Isnin, 4 Februari 2013

Iklan Pemilihan Awal Perajurit Muda TUDM Siri 49/13


Minat dan semangat warganegara Malaysia untuk berkhidmat di dalam TUDM sebagai anggota Lain-Lain Anggota (LLP) adalah amat dialu-alukan bagi mempertahankan kedaulatan agama, bangsa dan negara. Sehubungan dengan itu, TUDM mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan memenuhi syarat untuk hadir di lokasi-lokasi berikut bersama dokumen yang diperlukan bagi menjalani Pemilihan Awal Perajurit Muda TUDM.

Kelayakan Akademik

SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dengan mendapat kepujian dalam matapelajaran Bahasa Melayu, Matematik, salah satu subjek Sains dan lulus matapelajaran Bahasa Inggeris.

Atau

Memiliki Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang ketukangan yang berkenaan dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan lulus matapelajaran Matematik, salah satu subjek Sains dan Bahasa Inggeris diperingkat SPM.

Lain-lain Kelayakan
  • Warganegara Malaysia berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih 25 tahun pada tarikh angkat sumpah
  • Penglihatan dan pengecaman warna yang baik
  • Diperakui sihat dan tidak cacat anggota
  • Syarat minima ukuran fizikal
  • Tinggi 162 sm
  • Berat 47.5 kg
  • BMI 18-25
  • Ukuran dada biasa 76 sm
  • Ukuran dada kembang 81 sm
Dokumen dan Sijil Yang Diperlukan
Pemohon dikehendaki membawa bersama dokumen ASAL dan satu salinan fotostat dokumen-dokumen seperti berikut:
  • Sijil SPM/SPMV
  • SKM Tahap 2
  • Kad Pengenalan
  • Sijil Lahir
  • Sijil Berhenti Sekolah
  • Lai-lain sijil kemahiran yang berkenaan
  • Sampul surat berukuran A4 beralamat sendiri
  • Setem RM1.00
  • Sila bawa bersama sebatang pen (biru/hitam)
Keistimewaan Menyertai TUDM
  • Pakaian seragam percuma
  • Sajian dan penginapan percuma
  • Rawatan kesihatan dan pergigian percuma
  • Waran perjalanan tahunan untuk bercuti bersama keluarga
  • Elaun sara hidup
  • Elaun khidmat
  • Cuti tahunan
  • Insurans Kelompok ATM
  • Lembaga Tabung Angkatan Tentera
  • PERNAMA
  • Kemudahan pinjaman perumahan, kenderaan, pendidikan dan komputer
  • Peluang melanjutkan pelajaran tajaan ATM
Ketukangan Anggota Lain-Lain Pangkat TUDM
  • Anak Kapal - Kuartermaster udara
  • Kejuruteraan - Juruteknik rangka kapal terbang
          • Jututeknik enjin
          • Juruteknik elektronik
          • Juruteknik senjata
          • Juruteknik instrumen
          • Juruteknik avionik
  • Pengurusan ruang angkasa - Pembantu kawalan trafik udara
                • Juruteknik pertahanan udara
                • Bomba
  • Logistik - Sistem logistik
        • Juruteknik bekalan
        • Juruteknik stor
        • kerani inventori
        • pemandu
  • Pentadbiran - Pembantu tadbir
          • Pembantu sajian
          • Pancaragam
          • Jurulatih jasmani
          • Pembantu tahan
Gaji dan Elaun

Skim gaji yang sedia ada mengikut pangkat dan selaras skim yang dikuatkuasakan oleh kerajaan.

Pusat-Pusat Pemilihan Semenanjung Malaysia

Sila hadir dengan berpakaian sukan, baju T berkolar, seluar trek, berkasut sukan dan berstokin di pusat-pusat pemilihan yang tercatat di bawah:
Masa Pendaftaran: 0830 pagi hingga 0930 pagi

19 Feb 2013 - Teluk Intan - SMK Horley Methodist
20 Feb 2013 - Setiawan - SMK Nan Hwa
21 Feb 2013 - Arau - SMK Dato' Sheikh Ahmad
23 Feb 2013 - Kepala Batas, Kedah - Kolej Tentera Udara
24 Feb 2013 - Butterworth - Dewan Sri Bayu, Pengkalan Udara
                       Butterworth

12 Mac 2013 - Merlimau - SMK Sri Mahkota
13 Mac 2013 - Pontian - SMK Dato' Penggawa Darat
14 Mac 2013 - Kluang - SRJ Keb Ping Ming
16 Mac 2013 - Masjid Tanah - SMK Ghafar Baba
17 Mac 2013 - Seremban - SMK Dato' Sheikh Ahmad

03 April 2013 - Kuala Lipis - SMK Clifford
04 April 2013 - Tanah Merah - SM Vokasional Tanah Merah
06 April 2013 - Kota Bahru - SMK Dato' Ahmad Maher
07 April 2013 - Kuala Terengganu - SMK Chung Hwa Wei Sin
08 April 2013 - Paka - SMK Paka
09 April 2013 - Kuantan - Pengkalan Udara Kuantan

30 Mac 2013 - Kolej Vokasional Shah Alam
20 April 2013 - Pengkalan Udara Kuala Lumpur

Pusat Pemilihan Setempat Perajurit Muda TUDM (Lelaki):

Pemohon juga boleh hadir ke Institut Latihan Tentera Udara, Ipoh, Perak untuk menjalani Pemilihan Awal dengan membawa bersam-sama dokumen seperti yang dinyatakan. Pusat pemilihan ini dibuka pada setiap hari Isnin hingga Khamis mulai 04 Mac 2013 jam 9.00 pagi hingga 1.00 petang. Untuk maklumat lanjut sila hubungi Sel Kerjaya dan Pengambilan TUDM di talian 03-26812412/2413 atau Skuadron Piawaian dan Bantuan Latihan di talian 05-3125667/5772 samb 312.

Sebarang pertanyaan sila hubungi:

Markas Tentera Udara
Bahagian Sumber Manusia
Sel Kerjaya dan Pengambilan
Tingkat 7 Menara TH Selborn 153 Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Tel: 03-26812412/2413

Sumber: Berita Harian


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...