Rabu, 8 Oktober 2014

Permohonan Biasiswa Baitulmal Insentif Khas Pelajar Cemerlang Dalam Negara MAIWP Sesi 2014 / 2015

biasiswa, baitulmal, insentif, pelajar cemerlang, maiwp

Permohonan adalah dipelawa kepada pelajar-pelajar Wilayah Persekutuan yang telah mendapat tawaran untuk melanjutkan pengajian di peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana, atau Ijazah Doktor Falsafah di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dalam negara yang terpilih ambilan sesi 2014/2015 untuk memohon biasiswa tajaan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang yang boleh dimuat turun di laman web www.maiwp.gov.my ATAU boleh mendapatkan terus di pejabat kami di alamat berikut:

Khamis, 2 Oktober 2014

Bengkel Latihan Guru Mengenai Kesihatan Remaja 2014

bengkel, latihan guru, kesihatan, remaja


Program: Bengkel Latihan Guru Mengenai Kesihatan Remaja 2014
Anjuran: Pejabat Kesihatan Daerah Jempol
Tarikh: 02 Oktober 2014
Masa: 8.00 pagi hingga 5.00 Petang

Hari ini saya menghadiri Bengkel Latihan Guru Mengenai Kesihatan Remaja 2014. Banyak informasi baharu yang saya dapat hari ni. Ada juga info yang saya sudah pelajari sebelum ini (kiranya macam ulangkaji lah, dah tua, banyak yang tak ingat).

Ini adalah kali pertama saya menghadiri bengkel di Bilik Mesyuarat Zamrud ni. Cantik. Saya bersama rakan duduk di hadapan sekali betul-betul bertentangan dengan penceramah. Ceramahnya sangat padat dan sendat penuh dengan info-info yang berguna untuk guru.

bengkel kesihatan, ceramah kesihatan,
Ceramah tentang remaja

ceramah remaja, ceramah rogol, remaja
Ceramah tentang masalah sexualiti remaja. 
Tahukah anda, jika seseorang remaja itu melakukan hubungan seks umurnya 16 tahun dan ke bawah, boleh dikenakan penjara minimum 5 tahun. Tak kiralah suka sama suka ke, dikira sebagai rogol. Ada kaunter khas disediakan di hospital untuk membuat aduan kes rogol. 

Ada juga penerangan tentang Soal Selidik BSSK dan Soal Selidik DASS, tak sempat nak ambil gambar penceramahnya.

Rabu, 1 Oktober 2014

Selamat Tinggal Kad Smiles Mobil, Selamat Datang Kad Smiles Petron!

kad smiles, smiles esso dan mobi, esso, mobil, smiles petron, petron
sila abaikan warna hitam comot di kad itu


Semalam hari terakhir guna kad Smiles Esso dan Mobil. Dah lama guna kad ni, sampai warnanya agak kusam sikit, mungkin sebab banyak kali dileretkan di kaunter. Kad tahan lasak, kena panas dalam kereta pun terjejas. Banyak mata yang dah dikumpulkan sampai ribu-ribu lah jugak (tak ingat berapa ribu). Hanya baru-baru ni sahaja mata ditebus, itu pun sebab nak gunakan kad Smiles Petron yang baru.

Sebenarnya boleh saja mata kad Smiles Esso dan Mobil ni dipindahkan ke kad Smiles Petron, tapi tak digalakkan oleh pekerja di stesen minyak ini sebab ada kes di mana mata kad Smiles Esso dan Mobil ini tidak boleh dipindahkan ke kad Smiles Petron Jadi dicadangkan, mata kad Smiles Esso dan Mobil ini ditebus. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...