Khamis, 8 Disember 2011

Al-Kisah Tersalah Masuk Dewan Kahwin ^_~

                                       

Hari Ahad yang lepas banyak betul orang kenduri kahwin kan kan kan. Cuti sekolah lah kan. Tarikh begitu memang menjadi rebutan.

Aku dan keluarga pun pergi ke kenduri kahwin keluarga sebelah abah di Bandar Baru Uda, Johor. Kami bertolak pun dah agak lewat, pukul 1.00 petang dari Kluang. Kami ni nama saja orang Johor, tapi tak begitu mahir dengan jalan. Kalau diberikan skala, tahap pengetahuan kami tentang jalan raya yang ada jatuh pada tahap 2 :)

Setelah keluar tol, kami mula mencari Dewan UMNO (tempat persandingan). Cari punya cari tak jumpa-jumpa. Walaupun pernah ke rumah pengantin, tapi macam ingat-ingat lupa. Ditambah dengan hujan gerimis yang menyukarkan lagi penglihatan. 

Akhirnya, kami bertanya dengan seorang perempuan muda. Dia pun dengan yakinnya memberikan peta jalan "o...masuk sini, belok kanan, dekat dengan masjid" katanya. Kami pun mengikut arah yang telah ditunjukkan. Melihatkan kenderaan yang banyak diluar dewan, aku pun dengan yakinnya "ha...dah jumpa pun"

Aku terpandang bahagian luar dewan tertulis 'Dewan Jubli Perak'..(aishhh, betul ke ni?). Kami berselisihan dengan sepasang suami isteri yang hendak menuju ke dewan tersebut.
Abah pun tanya "Ini ke anak si awang?"
"Ntahlah pakcik, saya kenal pihak lelaki"
abah menjawab "o, saya pulak kenal pihak perempuan"

Kami pun terus melangkah masuk ke dewan tersebut. Masa ni tengah berkumandang lagu Aku Bukan Untukmu dari Rossa. Ada juga orang pasang lagu sedih masa hari bahagia ye...Ramai betul tetamunya walaupun jam sudah pukul 3.15 petang. Dalam ramai-ramai tu, tak seorang pun yang kami kenal. Mak ayah pengantin pun kami tak kenal. Adoiiii, silap dewan nih.

Kami keluar dari dewan dengan perut yang sudah berbunyi-bunyi. Pusing lagi untuk mencari dewan pengantin. Akhirnya, setelah bertanya dengan orang yang berdekatan, ada satu lagi dewan di kawasan perumahan itu. Kami ke sana (barulah nampak bunga manggar 1 tangkai sahaja) yang diletakkan ditiang-tiang lampu isyarat.

Akhirnya kami sampai ke dewan yang betul pada pukul 3.30 petang. Perut dah lapar, apalagi MAKAN lah ^_^

                                

Isnin, 5 Disember 2011

Mencari Makanan Untuk Diri


Aku memang tak dapat dipisahkan daripada makanan haha. Makanan yang aku nak ceritakan pada hari ini ialah makanan diri. Apa tu?? Makanan rohani...


Mungkin juga disebabkan cuti sekolah yang telah bermula, (sekolah yang cuti, kerja tak cuti huhu), aku berpeluang menonton tv (bukan sebelum ini tak tengok tv, ok). Maksudnya, berpeluang menonton tv dengan....(wah...tak dapat digambarkan lah haha). Lepas satu saluran, ke saluran yang lain. Tapi hatiku ini betul-betul terpaut dengan Tv-alhijrah.


Banyak betul manfaat daripada saluran ini. Antara yang menjadi kesukaanku sekarang ialah rancangan 30 Minit Ustaz Don, Reflection, Lau Kaana Bainana dan Assalamualaikum. Boleh membuatkan aku terpaku dihadapan tv!


Salah satu segmen yang membuatkan aku terpaku dan kagum ialah bila rancangan Assalamualaikum menjemput Ustaz Fadzlan Machmud, pendakwah terkenal Indonesia yang telah berjaya menyebarkan dakwahnya di kawasan pedalaman Indonesia.


Usaha tv-alhijrah dalam menyebarkan dakwah Islam perlulah mendapat sokongan daripada semua pihak. Tatkala media massa sibuk menyogokkan 'makanan ringan' untuk generasi hari ini, 'makanan rohani' perlu diberikan peluang, malahan perlu menguasai media massa. Persoalannya - mampukah dijelmakan??

                                         

Ahad, 27 November 2011

Salam Maal Hijrah

                                     

                                        

Dah lama tidak menulis, sampailah dah masuk tahun baru ^_^ Semoga kita akan jadi lebih baik daripada sebelumnya. Amin

                                            
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...