Artikel ini ada kena mengena dengan artikel sebelum ini Dah Dapat Matrikulasi, Takkan Tolak Kot?
Dalam artikel Dah Dapat Matrikulasi, Takkan Tolak Kot? yang ditulis setahun yang lalu, saya menceritakan perihal tentang 4 orang bekas pelajar saya yang mencipta sejarah di terima masuk ke Matrikulasi Perak.
Nah, setahun kemudian, salah seorang daripada mereka, saya jemput untuk berkongsi pengalaman belajar di sana, dengan murid-murid tingkatan 5 iaitu Anis Raihayu.
Perkongsian ini berlaku beberapa hari sebelum keputusan UPU diumumkan.
Saya: Awak rasa dapat Universiti?
Anis: Ntah lah cikgu
Saya: Sem 1 dapat berapa?
Anis: 3.5
Saya: Sem 2?
Anis: 3.6
Saya: In syaa Allah boleh dapat ni.
Sebenarnya, saya agak terkejut dengan keputusan semester Anis. Macam saya tulis dalam artikel sebelum ini, pelajar-pelajar yang masuk ke Matrikulasi ini, bukanlah pelajar yang cemerlang, gemilang, terbilang dan terbang!
Tapi kemampuannya mencatat gred tinggi dalam peperiksaan adalah mengkagumkan.
Anis bakal ke Unimas
Mardiyah bakal ke UKM
Syahirah bakal ke UMK
Hanya seorang daripada 4 orang yang masuk ke Matrikulasi ini gagal meloloskan diri ke universiti. Allah lebih mengetahui.
