Sabtu, 6 September 2014

Tawaran Kemasukan Ke Tingkatan 4 Maktab Tentera Diraja 2015

Tawaran Kemasukan Ke Tingkatan 4 Maktab Tentera Diraja 2015, Maktab Tentera Diraja, MTD, MTD 2015

1. Terbuka kepada pelajar lelaki Tingkatan Tiga tahun 2014.

2. Syarat-syarat kemasukan:
  • Warganegara Malaysia
  • Tinggi minimum - 152 sm
  • Berat minimum - 40.5 kg
  • Body Mass Index (BMI) - 18 hingga 27
  • Ukuran dada - 74 sm (biasa) dan 79 sm (tarik nafas)
  • Penglihatan - baik dan tidak rabun warna. Jika berkaca mata, hendaklah tidak melebihi 6/12
  • Sihat tubuh badan dan tidak berpenyakit yang boleh memudaratkan diri jika melakukan aktiviti lasak
  • Memperolehi sekurang-kurangnya 7A (termasuk Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains) di dalam PT3 2014
  • Keutamaan diberi kepada calon yang aktif dalam sukan, muzik, kelab, persatuan dan unit beruniform
  • Calon-calon yang layak akan dimaklumkan status permohonan mereka melalui khidmatan pesanan ringkas (SMS)
  • Hanya calon yang berjaya dalam temuduga ditawarkan mengikuti pengajian bagi tingkatan 4 di MTD tahun 2015.
3. Cara Memohon
  • Permohonan adalah melalui pengisian borang permohonan secara atas talian melalui laman web www.rmc.edu.my
  • Tarikh tutup permohonan ialah pada 15 Nov 2014
  • Sebarang pertanyaan sila hubungi Sel Pemilihan MTD di talian telefon 03-894 65565/03-896 55562

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...