Hai anak-anak eh, dah tua pulak rasa.
Saya tengok budak-budak ni, dari tingkatan 1 sampai tingkatan 5. Yep, 5 tahun dah kita bersama.
Tukar-tukar.
Hai calon-calon SPM, esok tibalah hari yang dinantikan iaitu Peperiksaan SPM 2016.
Berdebar tak? Jangan kata budak, cikgu pun berdebar sama tahu tak?
Esok bermulanya kerahan otak untuk menjawab soalan-soalan.
Relaks, tenang ok. Jangan stress (dah ramai orang gila sekarang nih, so please jangan tambahkan lagi) ahaks! Nasib korang lah dapat kaunselor macam saya haha!!
Buat semua murid yang bakal bertempur esok, SPM bukanlah pengakhiran cerita hidup ye. Ada banyak lagi yang perlu ditempuhi. Perjalanan hidup masih panjang dan penuh dengan warna-warni!
Untuk calon SPM SMA Haji Muhamad, mungkin apa yang saya sampaikan pada awak, hanyalah beberapa peratus sahaja yang boleh digunakan untuk menjawab peperiksaan, tapi percayalah, awak akan gunakan ia sepanjang hidup awak nanti ^_^
Sila berhubung dengan saya selepas SPM, untuk kita main catur (percaturan mengisi borang kemasukan ke Universiti) atau mendapatkan khidmat nasihat. Free ok!
Saya minta maaf kadang-kadang apa yang saya sampaikan macam merapu, tapi percayalah ia sangat berguna.
Terima kasih kerana kamu semua telah memberikan impak besar dalam hidup saya, dan saya harap, saya juga memberikan impak yang sama dalam hidup awak.
Terima kasih kerana menjadikan saya orang yang lebih baik a.k.a kaunselor yang lebih baik dari tahun ke tahun ^_^
Sekiranya awak semua berjaya pada masa akan datang, saya takkan minta pun rumah banglo sebijik, tapi cukuplah kalau dapat makan Nasi Beriyani Ayam kedai Kapitan di Pulau Pinang dan jugak kereta Mini Cooper hehe. Takdelah, lawak je.
So, good luck guys! May ALLAH bless you all. Amin
~ Engkau terunggul wajar standing in the eyes of the world ~
