Isnin, 4 Januari 2021

Alhamdulillah, Syukur Bertambah Lagi Umurku

 




Alhamdulillah, bertambah satu angka lagi umur saya. Syukur.

Pagi ini sejuk dan nyaman. Alhamdulillah.

Setiap tahun saya akan imbas semula tahun terdahulu dan akan cari formula untuk memperbaiki diri di tahun baharu. 

Saya nampak, hidup ini kita hanya perlu fokus kepada diri sendiri sahaja. Jika kita mahu berlumba dengan orang lain, itulah datangnya tekanan (stress). Itu saya kurang gemar. Hehe.

Bercakap mengenai diri saya, alhamdulillah, banyak saya pelajari daripada tahun-tahun sudah. Insyaa allah, saya akan kongsikan dalam blog ini nanti.

Pagi ini rasa nak tulis pantun. Hehe. 

Terimalah:


Mak Melah datang bertongkat,

Di pagi hari membawa rempah,

Syukur alhamdulillah segala rahmat,

Moga memberi kesejahteraan ummah.

 

Air perigi dalam tempayan,

Bunga mekar seharum taman,

Dulu pergi membawa pengalaman,

Agar melakar kejayaan impian.

 

Pelbagai perisa penyedap makanan,

Kenyang perut senyum lebar,

Hidup sentiasa ke hadapan,

Pandang belakang untuk iktibar.

 

Makan bahulu bersama susu,

Minum petang dengan kawan,

Tahun baharu usia baharu,

Moga senang masa hadapan.


Saya rasa inilah kali pertama saya menulis pantun di blog ini. Dah lama rasanya tak menulis pantun.

Begitulah hidup kita, mencuba sesuatu yang baharu, asalkan tidak melanggar syariat, dapat memberikan peransang kepada otak.

Selamat Hari Lahir Siti Hazreen Shahrom, moga kaya dan berjaya, di dunia dan di akhirat. Amin.

Sabtu, 28 November 2020

Ragam Praktikum: Beberapa Perubahan Poster Pengenalan Diri di Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK)

 

 



Assalamualaikum dan hai!

Diam tak diam, sudah sebulan setengah saya menjalani praktikum di Agensi Anti Dadah  (AADK) Daerah Jempol.

Banyak cabarannya, seiring dengan Covid-19 haha!!

Hurmmm, hari ini saya hendak kongsikan tentang pembuatan poster pengenalan diri saya. Untuk pengetahuan kalian, poster pengenalan diri ini adalah antara bahan wajib yang perlu disediakan sebagai salah satu medium mempromosikan diri.

Baiklah, mari saya tunjukkan kepada kalian, antara poster yang telah dibuat:


Yeah! Ini adalah poster yang pertama. Tapi nampak macam kelam dek kerana warna biru gelap. 


Ok, ini yang kedua. Saya dah dapat warna latar yang sesuai. Tapi saya kurang puas hati tentang tulisan. Haha!


Ini pula poster yang ke-3. Dapatkah kalian kenalpasti apakah perbezaan antara poster ke-2 dan ke-3? Ya, gambar saya di poster ke-3 berada dalam bulatan, yang mana pada saya lebih cantik. Haha!


Ok ini pula yang ke-4 ya, pening juga nak buat yang paling menepati kehendak. Poster yang ini pula perkataan Percuma itu di bold kan, manakala gambar tangan pula dipudarkan untuk menonjolkan tulisan perkhidmatan kaunseling yang ditawarkan.


Taaraa! Setelah melalui proses pengubahsuaian beberapa kali. Saya rasa inilah yang terbaik. Gambar tangan di jelaskan dan tulisan perkhidmatan yang ditawarkan dalam lingkungan gambar tangan. Haaa, amacam?

Untuk pengetahuan kalian, ini adalah kali pertama saya menggunakan canva untuk menghasilkan sebuah poster. 

Poster ini dihasilkan sebagai hebahan dan pemberitahuan bahawasanya saya sedang menjalani praktikum di Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Jempol, dan saya menawarkan perkhidmatan sesi kaunseling percuma.

Isnin, 19 Oktober 2020

Lapor Diri Praktikum dan Permulaan Semester ke-3 Universiti Putra Malaysia (UPM)

 


Assalamualaikum dan hai!

Alhamdulillah, saya telah pun selesai menduduki peperiksaan akhir semester ke-2 yang lalu. Keputusan pun dah ada. Alhamdulillah, keputusan semester ke-2 ini adalah lebih baik daripada semester yang pertama. Hehe.

Kawan saya Nadia, selalu cakap, "K.rin selalu bernasib baik" Ya lah, tepat sekali.

Allah sangat sayang pada saya.

Salah satu buktinya ialah, pada pagi tadi, saya telah selamat melapor diri di AADK berhampiran dengan rumah saya. Hanya 10 minit kalau laju, 15 minit kalau macam siput B* (hahahahaha).

Alhamdulillah, proses lapor diri berjalan lancar. Saya tiba di AADK dengan berbaju kurung ya, berbaju kurung. Saya sangat jarang mengenakan pakaian baju kurung ya, (kecuali ketika berkhidmat di sekolah) haha!! Jam 9.05 pagi saya tiba, saya keluar dari AADK jam 10.45 pagi. Haaa, saya sangat bernasib baik. 

Penyelia dan kakitangan AADK sangat membantu. Terima kasih.


Carta di atas menunjukkan apa yang akan saya lakukan sepanjang praktikum di AADK. Dah namanya kaunseling kan, jadi saya akan menjalankan sesi kaunseling kepada klien AADK.

Hari ini ialah hari pertama semester ke-3. Dalam semester ini merangkumi praktikum dan juga kuliah. Sekali lagi saya bernasib baik, kuliah dijalankan secara atas talian. Yahooo!



Gambar di atas menunjukkan 5 subjek yang akan saya pelajari melalui atas talian. Nampaknya seperti setiap hari akan ada kuliah. Namun, kuliah atas talian ini akan berubah-ubah mengikut kesesuaian masa pensyarah dan anak murid.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...