Sabtu, 28 Disember 2013

Permohonan Kemasukan Pengajian Tinggi STAM dan Pra-Diploma Tahfiz (JAKIM) Tahun 2014M/1435H

banner jheains 04

Maahad Ahmadi Negeri Sembilan (lelaki dan perempuan)

Syarat-syarat kemasukan ke STAM

  1. Calon hendaklah warganegara Malaysia
  2. Calon telah menduduki Peperiksaan Percubaan SPM (Aliran Agama) tahun 2013 daripada mana-mana sekolah.
  3. Calon yang memiliki Sijil Menengah Agama (SMA) diberi keutamaan
  4. Calon, ibu dan bapa yang lahir di Negeri Sembilan diberi keutamaan 
  5. Calon hendaklah lulus dalam temuduga Bahasa Arab dan Al-Quran yang akan diadakan oleh pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan Darul Khusus (JHEAINS) 
  6. Temuduga akan diadakan pada 13hb Jan 2014 (Isnin) di Maahad Ahmadi (STAM) Gemencheh Negeri Sembilan
Institut Tahfiz Al-Quran (ITQAN) Gemencheh, Negeri Sembilan (lelaki dan perempuan)

Syarat-syarat kemasukan ke Program Pengajian Tinggi Pra-Diploma Tahfiz (JAKIM)

  1. Calon hendaklah warganegara Malaysia
  2. Calon telah menduduki Peperiksaan Percubaan SPM (Aliran Agama) tahun 2013 daripada mana-mana sekolah
  3. Bersedia untuk menamatkan pengajian di peringkat Pra-Diploma pada 30hb APRIL 2014 atau terus menyambung pengajian di peringkat Diploma Tahfiz Al-Quran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di (ITQAN) tertakluk kepada keputusan sebenar SPM
  4. Calon, ibu dan bapa yang lahir di Negeri Sembilan diberi keutamaan
  5. Calon hendaklah lulus dalam temuduga hafalan al-Quran yang akan diadakan oleh pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS)
  6. temuduga akan diadakan pada 13 Jan 2014 (Isnin) di Institut Tahfiz Al-Quran Negeri Sembilan
Cara memohon:

  1. Borang permohonan boleh diambil di bahagian pelajaran JHEAINS atau dimuat turun di sini dan sini
  2. Tarikh tutup permohonan pada 31 Disember 2013 (Selasa)
  3. Tarikh temuduga pada 13 Januari 2014 (Isnin)
  4. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke:
(Bahagian Pelajaran)
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan
Negeri Sembilan Darul Khusus
Tel: 06-7672824  Fax: 06-7671850 

1 ulasan:

  1. Askm puan tanya pra dip thfz itqan kemasukan thn dpn 2015. Tksh

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...