Manusia sering tidak puas hati. Susah nak gembirakan hati setiap orang sebenarnya. Perlukah ada yang terkorban untuk memberikan keadilan? Tapi kalau asyik-asyik orang yang sama saja terkorban, macam mana pulak ceritanya?
Sebab tu perlu ada akal yang waras! Tapi seramai manakah makhluk ciptaan Allah ini menggunakan akal itu sepenuhnya? Jangan sampai orang yang sentiasa bertolak ansur itu, beransur-ansur mengundurkan diri. Nanti barulah terasa kehilangan. Waktu itu, hanya tinggal sejarah.........
Penafian: Blog ini adalah laman peribadi dan tidak menggambarkan pandangan pihak majikan
Jumaat, 30 April 2010
Rabu, 28 April 2010
Kritikan Boleh Membunuh
Aku terbaca dalam satu blog, tajuknya pesanan Imam Ghazali...
Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?
Murid-murid dengan serentak menjawab = pedang
Imam Ghazali = Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA, kerana
melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.
Betul !!!
Apakah peranan mulut sebenarnya?
Berkata-kata?
Berkata-kata yang macam mana?
Apa yang seharusnya dikatakan?
Sesuatu yang sering berlaku ialah kritik...selalunya bukan kritikan membina...tetapi membunuh
Siapa-siapa yang suka sangat mengkritik orang..silalah baca buku Dale Carnegie "How to Win Friends & Influence People". Baca dulu then baru boleh cerita :)

Jumaat, 23 April 2010
Hidup tanpa Kamera...
First time beli kamera Canon, kamera lomografi yang guna filem tu kalau tak silap lah...RM 150 harganya. ok lah. Masuk Universiti, so boleh rakam gambar banyak-banyak. Duit pun keluar banyak untuk cuci gambar :)
Bila masuk tahun 2008, tengah hangat di pasaran ialah kamera digital pula. Beli satu jenama Pentax Optio E40 8.1 Megapixels. Harga RM 500 semata-mata hendak merakamkan saat-saat indah di Langkawi. Sangat teruja menggunakannya, sungguh berbeza dengan kamera yang lama. Hari ini beli kamera, esok terus mendarat di Langkawi. Fuhhh, asyik betul merakamkan saat-saat percutian di Langkawi sehingga menggunakan sepenuhnya 1G memory card. Yang hebatnya kamera ini dari kamera sebelumnya ialah boleh petik saja gambar, dan kalau tak berkenan gambar tu, boleh dibuang serta merta :)
Pada 21 April, lawatan sekolah ke Petrosains, UIA dan juga Putrajaya. Sangat malang sebab kamera kesayanganku rosak tiba-tiba sahaja. TIADA SATU PUN GAMBAR DAPAT DIAMBIL DARIPADA KAMERA KU...Berita menyedihkan ini hanya disedari waktu pukul 9.00 malam hari sebelumnya. Bila ke kedai gambar, selidik kamera tu, kedai tak boleh nak buat apa kecuali hantar ke kilang dan kena bayar RM60 dahulu. Kemungkinan kalau kilang boleh sembuhkan kamera tu, kena dalam lingkungan RM200-RM300 lagi. Kesimpulannya, baik beli satu yang baru.
Beli yang baru bukan susah...dengan duit, tapi saat-saat semalam tidak akan berulang lagi untuk dipetik semula dengan kamera yang baru. What a life without my camera! Masa akan sentiasa ke depan tanpa menoleh ke belakang walau sesaat pun...

Langgan:
Catatan (Atom)