Isnin, 18 April 2011

Tayar Pancit - terima kasih banyak-banyak


            Memang aku sedari tayar kereta di bahagian belakang seperti kurang angin. Terlintas soalan 'kenapa pula tayar belakang'. Aku pun mengisi angin di stesen minyak yang terdekat. Sampai di sana, terus tayar kereta jadi macam gambar diatas. TERUS PANCIT.

           Aku tak faham dan tertanya-tanya kenapa. Puas aku mencuba untuk pam, namun angin tak mahu masuk ke dalam tayar. Nasib baik ada pakcik di petrol pam yang tolong pam kan tayar aku.

              Terima kasih kepada pakcik yang dapat pam kembali tayar aku itu. Rupanya ada satu butang di tempat pam angin itu yang perlu ditekan - "flat tyre" perlu ditekan supaya tekanan angin lebih tinggi untuk di pam. Aku pun lihat tayar yang pancit itu lama kelamaan kembali ke bentuk asal.

              Kejadian ini dianggap sedikit pelik. Aku akan menyiasat hal ini. Semoga ALLAH memberkati kau dan kawan-kawan kau sekali. Amin
          

Rabu, 13 April 2011

bElaJaR dan TerUS BeLAjAR

          
          Belajar dari siapa? Belajar dari banyak sumber. Sumber apa? Seperti berguru, membaca dan sebagainya. Bagi aku, apa yang dibaca dibuku bukan lah senang hendak diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Belajar dari pengalaman adalah sangat baik sebenarnya.

           Berdepan dengan ragam manusia yang pelbagai, membuatkan aku keliru nak guna teori yang mana. Tapi bila tengok orang yang lebih senior mengendalikannya, rupanya ia tidaklah sesukar yang dijangka. Seperti kata pepatah orang tua : "lebih dulu makan garam" bermakna lebih banyak pengalaman dari aku yang baru setahun jagung.

      Pengalaman sebenarnya banyak memberikan manfaat dalam kehidupan kita. Tidak kiralah samada pengalaman manis atau pahit, sudah tentu ada hikmah disebaliknya.


Sabtu, 9 April 2011

Setiap Manusia Diberi Pilihan


            Mulanya aku mahu menulis tajuk yang lain, tapi setelah berfikir - menimbang-nimbang, aku memilih tajuk itu. Aku terpanggil untuk menulis setelah berlaku sesuatu yang menyentakkan, dan tentunya perkara ini akan kekal dalam ingatanku. Kerana aku ini jenis yang pelupa, hanya mengingati sesuatu perkara bila ia menyentak hati dan perasaan.

        Sebagai manusia biasa, semua orang akan mempunyai perasaan yang pelbagai. Rasa sayang, takut, gembira, sedih, dendam dan sebagainya. Tetapi kita bertuah kerana kita dikurniakan akal dan pilihan. Kita boleh memilih untuk mencorakkan kehidupan kita. Kita berakal untuk menimbang sesuatu pilihan itu samada baik atau buruk pada kita.

           Dalam usia muda remaja, tentunya jiwa sedang bergolak mencari hala tuju hidup. Sekali lagi kita diberi akal untuk memilih, sekiranya kita memilih kebaikan, tentunya disertakan pakej-pakej yang membahagiakan. Sekiranya kita memilih keburukan (dendam yang mana syaitan bertepuk tangan penuh kesukaan) maka, kita akan dibekalkan dengan pakej-pakej yang mendukacitakan.

          Tetapi sekali lagi ALLAH itu maha kaya, yang mana Dia memberikan kita akal dan pilihan. Pintu taubat sentiasa terbuka luas untuk kita sekali lagi membetulkan keadaan.

           Akhir kata, semoga ALLAH memberkati anda. Amin

  


            
       
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...