Isnin, 3 Ogos 2015

Dari Bahau ke Subang Parade, Shah Alam dengan Komuter


Subang parade, subang, shah alam, shopping complex, bahau, komuter


Semalam jalan-jalan dari Bahau ke Subang Parade, Shah Alam. Sebenarnya, ini adalah kali pertama saya ke sini. Naik apa? Naik komuter sahaja. Jom tengok peta laluannya.

LRT, lrt komuter, ktm, lrt route, komuter route

Dari Bahau, memandu kereta ke Stesen Komuter Senawang. Parkir kereta di situ. Oleh kerana saya pemandu yang berhemah, ia mengambil masa 1 jam. Haha!!

Beli tiket pergi-balik ke Subang Jaya. Saya jenis malas nak beratur lagi untuk beli tiket balik. Beli sekali harung, senang.

Naik komuter dari Senawang memang best, sebab tak perlu berebut tempat duduk! Bilangan pengguna yang naik dari Senawang, alahai, tak sampai 15 orang! Pilihlah mana-mana tempat duduk yang disukai.

Dari Stesen Komuter Senawang, kena turun di Stesen Komuter KL Sentral, untuk tukar laluan ke Shah Alam. Bila dah sampai KL Sentral, masuk ke laluan nombor 5 untuk ke Shah Alam. Dari Senawang ke KL Sentral mengambil masa 1 jam 30 minit, manakala dari KL Sentral ke Subang Jaya pula mengambil masa 30 minit.  Kematu punggung haha! @#$%%$%^&**

Dari Stesen Komuter Subang Jaya, jalan kaki ke sebelah kanan. Subang Parade berada di sebalah kanan anda! Yeahhhh!! (saya pun tanya kakak penjual tiket komuter, kalau tak tanya sesat jalan). Serius tak jauh pun dari komuter.

aeon, BIG, bahau, subang parade, subang, shah alam, komuter, shopping complex

Subang Parade bersebelahan dengan Aeon Big 

subang parade, shah alam, shopping complex

Subang parade, shah alam, shopping complex
Di luar Subang Parade

Jom kita tengok bahagian dalam pula:

Khamis, 18 Jun 2015

Hormat Yang Muda

hormat, respect, muda, belia, hormat-menghormati

Tadi, saya keluar bersama-sama dengan bekas pelajar saya yang baru balik dari Jordan. Perasaan? Tentulah teruja giler! Bohonglah kalau cakap tak, balik luar negara tu haha!

Apa yang kami bualkan? Perbualan yang panjang lebar. Antaranya:
1. Pengalaman pertama kali jejak bumi Jordan
2. Gambar-gambar yang sempat di ambil semasa di sana
3. Perbezaan mazhab
4. Solat semasa perjalanan
5. Kehidupan seharian sebagai pelajar
6. dan lain-lain

Apa yang saya nak cerita di sini ialah, betapa saya menghormati dia, walaupun jarak umur kami yang jauh. Selalu kita dengar yang muda mesti menghormati yang tua (ehem ehem dewasa), tapi apabila saya berhadapan dengan dia, secara automatik memang saya menghormati dia. 

Rabu, 17 Jun 2015

Dah Dapat Matrikulasi, Takkan Tolak Kot?

kolej matrikulasi, matrikulasi, sambung belajar, matrik perak

Hai, Assalamualaikum, lama tak menaip (cakap pada diri sendiri haha!)

Ok, hari ni nak cakap pasal bekas pelajar saya yang dapat tawaran ke Matrikulasi Perak Darul Ridzuan. Seingat saya, ini adalah kali pertama pelajar saya meloloskan diri ke Matrikulasi. Tok sah cakap lah, bangga giler okeh! Bukan sorang, bukan 2 orang tapi 4 orang okeh!

Keputusan SPM mereka ni bukanlah tahap flying colours gitu. Mereka ini paling tinggi dapat 4A dan paling rendah dapat 2A, tapi berjaya ke Matrikulasi, menarik bukan? Sebenarnya, saya pun terkesima, haha! Serius tak tipu.

Well, (speaking London gitu)...mereka pun terkesima + terkejut beruk! Jadi, macam-macam ayat yang keluar. Antaranya:

1. Cikgu, saya tak yakin saya boleh buat ni.
2. Cikgu, saya ni pelajar lemah.
3. Cikgu, saya takut!
4. Cikgu, kami semua dapat 1 tahun je...adoiii.
5. dan ayat-ayat lain.

Saya jawab senang je:
1. Tahniah, dah rezeki awak semua.
2. Peluang yang ada jangan sia-siakan. 
3. Punyalah beribu-ribu orang yang mohon Matrikulasi, tak dapat, korang yang dapat, takkan nak tolak kot? Kalau tolak maksudnya korang tolak rezeki (tuah).
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...