Ahad, 25 November 2012

Beyond The Blackboard - Filem Untuk Guru




Ketika sedang mencari-cari, cerita apa yang nak di tonton pada tengahari tadi, jari-jemari sibuklah menekan-nekan punat remote tv astro. Tiba-tiba rasa teruja nak tengok cerita 'Beyond The Blackboard'. Ia telah ditayangkan tengahari tadi, jam 12.30 tgh di saluran DIVA Universal. Bagi yang terlepas, boleh tengok esok ;)

Filem ini berdasarkan kisah benar tentang seorang guru muda
yang bernama Stacey Bess yang mengajar di sebuah sekolah  tanpa nama untuk budak-budak jalanan/ homeless. Ada pelbagai kerenah yang beliau hadapi sebagai guru.

Antara babak yang menarik ialah:
  • bila cikgu Stacey Bess berusaha mencantikkan kelas, untuk menarik perhatian murid-muridnya
  • bila anak menuliskan resume untuk maknya yang buta huruf
  • pada hari terbuka - anak-anak menceritakan tentang projek sekolah pada ibu bapa (ibu bapa kelihatan kagum giler dengan anak mereka)
  • Cikgu Stacey beri surat kepada guru baru Dana yang bertukar ke sekolah baru, yang mengatakan Dana bagus dalam subjek Sains, bila cikgu baru itu habis baca surat tersebut, "cikgu, boleh saya simpan surat itu? Surat itu dari cikgu saya" - adegan ini WOW!
  • Mesyuarat PIBG yang sempoi giler, (alangkah bagus ^_^)
  • Cikgu Stacey ajar buat kad ucapan, semua murid beri pada ibu bapa masing-masing dan Cikgu Stacey pun dapat juga
Ada banyak babak menarik dalam cerita ini yang membuatkan cerita ini sangat istimewa. Tak kurang juga air mata yang mencurah dengan deras ;P

Kalau nak tengok di youtube pun boleh!


Apalagi, silakan tonton ^_^

p/s: Cikgu Stacey ada laman web - klik sini. Beliau telah mendapat anugerah perkhidmatan cemerlang bawah umur 35 tahun





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...