Khamis, 21 Ogos 2014

Permohonan Kemasukan Ke Akademi Hevea Malaysia 2014



Permohonan adalah dipelawa daripada calon-calon yang berminat untuk menceburi industri getah. Graduan daripada program ini berpeluang untuk bekerja di syarikat-syarikat pemprosesan atau pengeluar produk getah atau agensi kerajaan yang berkaitan. Program ini telah dinilai setara dengan tahap 3 (sijil) dalam Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF) oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Dengan ini, Lembaga Getah Malaysia menawarkan latihan di peringkat sijil di dalam bidang berikut:

Kursus:
Sijil Teknologi Getah

Tempoh:
1 1/2 tahun (18 bulan)

Lokasi:
Akademi Hevea Malaysia, Lembaga Getah Malaysia, Stesen Penyelidikan RRIM, Sg. Buloh, Selangor.

Syarat Kemasukan:
1. Berumur 18 tahun hingga 45 tahun
2. Lulus SPM/setaraf dengan memperoleh kepujian dalam mata pelajaran berikut:
  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Sains
  • Matematik
3. Calon-calon yang sedang berkhidmat di dalam industri berkaitan getah digalakkan memohon

Permohonan
1. Permohonan hendaklah menggunakan borang yang boleh dimuat turun di laman sesawang Lembaga Getah Malaysia di http:www.lgm.gov.my/

2. Borang permohonan yang telah lengkap diisi perlu dihantar bersama-sama salinan sijil SPM, Kad Pengenalan dan sijil-sijil yang berkaitan yang telah disahkan dan dihantar samada melalui pos atau faks ke alamat berikut:

Rektor, 
Akademi Hevea Malaysia
Stesen Penyelidikan RRIM
47000 Sg. Buloh
Selangor Darul Ehsan
Faks: 03-6157 7637

3. Tarikh tutup permohonan:
    Pada 25 Ogos 2014 (Isnin)

4. Sebarang pertanyaan:
    Tel: 03-6145 9441/ 6145 9459/ 6157 4650
    Faks: 03-6157 7637
    E-mel: akademihevea@lgm.gov.my

5. Tajaan/ pinjaman pelajaran disediakan bagi yang layak

Sumber: Berita Harian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...