Khamis, 5 Mac 2015

Program Biasiswa Khazanah 2015

biasiswa khazanah, biasiswa, bantuan belajar
Dalam usaha kami untuk membangunkan barisan pemimpin masa depan, Yayasan Khazanah menawarkan dua jenis biasiswa kepada warganegara Malaysia melalui Program Biasiswa Khazanah iaitu:

1. Biasiswa Global Khazanah
Bagi mereka yang sedang atau bercadang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah pertama atau ijazah lanjutan di universiti-universiti terkemuka di United Kingdom, Amerika Syarikat atau Australia.

Peluang juga terbuka kepada mereka yang bercadaang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah pertama menerusi program Foundation A-Level untuk kemasukan ke universiti-universiti terkemuka di United Kingdom, Amerika Syarikat Australia.


2. Biasiswa Watan Khazanah
Bagi mereka yang sedang atau bercadang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah pertama menerusi program Foundation atau Asasi di universiti-universiti terpilih di Malaysia.

Peluang juga terbuka kepada mereka yang bercadang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah pertama menerusi program Foundation atau Asasi di universiti-universiti terpilih di Malaysia.

Jika anda memiliki pencapaian akademik yang cemerlang, bermotivasi dan berdaya maju serta memiliki potensi kepimpinan, anda dipelawa untuk memohon Biasiswa Khazanah 2015.

Untuk maklumat lanjut dan permohonan, sila layari laman web www.yayasankhazanah.com.my

Penting: sebarang komunikasi adalah melalui e-mel. Sila pastikan e-mel yang diberi adalah betul dan masih aktif. Yayasan Khazanah tidak akan melayan sebarang pertanyaan berkaitan status permohonan melalui telefon.

sumber: Berita Harian

4 ulasan:

  1. dapat biasiswa mmg best.. blajar pun ditanggung

    BalasPadam
  2. saya nak tanya,kalau lepasan spm yang mana satu nak pilih?tolong saya..:)

    BalasPadam
  3. saya nak tanya kalau biasiswa ni mana satu yg sesuaiuntuk lepasan spm?

    BalasPadam
  4. linda: biasiswa ni untuk tahun 2015, saya tak pasti sama ada ditawarkan lagi pada tahun ini

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...