
Keputusan UPU, Matrikulasi, Tingkatan 6 dah keluar. Tahniah dan syabas diucapkan bagi yang berjaya meloloskan diri!
Ada yang memilih ke Matrikulasi, ada yang memilih ke Tingkatan 6 dan ada yang memilih ke universiti.
Tadi semasa berada di Klinik Kesihatan Bahau, menghantar anak murid saya atas masalah kesihatan, saya terpandang seorang adik yang nak buat pemeriksaan kesihatan (medical check up). Terlihat juga lambang UiTM.
"Dik, buat medical check up?" (haha, lagi mau tanya ka?)
"Yep"
"Dapat U mana dik?" (padahal dah nampak lambang UiTM)
"UiTM kak"
"Oh, kursus apa?"
"Perakaunan"
"Oh, kat mana"
"Alor Gajah"
"Dapat peringkat apa dik? Diploma ke, Ijazah ke?"
"Diploma"
"Oh, lepas SPM lah ni?"
"A ah"
"Sekolah mana dik?"
"Sekolah (asrama penuh)"
Bila dia jawab asrama penuh, dah tentu dia ni budak pandai.
"Eh, dik, tak dapat asasi atau matrik ke?"
"Dapat matrik, tapi saya tolak"
"Oh, kenapa? Tak dapat kursus akaun ke kat matrik tu?" (Adik ni sangatlah suka akaun)
"Dapat, matrik akaun, tapi saya tolak"
"Eh, kenapa dik?"
"Sebab takut tak boleh bawak. Dah bincang dengan family, kalau tak dapat mana-mana, saya sambung tingkatan 6, tak sangka pulak dapat UiTM ni, so saya pilih UiTM. (sepanjang perbualan, inilah ayat yang paling panjang keluar dari mulut dia)
Bila dia kata tak boleh bawak, saya tertanya-tanya tentang keputusan SPM dia.
"SPM dapat berapa dik?"
"6A je"
"Yang lain?"
"B"
"Aliran apa dik"
"Sains Tulen"
"Asasi USIM tak dapat ek dik, USIM ada Asasi Perakaunan"
"Saya bukan aliran agama"
"Oh, iyelah, nak masuk USIM kena ada Bahasa Arab"
"Yep"
"Berapa lama diploma di UiTM?"
"2 tahun setengah"
"Lepas tu boleh sambung terus di Ijazah ke?"
"Ntah lah, boleh kot"
"So, kalau sambung ijazah, berapa lama masa diambil?"
"Lebih kurang 5 tahun"
"Oklah dik, Good Luck!"
Apa pandangan korang pada situasi di atas?
