Khamis, 23 Disember 2010

Aku Ada Satu Cerita...

           
          
           Sila hayati dulu gambar di atas...
"We Can't Spell Failure Without U" 

          Aku ada satu cerita. Pada suatu hari (ceh wah), kawan aku~dia seorang yang sangat aktif sukan, telah pun mewakili negara. Dia telah diberi kata-kata oleh pihak sekolah, supaya cemerlang dalam pelajaran, kerana dia kelihatan seolah-olah tidak faham satu apa pun yang di ajar oleh guru. Iyelah kan, budak aktif sukan hoki, angkat kayu hoki sajalah ke hulu ke hilir. Tapi, walaupun begitu, dia mendaftar juga di Tingkatan Enam.

            Apa perasaan dia? Tentulah sangat sedih. Sekolah sangat takut sekiranya dia akan menjejaskan peratusan sekolah.

            Aku pada ketika itu, berumur 19 tahun, masih belum bekerja sebagai seorang kaunselor, terfikir...kenapa keadaan harus jadi sedemikian?

           Aku sangat berbangga bila dia meneruskan pengajiannya...dan akhirnya, dia berjaya membuatkan sekolah itu berkeputusan 100% , sekaligus menempatkan nama sekolah di kalangan sekolah yang terbaik dalam negeri.

           Kita tak rasa apa-apa sekiranya semua ahli keluarga kita dilahirkan pandai-pandai dan bijaksana, tapi kita akan rasa apa-apa sekiranya salah seorang daripada ahli keluarga kita tak dilahirkan pandai-pandai dan bijaksana.

           Jadi, moral of the story, kamu semua boleh fikir sendiri. ^_~


Rabu, 22 Disember 2010

Keputusan PMR~Cikgu Yang Kecut Perut


            Insyaallah esok, keputusan PMR akan diumumkan. Ada beberapa orang guru yang menghantar mesej ke telefon berbunyi:

             Cikgu A ~ Saya tak dapat datang esok, saya di Taiping ni, sedih lah~

           Cikgu B~ Saya tak dapat datang kak, nanti tolong bagi tahu, berapa  orang dapat A, berapa orang gagal subjek saya ye

             Cikgu C~Saya tak dapat datang kak, kereta saya ada masalah, harap keputusan OK

            Ragam cikgu bila keputusan akan diumumkan esok ^_^

            Ragam pelajar???


Selasa, 21 Disember 2010

mOOd

            Pada waktu ini, aku sedang sibuk menyiapkan takwim sekolah untuk tahun depan. Mood? Ehmmm, rasa  takde kick langsung. Not in mood nak buat kerja. Tapi kena buat juga. 

            Macam mood yang dalam gambar inilah:


               Tengah pening dengan tarikh-tarikh yang nak dimasukkan dalam takwim, aku pun mulalah berhenti kejap, ingat nak makan Kit Kat, tapi tiada pula dalam rumah ini. Jadi, aku cari di internet gambar-gambar yang ummmmpphhh macam ini:






            Lepas dah tengok gambar-gambar ini, jadi macam ini pula:


             Ok lah, kejap saja break nya, tak boleh lama-lama. Takwim ini esok nak kena hantar. Back to work, guys ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...