Rabu, 31 Ogos 2016

Hutang: Saya Bertuah Sebab Ada Yang Tolong Ingatkan

Image result for merdeka


Hai semua. Selamat menyambut Hari Merdeka!

Ok, hari ini nak cakap pasal hutang. Haaa, saya memang banyak hutang. Hutang keliling pinggang!

Umur kecik lagi, saya dah ada hutang. Iaitu PTPTN. Maklumlah keluarga kurang kaya.

Bila dah ada gaji, hutang kereta pulak!

Tahun ____ hutang _____

Tahun ____ hutang _____

Saya ini jenis penakut. Abah selalu ingatkan saya, kalau tak mampu (nak beli sesuatu) jangan beli. Jangan tambah hutang. Beli benda penting sahaja.

Sebab itu saya hanya mampu tengok orang pakai iPhone haha!

Alhamdulillah, ada hutang yang telah dijelaskan. Jadi, komitmen dah kurang.

Banyak pulak rintangannya.

Salah satu daripadanya ialah kehendak nak tukar kereta baharu. Yang ini memang dugaan paling kuat!

Dua tahun sebelum habis bayar kereta, macam-macam jenama kereta bermain dalam kepala saya. Terutama sekali Toyota Camry!

Tapi ntah macam mana, ianya lenyap setelah saya halakan pada sesuatu yang lain.

Baru-baru ini, ada kawan saya cerita pasal nak jana pendapatan dengan cara berhutang. Timbul keinginan nak mencuba! (sebab komitmen hutang yang ada sekarang dah kurang)

Secara ringkasnya, kawan saya terangkan begini:
1. Buat pinjaman peribadi RM50K di bank
2. Masukkan RM21K dalam Mymi1 (pakej VIP)
3. Beli motor berkuasa tinggi RM20K
4. Ada tunai dalam tangan RM9K 

Jumaat, 26 Ogos 2016

Hari Terbuka Kolej Vokasional Juasseh

kolej vokasional juasseh, kv juasseh
Semalam saya dan sebahagian daripada murid-murid tingkatan 3, diberi peluang untuk menghadiri Hari Terbuka Kolej Vokasional Juasseh, Negeri Sembilan.

Sebaik sahaja tiba di Kolej Vokasional Juasseh, kami di bawa melawat ke bengkel-bengkel yang ada.

kolej vokasional juasseh

Bengkel ini sahaja yang saya singgah. Saya terus keluar untuk melihat pameran hasil kerja pelajar Kolej Vokasional Juasseh dan melihat gerai-gerai jualan yang ada. Manakala, murid-murid yang lain meneruskan lawatan ke bengkel-bengkel yang ada.

Kolej Vokasional Juasseh

Ini adalah hasil kerja pelajar Kolej Vokasional Juasseh. Kotak yang diubahsuai (ada banyak partition di dalamnya)

Kolej Vokasional Juasseh
Produk ini sangat menarik hati saya (sebab saya suka travel haha). Iron board dalam bagasi.

Kolej Vokasional Juasseh
Bahasa Arab

Jom kita tengok produk bekas anak murid saya, yang sekarang ini belajar di Kolej Vokasional Juasseh pulak

Kolej Vokasional Juasseh
Ini macam ala-ala pendingin hawa


Kolej Vokasional Juasseh
Ini alat nak tahu kelembapan tanah dan sebagainya


Kolej Vokasional Juasseh
Ini ialah sejenis alat pemotong

Pada saya semua produk yang dipamerkan sangat simple, tetapi menarik dan kreatif.

Boleh dikomersialkan. Tapi kena buat kajian lagi lah macam mana nak disesuaikan dengan pasaran tempatan dan antarabangsa.

Tapi, beberapa penambahbaikan:

1. Tiada bekalan elektrik
Ada 1 produk yang menggunakan sudu plastik, untuk dijadikan lampu. Sangat menarik, tapi sayangnya lampu tidak dapat dihidupkan sebab tiada bekalan elektrik (tiada plug untuk menyambung bekalan elektrik). 

Saya: Cuba pasang dik
Adik 1: Tak boleh, takde elektrik. Tapi memang boleh nyala cikgu
Adik 2: Kena guna imaginasi tinggi bayangkan lampu ni nyala
Saya: Eh, awak ni. Carilah wayar penyambung ke, apa ke, takkan nak suruh saya bayang? !@#$%%&^&&*

Selasa, 23 Ogos 2016

Cek HSBC dari Celcom Buat Kali Ke-2



cek, hsbc, celcom


Ok, saya dapat cek HSBC lagi, yeahhh!! 

Ini adalah cek kali ke-2 daripada Celcom.

Sama seperti cek sebelum ini, ia adalah mungkin pemulangan wang lebihan bayaran ke atas talian broadband saya.

Tiba-tiba rasa sayang pulak kat Celcom.

Walaupun jumlahnya tak banyak, tapi cukup beli 1 bucket KFC terima kasih kerana memulangkan bakinya ^__^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...