Khamis, 2 Oktober 2014

Bengkel Latihan Guru Mengenai Kesihatan Remaja 2014

bengkel, latihan guru, kesihatan, remaja


Program: Bengkel Latihan Guru Mengenai Kesihatan Remaja 2014
Anjuran: Pejabat Kesihatan Daerah Jempol
Tarikh: 02 Oktober 2014
Masa: 8.00 pagi hingga 5.00 Petang

Hari ini saya menghadiri Bengkel Latihan Guru Mengenai Kesihatan Remaja 2014. Banyak informasi baharu yang saya dapat hari ni. Ada juga info yang saya sudah pelajari sebelum ini (kiranya macam ulangkaji lah, dah tua, banyak yang tak ingat).

Ini adalah kali pertama saya menghadiri bengkel di Bilik Mesyuarat Zamrud ni. Cantik. Saya bersama rakan duduk di hadapan sekali betul-betul bertentangan dengan penceramah. Ceramahnya sangat padat dan sendat penuh dengan info-info yang berguna untuk guru.

bengkel kesihatan, ceramah kesihatan,
Ceramah tentang remaja

ceramah remaja, ceramah rogol, remaja
Ceramah tentang masalah sexualiti remaja. 
Tahukah anda, jika seseorang remaja itu melakukan hubungan seks umurnya 16 tahun dan ke bawah, boleh dikenakan penjara minimum 5 tahun. Tak kiralah suka sama suka ke, dikira sebagai rogol. Ada kaunter khas disediakan di hospital untuk membuat aduan kes rogol. 

Ada juga penerangan tentang Soal Selidik BSSK dan Soal Selidik DASS, tak sempat nak ambil gambar penceramahnya.


Slot terakhir di sebelah petang ialah CPR dan mengendalikan orang yang tercekik.

CPR, Pertolongan Cemas, demo
Demo tentang CPR


latihan, tercekik, demo, bengkel
Demo bagaimana mengendalikan orang yang tercekik


bengkel cpr, cpr, bengkel, demo,
Saya cuba melakukan teknik CPR


Saya cuba mengendalikan orang yang tercekik (tak keluar pun makanan yang tersumbat dalam mulut patung, sebab saya tolak tak kuat hehe)


 

Kalau nak buat program sekolah, boleh panggil doktor dari Klinik Kesihatan ni. Contoh program, bahaya rokok, dadah, sexualiti remaja dan lain-lain.

Untuk guru pun boleh. Contohnya pemeriksaan Pap Smear , pemeriksaan payudara, ceramah kesihatan dan sebagainya.

Kos program? PERCUMA

Telefon Pejabat Kesihatan Bahau (Unit Sekolah) 06-4540334

Seronok sebenarnya menghadiri program yang macam ini ^__^


11 ulasan:

  1. bagus ada teknik ini ada pula tukang ajar harap ilmu manfaat nnti

    BalasPadam
  2. kat maktab dulu rasanya ada diajar benda nih. hoho..

    benda ni senang. tapi ramai lupa kann..

    BalasPadam
  3. menarik bila ada bengkel seperti ni kerana dapat kumpul banyak ilmu baru kan

    BalasPadam
  4. menaarik juga tentang isu remaja...terima kasih kerana berkongsikan info ini

    BalasPadam
  5. bagus program macam ni cikgu :D

    BalasPadam
  6. saya masa sekolah dulu pernah juga masuk kursus macam ni, bagus juga untuk diri sendiri.

    BalasPadam
  7. buat CPR paling menakutkan jika betul-betul berlaku punya

    BalasPadam
  8. Baru tahu, ada juga patung untuk belajar selamatkan orang tercekik makanan. :)

    BalasPadam
  9. satu program yang sangat bagus pada saya....

    BalasPadam
  10. Teknik CPR salah cara mau patah tulang rusuk

    BalasPadam
  11. program yang bermanfaat. Bagus kalau ramai yang ambil bahagian

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...