Sabtu, 31 Disember 2016

Selamat Tinggal 2016

Image result for 2017
Sorry korang, lama tidak mencatat apa-apa kat sini. Sebab sibuk. Okeh, itu alasan biasa. Huhu

Hurmm, sebenarnya bukan alasan itu pun, lebih kepada mood yang tak menentu, nak-nak lagi bila menjelang tahun 2017 niMungkin ini akan menjadi artikel terakhir di tahun ini. Wallahualam.

So, macam mana dengan tahun 2016 korang? Mesti berwarna-warnikan? Mestilah ada suka dan duka. Takkan suka je memanjang, ye tak?

Semuanya ada ups and downs. Ada turun dan naiknya. Tulis blog ini pun sama. Kadang-kadang datang anginnya, mencurah-curah idea. Kadang-kadang, tepu, beku kepala hotak haha!!

Selama bercuti dari menulis ini pun ada orang datang membaca ye. Macam tak percaya je ahaks!! Iyelah kan, blog ini bukanlah blog retis gitu. Terima kasih banyak-banyak! 

Semoga artikel-artikel sebelum-sebelum ini memberi manfaat kepada korang. Kalau korang suka baca Alhamdulillah. Kalau korang menyampah pun Alhamdulillah jugak. Tiada orang yang sempurna.

Terima kasih atas komen-komen yang datang meninggalkan jejak kasih hehe. Maaf kalau ada komen yang tak berbalas, mungkin terlepas pandang.

Tahun depan, In Syaa Allah, kalau korang nak buat giveaway atau yang seumpama dengannya, saya akan pertimbangkan untuk menaja hadiah.

So, guys, wish you all the best! May Allah bless us all!!

Jumaat, 23 Disember 2016

Jar of Hearts Christina Perri


Jom layan lagu Christina Perri - Jar of Hearts. Kord gitar yang boleh dikatakan agak mudah.

Klik sini untuk kord gitar.

Rabu, 21 Disember 2016

Permohonan Program Al-Syahadah Al-Ulya Ulul Albab (Sijil Tinggi Pengajian Agama Islam) Tahun 2017

Image result for yayasan terengganu

Kerajaan Negeri Terengganu dalam usaha untuk melahirkan Ulamak Rabbani yang pakar dalam agama Islam dan kehidupan serta memiliki sahsiah dan keilmuan yang tinggi yang boleh disamatarafkan atau melebihi kesahsiahan dan keilmuan tokoh-tokoh Islam ternama Dr. Yusuf Al-Qaradhawi, Dr. Wahbah Al-Zuhaili, Dr. Muhammad Said Al-Buti, Dr. Muhammad Al-Mukhtar Al-Syanqiti dan ramai lagi yang menjadi bintang dan pelita kepada ummah pada masa kini.

Bagi merealisasikan hasrat ini, Kerajaan Negeri Terengganu akan menjalankan program pengajian Al-Syahadah Al-Ulya Ulul Albab sebagai kaedah melahirkan ilmuan Islam yang berpengetahuan tinggi dan luas dalam ilmu duniawi dan ukhrawi (Ulul Albab) dan ia merupakan program perintis (pilot-project) dan yang pertama di Malaysia. 

Pelajar yang mengikuti program ini akan memperoleh Sijil Tinggi Pengajian Agama Islam dan akan melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang sains dan agama dan seterusnya ke peringkat Ijazah Sarjana serta PhD dalam bidang pengajian Islam di universiti yang terpilih.

Permohonan adalah dipelawa kepada semua warganegara Malaysia keutamaan kepada anak negeri Terengganu yang berminat serta mempunyai sahsiah yang baik, kemahiran insaniah (softskill) dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan sebagaimana berikut:

Syarat-syarat kemasukan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...