Isnin, 7 Julai 2014

Dana Biasiswa YTL Cement 2014


Dana Biasiswa YTL Cement ditubuhkan dengan objektif mempromosi pendidikan tinggi dengan menawarkan biasiswa kepada pelajar-pelajar yang layak untuk mengikuti kursus-kursus ijazah sepenuh masa di universiti-universiti Malaysia seperti berikut:


i) Universiti Malaya
ii) Universiti Teknologi Malaysia
iii) Universiti Sains Malaysia

Setiap individu yang terpilih berpeluang memenuhi keseluruhan hasrat mereka dan kelak boleh menerajui jawatan penting untuk menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara.

Syarat-syarat

  • Rakyat Malaysia
  • Mendapat gred yang baik dalam SPM & STPM (atau setaraf dengannya)
  • Kelebihan kepada mereka yang mempunyai rekod aktif menyertai aktiviti-aktiviti kurikulum
  • Telah diterima mengikuti kursus-kursus sepenuh masa di universiti
Kursus-kursus

  • Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) Mekanikal
  • Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) Elektrikal/Elektronik
  • Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) Kimia
  • Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) Sumber Galian
  • Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian)
Syarat Penerima Anugerah

Pemohon yang berjaya dikehendaki menandatangani perjanjian berkhidmat dengan syarikat untuk tempoh tertentu sebaik sahaja menamatkan pengajian mereka.

Cara Memohon

Sekiranya anda memenuhi kelayakan yang diperlukan dan mempunyai visi ke arah kecemerlangan, sila hantarkan permohonan kepada Cik Irene Loong melalui email flloong@ytl.com.my atau faks kepada 03-2070 7688

Permohonan boleh dihantar melalui emel atau faks dan perlu sampai kepada kami pada 27 Julai 2014. Hanya pemohon yang disenaraipendek akan dihubungi.

sumber: Berita Harian


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...