Saya dan Mell ke Royal Floria Putrajaya 2016 pada 30 Mei 2016 (Isnin).
Sebenarnya, tak di rancang pun plan ni. Tiba-tiba, Mell telefon pagi itu, cakap nak pergi tengok event Royal Floria Putrajaya 2016 ini.
So, berpandukan aplikasi Papago di telefon bimbit saya, Alhamdulillah saya selamat sampai di Masjid Putra, Putrajaya.
Saya parkir kereta di Masjid Putra, Putrajaya. Mell ambik saya ke Anjung Floria, Precint 4. Putrajaya, tempat berlangsungnya event ini.
Dari Masjid Putra ke Anjung Floria ni, jauh jugak ye. Kami gunakan perkhidmatan waze. Kalau tak, memang menjajar lah mencari lokasi Royal Floria Putrajaya ini.
Jam 11.30 tengahari, tibalah kami di tempat yang dihajati. Mak aiiii, panas dia jangan cakaplah. Memang panas terik giler!
Masuk Royal Floria Putrajaya ini kena bayar ye...bukan percuma ehem ehem. Tiket warna kuning tu tiket masuk Royal Floria Putrajaya 2016. Harganya RM7.50 sahaja. Dalam hati, apsal lah kena bayar? Percuma je kan lagi ok hehe.
Masa beli tiket ini, tak ramai orang pun. Dekat kaunter ni, boleh beli sekali tiket masuk Magical Garden, tapi saya tak beli sekali sebab bimbang kot-kot tak larat jalan. So, saya beli tiket Magical Garden di Kaunter Tiket Magical Garden di bahagian dalam Royal Floria Putrajaya.
Lepas kaunter tiket, kami masuk ke kawasan jualan macam-macam jenis pokok. Ada jual anak pokok, ada jual baja, ada jualan racun perosak. Anak pokok cili padi (yang dah keluar cili padi tu) RM10 je. Ada jual daun kesum lah, hidroponik lah. Macam-macam! Memang syurga bagi yang suka tanam menanam nih!
Lepas kawasan jual-jualan anak pokok, saya masuk ke kawasan yang dingin (ada pendingin hawa) haaaa lega sikit!
Jom cuci mata:
Aktiviti yang boleh dibuat di sini selain daripada shopping dan cuci mata, boleh cuba mewarna batik. Dah lama saya tak memegang berus warna, memang kekok haha!
Tara! Comel tak? Untuk lukisan batik yang kecil macam ni, harganya RM5 sahaja. Kalau saiz besar, harganya RM10.
Masa kami tengah mewarna budak-budak ni pun tolong tengok sekali hehe
Lepas ke tempat sejuk, kami ke luar pulak: