Isnin, 14 April 2014

Kemasukan Ke Program Sarjana & Kedoktoran Sesi September 2014 UiTM


Universiti Teknologi MARA (UiTM) mempelawa calon Bumiputera Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengikuti pengajian di peringkat Sarjana dan Kedoktoran secara Kerja Kursus, Penyelidikan atau Mod Campuran bagi kemasukan September 2014.

Sila layari www.ipsis.uitm.edu.my untuk mendapat maklumat mengenai senarai program yang ditawarkan oleh fakulti berikut:
  1. Perakaunan
  2. Seni Lukis & Seni Reka
  3. Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi
  4. Senibina, Perancangan & Ukur
  5. Sains Gunaan
  6. Perladangan & Agroteknologi
  7. Pengurusan Perniagaan
  8. Arshad Ayub Graduate Business School (AAGBS)
  9. Sains Komputer & Matematik
  10. Pergigian
  11. Kejuruteraan Awam
  12. Pendidikan
  13. Kejuruteraan Elektrik
  14. Kejuruteraan Kimia
  15. Kejuruteraan Mekanikal
  16. Filem, Teater & Animasi
  17. Pengurusan Hotel & Pelancongan
  18. Sains Kesihatan
  19. Akademi Pengajian Islam Kontemporari
  20. Pengurusan Maklumat
  21. Akademi Pengajian Bahasa
  22. Institut Pengangkutan Malaysia (MITRANS)
  23. Komunikasi & Pengajian Media
  24. Sains Sukan & Rekreasi
  25. Undang-Undang
  26. Perubatan
  27. Farmasi
  28. Muzik
Cara Memohon:

Pemohon perlu membeli Nombor Pin melalui Bank Simpanan Nasional dengan mengemukakan No. Kad Pengenalan pemohon serta bayaran berjumlah RM50.00 sebelum membuat permohonan secara Dalam Talian.

Borang permohonan yang telah dicetak perlu dihantar bersama dokumen-dokumen yang diperlukan kepada Fakulti yang dipohon sebelum tarikh tutup permohonan.

Semua calon perlu merujuk laman sesawang IPSIS sebelum membuat permohonan secara dalam talian di http://ipsis.uitm.edu.my/v1/prospective-students/admission/how-to-apply

Promosi Program Sarjana & Kedoktoran UiTM:
  • 17 Mei 2014
  • 8.30 pagi  - 5.00 petang
  • West Side, Aras Bawah SACC Convention Centre, Shah Alam

Sumber: Berita Harian

Program Siswazah Semester 1, Sesi Akademik 2014/2015 (Ambilan September 2014)


Pusat Pengurusan Siswazah, Universiti Kebangsaan Malaysia mempelawa permohonan untuk mengikuti program pengajian di peringkat ijazah kedoktoran, sarjana dan diploma pascasiswazah di fakulti dan institusi yang berkenaan:

Fakulti:
  1. UKM - Graduate School of Business
  2. Fakulti Teknologi & Sains Maklumat
  3. Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan
  4. Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina
  5. Fakulti Ekonomi & Pengurusan
  6. Fakulti Sains & Teknologi
  7. Fakulti Undang-Undang
  8. Fakulti Sains Kesihatan
  9. Fakulti Pengajian Islam
  10. Fakulti Pendidikan
  11. Fakulti Perubatan
  12. Fakulti Pergigian
  13. Fakulti Farmasi
Institut Penyelidikan:
  • Institut Kejuruteraan Mikro & Nanoelektronik (IMEN)
  • Institut Kajian Malaysia & Antarabangsa (IKMAS)
  • Institut Alam Sekitar & Pembangunan (LESTARI)
  • Institut Alam & Tamadun Melayu (ATMA)
  • Institut Penyelidikan Tenaga Suria (SERI)
  • Institut Perubatan Molekul UKM (UMBI)
  • Institut Islam Hadhari (HADHARI)
  • Institut Biologi Sistem (INBIOSIS)
  • Institut Informatik Visual (IVI)
  • Institut Perubahan Iklim (IPI)
  • Institut Kajian Etnik (KITA)
  • Institut Sel (SELFUEL)
Senarai Kursus sila klik sini

Perhatian:
  • Tarikh tutup permohonan bagi mod pengajian kerja kursus dan mod campuran adalah pada:
    • 31 MEI 2014 (SABTU)
  • Permohonan untuk kemasukan ke program pengajian mod penyelidikan boleh dibuat pada bila-bila masa.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi:
03-8921 4445
pegawaipps@ukm.my

Untuk memohon sila layari: guest.ukm.my

Sumber: Berita Harian

Sabtu, 15 Februari 2014

Ape Khabar 2014?


Hai semua, Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Lama tak mencoret di sini. In syaa Allah lepas ni akan terus menulis, menculik masa untuk blog ini. 

Haha, diam tak diam telah sampai kita di pertengahan bulan Febuari 2014. Sekejap je kan? Semoga kita menjadi insan yang bersyukur atas apa yang telah dikurniakan Tuhan dan semoga apa yang diimpikan pada tahun ini akan tercapai.

Kepada semua pembaca blog, diharapkan terus menyokong blog yang tidak seberapa ini. 

Ok, semoga kita jumpa di muka surat lain. Bye!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...