Ahad, 5 Disember 2010

KetaGihanku ^_^

            Apa yang aku ketagihkan sepanjang cuti ini? Hmmmm, bukan ketagih dadah, ok...tapi, aku ketagih minuman kopi. Bukan sebarang kopi...tapi serbuk kopi cap TV. Lihat gambar di bawah...



            Aroma kopi ini berbeza dengan serbuk kopi yang lain. Kata orang, ada ummpphhh. Dari serbuk kopi itu, aku jadikan air kopi. Nak tahu macam mana bancuhannya? Senang sahaja :

         1. Letak 1 sudu kecil, sebuk kopi
         2. Letak 2 sudu kecil, gula pasir
         3. Letak 2 sudu kecil, susu tepung
         4. Letak sedikit garam (inilah rahsianya)
         5. Jangan lupa letak air panas, barulah jadi air kopi, ye tak?

        Betul....tak tipu, letaklah sedikit garam, tak sampai secubit garam...hanya beberapa butir garam (eh, betul ke penjodoh bilangan aku ni?) Ha...Taraaaa...siaplah kopi yang sangat marvelous untuk di nikmati di hari hujan ini. Selamat mencuba ^_^

        p/s: Aku minum kopi ni setiap hari, sehari tak minum, rasa tak lengkap ^_^

3 ulasan:

  1. ishh sedapnyer..nk jugakkk :D

    BalasPadam
  2. opsss cm teringin lak minum kopi o pns2 smbl mkn roti bakar... grrrr

    BalasPadam
  3. first time dgr letak garam dalam kopi...nak try jugaklah camne rasanya..tapi kena beli kopi dulu..dah habis.. :)

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...