Isnin, 30 Jun 2014

Salam Ramadhan


Assalamualaikum semua...

Selamat menyambut Ramadhan 

Semoga Ramadhan tahun ini lebih baik dari tahun-tahun yang sebelumnya. Amin.

Isnin, 2 Jun 2014

Tawaran Biasiswa Baitulmal Insentif Khas Pelajar Cemerlang Luar Negara (Jordan) Sesi 2014/2015


1. Tawaran adalah dipelawa kepada calon-calon yang mendapat keputusan peperiksaan SPM 2013 untuk memohon biasiswa tajaan Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bagi melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda Luar Negara Tahun Pertama Sesi 2014/2015 universiti-universiti di Jordan.

2. Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang yang boleh dimuat turun melalui laman web www.maiwp.gov.my ATAU boleh mendapatkan terus di pejabat kami di alamat berikut:
Bahagian Baitulmal
(Unit Pembangunan Akademik)
Bangunan Daruzzakah, Tingkat 5,
Lorong Hj. Hussien 2, Off Jalan Raja Muda
50300 Kuala Lumpur

No. Tel: 03-26175222 samb. 216/213/224/221

3.Tarikh tutup permohonan pada 20 Jun 2014

4. Bidang pengajian Islam, Bahasa Arab, Syariah, Usuluddin, Muamalat Perbankan Islam.

5. Maklumat lanjut mengenai program/bidang kursus, syarat-syarat permohonan dan cara memohon boleh diperoleh dengan melayari laman web di atas.

6. Penempatan pusat pengajian melalui Kementerian Pengajian Tinggi sahaja yang layak dipertimbangkan untuk memohon biasiswa Baitulmal MAIWP.

Sumber:Berita Harian

Sabtu, 26 April 2014

Semakan ke Tingkatan Enam 2014




  • Semakan boleh dibuat mulai 24 April 2014
  • Klik sini untuk membuat semakan
  • Hanya masukkan No. Kad Pengenalan sahaja
  • Perlu hadir di PPD masing-masing pada 05 Mei 2014 bersama-sama dengan surat tawaran.
  • Dalam surat tawaran, turut dinyatakan dokumen-dokumen yang perlu di bawa bersama.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...