Ahad, 13 Januari 2019

Sedekad Di Sekolah Menengah Agama Haji Muhamad


Image result for 10 years anniversary
Assalamualaikum dan hai!

Pada 12 Januari 2019 (semalam), genaplah sedekad saya bertugas sebagai kaunselor di Sekolah Menengah Agama Haji Muhamad.

Kagum!

Saya kagum dengan diri saya sendiri. Boleh gitu? Haha!!

Mengimbas kembali sedekad yang lalu, masih segar dalam ingatan saya, ketika saya pertama kali menjejakkan kaki di Negeri Sembilan.

Saya tiada sesiapa pun di Negeri Sembilan. Tiada kawan, mahupun saudara mara.

Waktu pertama kali sampai ke Seremban, Negeri Sembilan, memang terkejutlah. Alamat-alamat di Negeri Sembilan semua pendek-pendek. Lagi satu, tiada bangunan tinggi-tinggi pada waktu itu.

Selepas daftar diri di JPNS, saya terus ke sekolah, pada ketika itu namanya Sekolah Menengah Rendah Agama Jempol (SMRAJ), atau lebih dikenali dengan nama Sekolah Agama Jambu Lapan. 

Susah betul cari sekolah ini, walaupun terletak di tepi jalan raya utama, tapi masih terlepas pandang. Zaman itu, belum ada lagi Google Maps di telefon bimbit (saya belum guna telefon pintar)

Saya masih ingat lagi, waktu itu saya pakai baju kurung warna oren dan bertudung  warna hitam. Kebetulan masa saya sampai itu, Negeri Sembilan sedang berkabung (jadi sesuai lah pakai tudung hitam hehe).

Selepas lapor diri di sekolah, saya teruskan pula misi mencari rumah sewa. Pusing punya pusing, dapatlah rumah sewa di Taman Satelite 2. RM400 sebulan. Mak bayarkan dulu sedebuk RM1000. Rumah kosong tiada apa-apa. Waktu itu, Allah sahaja yang tahu macam mana perasaannya bila umur dah tua pun, masih harap mak dengan abah lagi, (ok, mata masuk habuk.

Saya ke sekolah lebih kurang seminggu, abah hantar pergi balik ke sekolah. Selepas seminggu, abah dan keluarga balik Kluang. Maka bermulalah saya mengamalkan gaya hidup sihat dengan berjalan kaki ulang-alik ke sekolah. Kadang-kadang tumpang kereta kawan-kawan, ada juga ibu bapa murid yang tumpangkan saya ke sekolah. Syukur!

Sekolah pada ketika itu, baru masuk di bawah pentadbiran Kementerian Pendidikan Malaysia. Ramai cikgu-cikgu dan kakitangan diserap masuk kerana MoU. Alhamdulillah, semasa saya masuk, saya adalah cikgu pertama dari KPM.

Tak ramai cikgu yang ada di sekolah. Kalau tak silap saya, saya adalah cikgu yang ke-9 termasuk pengetua. Murid pun tak ramai. Dari tingkatan 1 sehingga tingkatan 3, lebih kurang 90 orang sahaja.

Tahun itu, pengetuanya ialah Ustazah Ramlah. Jemput baca: Pn. Ramlah bt. Salleh - Pengetua Humanistik

Bilik Kaunseling belum ada lagi pada waktu itu. Sebelum ini, sekolah tidak pernah ada jawatan kaunselor. Jadi, sayalah kaunselor pertama. Menjadi kaunselor pertama ini, dia ada kelebihan dan kekurangan. Kelebihannya ialah tiada perbandingan antara saya dengan kaunselor sebelumnya. Kekurangannya ialah saya tiada guideline langsung, terkapai-kapai sorang-sorang.

Saya banyak belajar dari kaunselor-kaunselor otai di PPD Jempol Jelebu. Banyak juga perkongsian idea dari sahabat-sahabat (Geng 15) yang mana semuanya kaunselor!

Memang saya pemegang Ijazah Sarjana Muda Kaunseling dengan Kepujian dari Universiti Malaysia Terengganu dan juga latihan Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Tetapi, dunia pekerjaan adalah sangat berbeza dari dunia universiti. Apa yang kita belajar di universiti itu adalah sangat minimum. Kena banyak belajar daripada pengalaman.

Rakan-rakan guru dan kakitangan juga sangat membantu. Nak hidup ditempat orang ini, memang tak boleh nak gaduh-gaduh. Kena buat baik dengan semua orang.

Tahun 2010, sekolah mula menerima Guru Penolong Kanan dari KPM. Maka bermulalah era kegemilangan SMRAJ, di mana, berlaku penstrukturan semula. Murid-murid semakin ramai. Guru-guru baru pun masuk seorang demi seorang. 

Pengetua ke-2 pula ialah Ustazah Samsiah. Saya boleh sifatkan sebagai pengetua yang workaholic. Di bawah pentadbiran pengetua, nama sekolah berubah dari SMRAJ ke Sekolah Menengah Agama Jempol (sebab ada tingkatan 4). Selepas itu bertukar ke Sekolah Menengah Agama Haji Muhamad.

Dibawah pengetua juga, Sekolah Menengah Agama Haji Muhamad memiliki logo dan lagu sekolah sendiri!

Saya tak ingat pada tahun keberapa saya telah mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC).

Pengetua ke-3 pula ialah Tuan Haji Mohd. Zuhaidi. Boleh disifatkan sebagai bapa yang penyayang!

Pengetua ke-4 (sekarang), Puan Maimun bt. Bahari. Tahun lepas saya dapat anugerah penghargaan dari PPD. Alhamdulillah.

Bila tiba hari orientasi tingkatan 1, memang saya suka bercerita tentang sejarah Sekolah Menengah Agama Haji Muhamad. Hehe.

Melihat pembangunan dari tahun 2009 sehingga 2019, sangat mengujakan saya. Bangga!! Cerita ini, sampai esok pun tak akan habis. 

10 tahun weh, 10 tahun!! Bukan masa yang sekejap. 

Dulu cikgu 9 orang, sekarang cikgu dah 35 orang!

Dulu murid 90 orang, sekarang dah 320 orang!

Saya suka berada di zaman ketika cikgunya kurang. Walaupun beban kerjanya tinggi, ukhuwahnya erat. Jangan tanya kenapa.

Sebenarnya saya ada perancangan lain pada tahun ini. Rakan-rakan rapat maklum akan perkara ini. Tapi, saya hanya merancang, namun perancangan Allah itu lebih baik dari saya.

Tidaklah saya harap jawatan lain selain dari kaunselor sekolah sepenuh masa.

Tinggalkan kaunseling? Tidak sama sekali. Saya suka jadi kaunselor!!

Ayuh bakal-bakal kaunselor, jom sertai saya. Kerajaan perlukan lebih ramai kaunselor di sekolah.

Panjang kan entri kali ini. Terima kasih sudi baca.

Jemput ke Facebook sekolah yang lama: briged bestari

Jemput ke Facebook sekolah yang baharu: SMA Haji Muhamad - SMAHMU

p/s: buat apa yang kita suka ye, barulah terasa nikmatnya! Selagi tidak melanggar hukum syarak!

4 ulasan:

  1. wahhhh tahniah!!! semoga terus menabur jasa utk anak bangsa dan agama

    BalasPadam
  2. Wah! banyak betul perubahan di sekolah tu ya cikgu.
    Tahniah masih setia di situ.
    Bila cikgu cakap sedekad barulah Mrs. A tersedar Mrs. A pun dah sedekad jugak kat syarikat air ni join Ogos 2009 yang lalu.

    BalasPadam
  3. sedekad??? 10 tahun lah ye hihih

    BalasPadam
  4. Cikgu orang kluang ye? Akak pun dah sedekad duduk di jempol. Huhu

    BalasPadam