Khamis, 21 Disember 2017

Cara Semak Status MQA Sesebuah Program di Institusi Pengajian Tinggi (IPT)

Image result for mqa

Assalamualaikum,

Tahu tak MQA itu apa?

Secara ringkasnya, MQA itu ialah suatu badan yang memberi pengiktirafan kepada sesuatu program pengajian yang ditawarkan di sesebuah Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

Hari ini saya nak kongsikan mengenai bagaimana cara nak buat semakan status sama ada sesuatu program pengajian di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) itu di iktiraf oleh MQA atau tidak.


Image result for mqa


Paparan seperti di atas akan keluar.

Bolehlah isikan maklumat-maklumat program yang ditawarkan di sesebuah Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

Selamat mencuba!

Rabu, 20 Disember 2017

Pengalaman Menghadiri Bengkel TOT Jurulatih PEKA


bandar tenggara, ipg bandar tenggara, pusat latihan guru bandar tenggara
Lokasi berlangsungnya program

Pernah dengar perkataan PEKA?

Maksudnya 'alert' kan? Lebih kurang macam tulah.

PEKA ini adalah singkatan kepada Persatuan Kaunselor Pendidikan Malaysia.

Sebenarnya, saya pun baru tahu apa itu PEKA haha!!

Haaa, korang boleh skodeng facebook diorang kat sini dan web diorang kat sini.

Pada 02 hingga 05 Disember 2017 hari itu, saya berkesempatan ke Bengkel TOT Jurulatih PEKA yang telah diadakan di Pusat Latihan Guru di Bandar Tenggara, Johor.

Saya menghadiri Bengkel TOT Jurulatih PEKA dan bercuti sekali hehe. Iyelah, rumah saya di Kluang, hanya mengambil masa lebih kurang 1 jam sahaja untuk sampai ke Pusat Latihan Guru Bandar Tenggara itu.


Keputusan untuk menghadiri Bengkel TOT Jurulatih PEKA ini dibuat saat akhir haha...(sebenarnya, boleh dikatakan kebanyakan keputusan dalam hidup saya diambil saat akhir). Haha!!

Saya memang selalu mahukan bengkel kaunseling. Tapi boleh dikira dengan jari jemari, berapa bilangan kursus kaunseling yang dihadiri yang disediakan oleh pihak berwajib.

Jadi, bila Program Bengkel TOT Jurulatih PEKA ini muncul, ia umpama 'bagai pucuk di cita, ulam mendatang'.

Dalam bengkel TOT jurulatih PEKA ini merangkumi:
  1. Bengkel NLP (2 hari penuh)
  2. Bengkel TOT serentak; 
  • bengkel intervensi psikometrik sekolah rendah, 
  • bengkel intervensi psikometrik sekolah menengah
  • bengkel pengurusan krisis dan trauma
  • bengkel penyelidikan dan penulisan kajian tindakan
  • bengkel penyelidikan dan inovasi
  • bengkel intervensi kaunseling kreatif
Bila saya baca iklan Bengkel TOT Jurulatih PEKA ini, mata saya terus tertancap pada perkataan "bengkel intervensi kaunseling kreatif"

You know what, benda ni tak diajar di universiti ok, serius!

Bagaimana dengan NLP? Saya selalu terfikir apalah yang menarik sangat dengan NLP sampaikan orang sanggup bayar beribu-ribu ringgit?

Korang tahu, jujur saya cakap, saya pernah menghadiri slot NLP percuma yang telah diadakan pada seminar atau majlis anjuran pihak berwajib. 

Dan saya pening.

Lalu saya tidur.

Bangun tidur dan saya makan, hehe

NLP? Bosan.

So, Bengkel TOT Jurulatih PEKA ini ada NLP, hari pertama dan kedua pulak tu. Mula-mulanya saya macam nak skip kelas tu, tapi sebabkan kelas ini berbayar, tak berbaloi kalau skip. Lagipun, takut nanti saya tak dapat sijil pulak.

Telahan saya meleset sama sekali

Jumaat, 15 Disember 2017

Senarai Sekolah Yang Menawarkan Program Vokasional Menengah Atas (PVMA) Daerah Jempol / Jelebu 2018

Image result for success

Ok, bagi mereka yang berminat dengan kursus atau subjek Vokasional tapi nak belajar di sekolah harian biasa, bolehlah jenguk-jenguk kat sekolah-sekolah ini ya:

1. SMK Datuk Mansor - Pembinaan Domestik
2. SMK Seri Perpatih - Akuakultur
3. SMK Serting Hilir Kompleks - Penyediaan Makanan
4. Sekolah Magnet SMK Pasoh 2 - Elektrik
5. SMK Seri Jempol - Grafik Berkomputer
6. SMK Batu Kikir - Penghawa dingin
7. SMK Alam Beraja - Motorsikal
8. SMK Palong 7 - Penyediaan Makanan dan Lanskap

Untuk sekolah-sekolah lain di Negeri Sembilan, boleh klik sini.

Surat Pekeliling Ikhtisas KPM tentang Perlaksanaan Program Vokasional Menengah Atas (PVMA) boleh klik sini.

Untuk bacaan lanjut mengenai Program Vokasional Menengah Atas (PVMA) boleh baca sini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...