Rabu, 18 Mei 2016

Program Ijazah Sarjana Muda Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Sepenuh Masa 2016

Image result for ukm


  • Pengambilan September 2016
  • Program ditawarkan (Pusat Pembelajaran UKM Bukit Merah)
    • Sarjana Muda Pendidikan dengan Kepujian (Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL)
    • Sarjana Muda Pendidikan dengan Kepujian (Pendidikan Khas)
    • Sarjana Muda Sains Komputer dengan Kepujian
    • Sarjana Muda Teknologi Maklumat dengan Kepujian
    • Sarjana Muda Sains Sosial dengan Kepujian (Psikologi)
    • Sarjana Muda Ekonomi dengan Kepujian
    • Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dengan Kepujian
    • Sarjana Muda Perakaunan dengan Kepujian
    • Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Sains Aktuari)
    • Sarjana Muda Pengajian Islam dengan Kepujian (Usuluddin & Falsafah)
    • Sarjana Muda Pengajian Islam dengan Kepujian (Pengajian Arab & Tamadun Islam)
    • Sarjana Muda Pengajian Islam dengan Kepujian (Pengajian Dakwah & Kepimpinan)
    • Image result for ukm

    • Sarjana Muda Pengajian Islam dengan Kepujian (Pengajian al-Quran & As-Sunnah)
  • Program-program di atas adalah tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa

Kelebihan Program:
  • Permohonan terus ke UKM
  • Pembiayaan dan pinjaman pendidikan disediakan
  • Suasana pembelajaran di dalam resort


Tarikh Tutup:

31 Julai 2016

Cara Memohon:
Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian di laman web www.ukm.my/smpe/kemasukan 

Hubungi:

19 ulasan:

  1. Tanpa Nama14 Jun, 2016

    Assalamualaikum cikgu, saya nak tanya. Saya dri lepasan matrikulasi batch 2015/2016 dan sekarang sedang mengemaskini upu. Kalau saya apply terus ukm ni, adakah dia akan effect upu saya?

    BalasPadam
  2. saya tak pasti tentang itu, sila berhubung terus dengan UKM ye ;)

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama19 Julai, 2016

    Assalamualaikum cikgu.. Cikgu ada no. whatsapp tak yang boleh saya direct personal chat untuk bertanya mengenai permohonan ni.

    BalasPadam
  4. assalamualaikum cikgu, saya nak tanya pendapat. saya dapat dua tawaran. satu kaunseling di UM. Satu lagi psikologi di UKM. saya buntu nak buat pilihan yg mana satu. mohon pencerahan dari cikgu. terima kasih

    BalasPadam
  5. maizatul: tawaran lepasan matrik/stpm/diploma ke? boleh dapat 2 tawaran ek?

    Maizatul, tengoklah pada minat awak...dapatkan maklumat mengenai kedua2 nya dan buat bandingan.

    kalau kaunseling, ada jugak belajar pasal psikologi tapi tak banyak

    kaunseling lebih kepada membantu klien menghadapi masalahnya

    psikologi lebih kepada membantu pesakit memulihkan mindanya, contoh penyakit2 macam bipolar, OCD dan sebagainya

    BalasPadam
  6. maizatul: kaunselor tak bagi ubat pada klien, pskiatris bagi ubat pada pesakit setelah didiagnosis pesakit itu

    BalasPadam

  7. Assalamualaikum cg, sy dah mohon ukm bukit merah ni.. Boleh sy thu bila tarikh keputusan tawaran keluar?

    BalasPadam
  8. syabila: cuba berhubung terus dengan pihak yang berkaitan ye ;)

    BalasPadam
  9. terima kasih atas penjelasan sebelum ini. ya. saya dapat dua tawaran sebab saya memohon keduanya. kaunseling di UM. Satu lagi psikologi di UKM. mana satu yg boleh memberi jaminan lebih baik buat saya? dari segi mendapatkan biasiswa, peluang kerjaya? saya masih buntu untuk membuat pilihan. mohon cikgu beri sedikit pendapat. terima kasih

    BalasPadam
  10. maizatul: kedua2 institusi samada UM dan UKM adalah berprestij di Malaysia

    jaminan biasiswa dan peluang kerjaya itu susah nak cakap dalam keadaan ekonomi sekarang ini.

    awak boleh cuba tanya di kedua-dua institusi itu tentang kursus yang ditawarkan, apa yang awak akan pelajari, apakah kerjaya yang sesuai

    macam saya cakap sebelum ini, dalam kaunseling (kaunselor) berhadapan dengan klien yang normal, psikologi (psikiatris) berhadapan dengan pesakit mental. Kedua2nya berfungsi untuk menolong, cuma 1 untuk org normal, 1 lagi untuk yang kurang normal ;)

    dapatkanlah maklumat lanjut, dan tengok di mana minat awak ^__^


    BalasPadam
    Balasan
    1. betul apa cikgu cakap tu..semuanya bagus..tengok pada minat jgk...

      Padam
  11. good luck pada calon yg memohon ukm..semoga berjaya!

    BalasPadam
  12. Assalamualaikum cikgu,saya lepasan diploma. Saya konvo bula 10 tahun 2017. Tetapi saya ingin lanjutkan pelajaran dgn ambil pjj di ukm. Program apa yg saya perlu apply utk sambung ijazah secara pjj. Saya keliru antara sarjana muda, sarjana, siswazah, prasiswazah da pasca siswazah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumussalam, program sarjana muda untuk lepasan diploma ;)

      Padam
  13. Assalamualaikum cikgu,boleh saye thu ijazah psikologi di ukm nie berapa thn ye?, sbb ade laman web yg sye bace kata 3 thn, ade yg kata 4 thn. Mohon pencerahan.TQ.

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumussalam, maaf nur iman, saya kurang pasti. nur iman boleh tanya terus kepada ukm ye

      Padam
  14. Assalammualikum cikgu..saya nk bertanya.. kalau masuk tanpa muet boleh k cikgu? Saya lepasan dip

    BalasPadam
    Balasan
    1. maaf siti, saya kurang pasti, boleh terus rujuk UKM ye

      Padam