Sabtu, 21 Januari 2017

Koleksi Emas Public Gold Edisi Pos Malaysia


Siti Hazreen 
Authorised Dealer Public Gold
PG00056447
0112 098 2764
Image result for public goldImage result for pos malaysia



Hai, sudah lama rasanya tak menulis tentang Public Gold

Ingat tak, saya ada tulis pasal minat saya pada setem? Boleh klik sini untuk baca.

Haaa, apa kaitan setem dengan entri hari ini? Jeng jeng jeng.

Sebab, hari ini saya nak kongsikan dengan korang koleksi emas Public Gold edisi Pos Malaysia

Jom tengok gambar:

public gold, pos malaysia

Emas Public Gold 1 gram

public gold, pos malaysia

Emas Public Gold 0.5 gram

public gold, pos malaysia

Emas Public Gold 1/2 Dinar


public gold, pos malaysia

Emas Public Gold 1 Dinar

public gold, pos malaysia

Emas Public Gold 5 gram

Menarik tak? Bagi saya sangat menarik lorrr!! Sebab semuanya emas (sangat bernilai) dan siap ada tepek gambar setem yang cantik-catik belaka. Alhamdulillah, semua dapat saya beli sebagai koleksi

Dalam banyak-banyak tu, saya paling suka dan teruja giler, bila pegang emas Public Gold edisi Pos Malaysia 1 dinar. Sebab apa ek? Maybe sebab design dia cantik, berkerawang-kerawang gitu dan ada tertera tulisan jawi. Perghhh!!

Emas Public Gold Edisi Pos Malaysia ini hanya boleh dibeli Pejabat Pos Malaysia yang ada perkhidmatan Ar-Rahnu sahaja ya. Kalau kat Negeri Sembilan ini, kalau tak silap saya, ada di Pejabat Pos Seremban dan Pejabat Pos Tampin.

Khamis, 19 Januari 2017

Wawasan 2020 dan TN50


Maaf entri ini perlu dibaca dengan menggunakan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)

Alhamdulillah, saya berpeluang mengikuti sesi debat anak muda dalam Berita Awani jam 8.00 malam tadi.

Selepas itu ada siaran langsung di tv pelancaran TN50.

Saya, lebih menyukai sesi debat anak muda di tv Awani.

Mudah-mudahan saya panjang umur untuk melihat Wawasan 2020 tercapai ataupun terkulai.

Mudah-mudahan Tun M, panjang umur, untuk melihat adakah Wawasan 2020 tercapai atau tercapati.

TN50? Bak kata pengacara Awani, kita ada 33 tahun lagi untuk membicarakannya.

Ehem, mari kita menyorot kembali tentang dadah. 

Rabu, 18 Januari 2017

Orang Tak Pandang Politeknik, Kolej Komuniti dan GIATMARA

Image result for politeknik

Image result for kolej komuniti

Image result for giatmara

Al-kisahnya, petang tadi saya di datangi oleh 2 orang bekas anak murid saya. Kedua-duanya lepasan SPM tahun lepas, yang mana keputusan SPM akan dikeluarkan pada tahun ini.

Saya terkejut, takde hujan takde ribut. aleh-aleh (betul ke saya tulis nih?) terpacul mereka berdua di depan pintu bilik saya. 

Saya pun tanyalah apa hajat di hati? Rupa-rupanya mereka inginkan pendapat saya tentang institusi untuk mereka menyambung pelajaran nanti.

Saya agak, ini mungkin adalah rentetan daripada apa yang berlaku semalam di dalam Whatapps Group diorang. Canggihkan budak-budak sekarang? Ada Whatapps Group lorrr. Saya dulu-dulu takde macam nih weh...Ada murid yang telah menyambung pelajaran tanpa pengetahuan (tidak merujuk) kepada saya terlebih dahulu.

Bukannya apa, saya galakkan mereka merujuk kepada saya terlebih dahulu, takut-takut duit terbang masuk ke institusi yang ntah apa-apa. Institusi yang menanam tebu di tepi bibir banyak je sekarang ni. Budak-budak yang baca ni faham tak? Kalau tak faham, bukak kamus ye.

Jadi, berbalik kepada 2 orang bekas anak murid yang datang berjumpa saya tadi. Diorang tanya pasal institusi yang sesuai untuk diorang sambung belajar. Saya mencadangkan 3 institusi iaitu Politeknik, Kolej Komuniti dan GIATMARA.

Murid: Ok ke cikgu?
Saya: Mestilah ok
Murid: Ermmm, ayah saya kata kalau nak masuk GIATMARA, itu pilihan terakhir
Saya: Eh, kenapa pulak?
Murid: (Sengih)
Saya: Sebab tak glamor (terkenal) ke?
Murid: (Sengih)
Saya: Eh, awak tahu tak, diorang memang lah tak glamour, tapi diorang lah orang yang paling senang buat duit! Diorang belajar dan apply, kreatif, ada perniagaan sendiri. Daripada awak belajar benda yang awak tak minat, dan awak tak dapat kerja bertahun-tahun, baik awak ambil bidang kemahiran. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...