Selasa, 12 Januari 2016

Statistik Blog Tahun 2015

Image result for statistik, blog, 2015

Hai, Assalamualaikum!

Selamat tahun baru 2016! 

Di saat merenung masa hadapan, tak salah saya menoleh sedikit ke belakang.

Blog ini mula wujud sejak Januari 2010. Setahun selepas saya menjadi kaunselor sekolah. Jadi, blog ini telah pun berumur 6 tahun. Sungguh tak sangka!

Hari ini saya nak tulis tentang statistik blog saya pada tahun 2015. Bolehlah menjadi rujukan saya pada masa akan datang.

Bilangan entri di blog = 24 sahaja, purata 2 entri setiap bulan. Adoiii sikit bebenor.

Bilangan komen di blog = 219 sahaja, purata 9 komen setiap entri.

Bilangan view di blog = 7735, yang ini mengejutkan (macam banyak je) purata 322 view setiap entri

fuhhhh....

Entri paling banyak komen di blog: 25 komen

Rabu, 30 Disember 2015

Tampal Gigi di Klinik Pergigian Bahau

teeth, tooth, gigi, klinik pergigian bahau

Kali pertama saya ke Klinik Pergigian Bahau dalam Klinik Kesihatan Bahau ialah pada 07/10/2015 yang lalu. Ini pun pergi sebab nak temankan kawan saya yang nak check gigi. Sekali tu bukan takat teman sahaja, dengan saya sekali dipaksanya check gigi bersama. Adoii! Awas kalau ada kawan anda yang ajak "teman", dia akan paksa sekali anda check gigi jugak!

Doktor: Nak buat apa?
Saya: Hurmmm, check dan cuci.
Doktor: Ok

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~NGILU~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Doktor: Gigi awak berlubang, nak tampal tak?
Saya: Hurmmm, lain kali lah
Doktor: Ok

Jadi, hasil daripada pemeriksaan gigi yang lalu, doktor mengesan ada lubang di gigi geraham bawah. Hurmmm, tak sangka plak sebab memang tak sakit. 

Tapi biasalah kan, selagi tak sakit, memang tak buat haha!

~~~~~~~~~~~Selang beberapa minggu kemudian~~~~~~~~~~~~~

Saya rasa gigi geraham itu berdenyut-denyut sakitnya. Haaaa, padan muka, hari tu, tak tampal, sekarang dah sakit! Sakitnya menjadi-jadi lagi sebelum ke Ipoh. Tapi sepanjang di Ipoh, alhamdulillah tak sakit pulak. Agaknya, sebab syok berjalan kot! Haha!

Jadi, setelah sekian lama, hari ni saya berkesempatan ke Klinik Pergigian Bahau yang terletak di Klinik Kesihatan Bahau. Setelah tertangguh sejak beberapa minggu yang lalu.

klinik gigi bahau, klinik gigi, angka giliran

Sabtu, 26 Disember 2015

Jalan-Jalan di Ipoh, Perak 2: Perihal Tiket Keretapi

Image result for keretapi tanah melayu



Beberapa entri seterusnya ini ialah berkaitan dengan percutian saya dan sahabat baik saya, Mell di Ipoh pada 21-24 Disember 2015.
Mungkin inilah percutian saya yang dalam keadaan sangat tidak bersedia! Kerana pada hari nak bertolak pun, masih kelam kabut mencari tiket! Huwaaaaa!!

*********************************************************************************
Semasa saya di kampung, Mell dah maklumkan bahawa tiket keretapi online dah habis! Melalui pengalaman saya, kadang-kadang, diorang ada simpan sikit untuk pembelian offline. Saya pernah tanya hotel, memang bila semak online dah habis, tapi offline masih ada. Saya harap begitulah untuk keretapi ni. 

Jadi, masa dalam perjalanan balik ke Bahau pada hari Ahad (20/12/2015), saya sempat singgah di Stesen Keretapi Gemas pada jam 2.30 petang. Tapi, boleh pulak kaunter tiket tutup (rehat)! Ada pulak orang rehat jam 2.30 petang? Adoiiii!!

Ok, seterusnya saya singgah di Stesen Keretapi Bahau. Alhamdulillah kaunternya buka. 

Bang, ada tiket tak ke Ipoh esok malam?
Ada 10 lagi
Naik 9.40 malam dari Gemas, sampai 4.30 pagi di Ipoh
Oh, ok

Saya kemudiannya ke Stesen Bas Bahau untuk tiket ke Ipoh.

Bang, ada tiket tak ke Ipoh?
Ada
Naik 5.40 petang, sampai 6.30 pagi di Ipoh. Bas ini melalui banyak negeri.
Oh, ok

Saya pun call Mell untuk 2 pilihan tersebut. Kalau naik keretapi sampai di Ipoh terlalu awal, kalau naik bas mengambil masa yang agak lama.

So, Mell putuskan kami menaiki keretapi.

Ok beb, malam ni aku beli tiket keretapi.

Tepat jam 8.00 malam saya sampai di kaunter tiket Stesen Keretapi Bahau, nak tahu apa jadi? 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...