Selasa, 28 Mei 2013

Jom Sertai Sukarelawan AQSA SYARIF


Ditubuhkan dan diluluskan pendaftarannya di Malaysia pada 4 Februari 2010 sebagai suatu organisasi yang berprofil sukarela di atas dasar kemanusiaan. Aqsa Syarif (singkatan: AQSA) memberi maksud “Masjid Yang Dimuliakan”. Aqsa Syarif mempunyai empat misi iaitu Penyebaran Maklumat, Bantuan Kemanusiaan, Bantuan Kewangan dan Kerjasama. Dianggotai oleh lapan orang ahli lembaga dari berbagai latar belakang pendidikan dan kerjaya dan menjadi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kelima bernaung di bawah Pertubuhan IKRAM Malaysia. Berganding bahu menyumbang tanaga dan fikiran untuk kebaikan Palestin dan dunia secara amnya. Aqsa Syarif mengharap dorongan dan sokongan dari para sukarelawan dan seluruh rakyat Malaysia.

Antara bidang-bidang yang boleh anda hulurkan bantuan ialah:

  • Multimedia/Video
  • Fotografi
  • Website
  • Ceramah
  • Penulisan
  • Bantuan dari segi tenaga kerja
  • Misi kemanusiaan
Isi borang di SINI

Maklumat lanjut di SINI

Marilah kita memberi sumbangan ^___^

1 ulasan:

  1. Assalamualaikum! saya berminat untuk menjadi sukarelawan sepenuh masa. Bagaimanakah caranya.

    Terima kasih.

    Wassalam

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...