam gerun nak minum)

Tak lah kak, sedap. Cubalah.

Ok, bagilah satu.


Ni nama dia Lady Boss. Corak apa tu? Macam sorak daun pun ada. Harga RM11 kalau tak silaplah.


Takkan nak minum je kan, kenalah ada benda lain nak masuk dalam tekak. So, saya order sekali chicken nugget. Tengoklah nugget tu diletakkan dalam macam penapis minyak, rare sangat!
Jadi, kalau mak-mak kat rumah hidangkan nugget ke ayam ke dalam penapis minyak, diorang ikut #Chemistry tau!

Kat bahagian belakang kedai ada baju-baju, saya tak pasti adakah ia untuk dijual. 

Masa tu, siap ada orang bergambar-gambar kat bahagian baju-baju tu.

Perhatian: kat pintu masuk #Chemistry ni ada sinki. Macam sinki dalam makmal sekolah. Tapi airnya warna merah ok. Ambil masa berhari-hari jugak nak hilang warna merah tu kat tangan saya.

Jumlah duit hangus masa minum kat sini hampir RM20 saya seorang. Huhu. Tapi berbaloi-baloi!

Yep, saya akui #Chemistry ialah tempat makan best dan sedap di Bangi!

11 ulasan:

  1. Menarik juga nih untuk pergi kalau ke Kajang.

    BalasPadam
  2. Konsep kedai makan macam ni semakin meluas kan.
    Nanti kalau ada peluang ke sana, ambe akan singgah. Hehehe...

    BalasPadam
  3. yang dalam gambar tu empunya badan ye..ho..ho..boleh tahan orangnya

    BalasPadam
  4. Mengembalikan nostalgia masa belajar-belajar dulu ni...

    BalasPadam
  5. cantik tapi kalau anak jenis lasak memang tak sesuai kang abis terababur cafe ni

    BalasPadam
  6. Kopi sekarang ni beratus-ratus jenis dah. Dulu-dulu (10-12 tahun dulu) yang ada kopi 0 dan kopi susu je. hehe

    BalasPadam
  7. kalau hidang camtu kat rumah memang uniklah.

    BalasPadam
  8. saya pernah juga lepak makan di chemistry cafe dekat shah alam... tak sangka dah bukak lagi cawangan dekat bangi....

    BalasPadam
  9. Nampak macam menarik. Beberapa kali pegi Bangi tak tau pun ada kedai ni. Thanks for sharing..

    BalasPadam
  10. chemistry cafe,...
    salah satu hipster cafe kat bangi..
    menarik konseo dia..
    review pun menarik :)

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...