Khamis, 19 Mei 2016

Cikgu, Betul Tak Keputusan Saya Ni?

result, keputusan
Keputusan UPU, Matrikulasi, Tingkatan 6 dah keluar. Tahniah dan syabas diucapkan bagi yang berjaya meloloskan diri!

Ada yang memilih ke Matrikulasi, ada yang memilih ke Tingkatan 6 dan ada yang memilih ke universiti.

Tadi semasa berada di Klinik Kesihatan Bahau, menghantar anak murid saya atas masalah kesihatan, saya terpandang seorang adik yang nak buat pemeriksaan kesihatan (medical check up). Terlihat juga lambang UiTM.

"Dik, buat medical check up?" (haha, lagi mau tanya ka?)
"Yep"

"Dapat U mana dik?" (padahal dah nampak lambang UiTM)
"UiTM kak"

"Oh, kursus apa?"
"Perakaunan"

"Oh, kat mana"
"Alor Gajah"

"Dapat peringkat apa dik? Diploma ke, Ijazah ke?"
"Diploma"

"Oh, lepas SPM lah ni?"
"A ah"

"Sekolah mana dik?"
"Sekolah (asrama penuh)"

Bila dia jawab asrama penuh, dah tentu dia ni budak pandai.

"Eh, dik, tak dapat asasi atau matrik ke?"
"Dapat matrik, tapi saya tolak"

"Oh, kenapa? Tak dapat kursus akaun ke kat matrik tu?" (Adik ni sangatlah suka akaun)
"Dapat, matrik akaun, tapi saya tolak"

"Eh, kenapa dik?" 
"Sebab takut tak boleh bawak. Dah bincang dengan family, kalau tak dapat mana-mana, saya sambung tingkatan 6, tak sangka pulak dapat UiTM ni, so saya pilih UiTM. (sepanjang perbualan, inilah ayat yang paling panjang keluar dari mulut dia)

Bila dia kata tak boleh bawak, saya tertanya-tanya tentang keputusan SPM dia.

"SPM dapat berapa dik?"
"6A je"

"Yang lain?"
"B"

"Aliran apa dik"
"Sains Tulen"

"Asasi USIM tak dapat ek dik, USIM ada Asasi Perakaunan"
"Saya bukan aliran agama"

"Oh, iyelah, nak masuk USIM kena ada Bahasa Arab"
"Yep"

"Berapa lama diploma di UiTM?"
"2 tahun setengah"

"Lepas tu boleh sambung terus di Ijazah ke?"
"Ntah lah, boleh kot"

"So, kalau sambung ijazah, berapa lama masa diambil?"
"Lebih kurang 5 tahun"

"Oklah dik, Good Luck!"

Apa pandangan korang pada situasi di atas?


Pada saya, ada pro dan kontra nya. Yang penting, terpulang pada dia sendiri. Dia berhak menentukan hala tuju hidupnya.

Ada bekas anak murid saya yang bertanya:
"Cikgu, betul tak keputusan saya ni?"

Selalunya saya akan jawab
"Susah soalan awak tu. Terpulang pada awak. Saya tak de jawapan. Kalau saya beri jawapan, kesian nanti kat awak"

Budak akan balas:
"Kenapa pulak cikgu?"

Saya jawab:
"Iyelah, nanti kalau awak meroyan kat sana, atau terkesima tak dapat sambung ijazah atau paling menakjubkan tak dapat kerja, saya takut awak akan salahkan saya"

Inilah skrip yang sama saya akan ulang setiap tahun. 

Masa diorang tingkatan 5, saya dah terangkan pro dan kontra setiap pilihan. Jadi terpulang pada diri masing-masing.

Pada semua yang sedang membuat timbang tara, saya ucapkan selamat berjaya membuat keputusan.

Kita tak tahu adakah sesuatu keputusan itu memang tepat. Atau kalau kita membuat keputusan yang kurang tepat pun tiada salahnya. 

Sesuatu itu pasti ada hikmahnya. Ia takkan saja-saja singgah dalam kehidupan kita ^__^

14 ulasan:

  1. hadoi..camna nk komen ek

    BalasPadam
  2. Sebenarnya keputusan adik nie buat betul juga , sebab alasan dia beri pun takut tak dapat bawa . Matriks memang jauh lebih singkat , tetapi Matriks punya jadual sendiri jauh lebih padat .

    Matriks nie dah ala profesional course . Ada had masa dan untuk satu tujuan sahaja . Matriks untuk sambung Ijazah , maknanya dia kena juga ambil ijazah lepas matriks sedangkan kalau Diploma , dia ada pilihan sambung Ijazah atau belajar

    BalasPadam
    Balasan
    1. nak smbg matrik atau diploma..semua bergantung pada kemampuan diri sendiri..mcm nak tahu..tanya diri la mampu ke x..lepas tu apa2 keputusan sendiri bt sendiri tanggung..

      Padam
  3. kalau dah dapat diploma, better go for diploma. lagipun dah dapat pengkhususan yang dia nak. kalau matriks ni setahun je dan lepas tu kena apply semula dan tak tahu apa apa. wallahualam la cikgu

    BalasPadam
  4. Pada saya dah betullah tu jawapan diberi. Yalah, kita tak tahu kemampuan sebenar budak tu. Kalau dilihat pada keputusan, pandai budaknya tapi mungkin juga dia dah berbincang masak-masak dengan keluarga sebelum buat keputusan.

    Zaman saya dulu macam nilah yang berlaku. Saya aliran sains tulen dan minat sangat nak jadi akauntan. Bila tanya makpak, suruh kita ambil medic sebab itulah yang paling glamour zaman tu. Bila cikgu tanya nak ambil jurusan apa, kita jawablah nak ambil accountancy. Tiba-tiba cikgu Matematik boleh pulak jawab,

    Susah perempuan jadi akauntan ni. Kerja sampai tercabut rambut nanti! Kamu sanggup ke?

    Last-last medik tidak, accountancy pun tidak sebab merajuk! Hehehe!

    BalasPadam
  5. wanyob: matrik ni memang jalan singkat...lepas matrik memang kena sambung belajar itulah tujuan utama matrik diwujudkan

    Sis Raihanah: tulah diploma akaun memang dia minat

    mummy:wah merajuk ye mummy ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. adik ciktom amik diploma dan degree akaun uitm..alhamdulillah skang dah keje exe account kat sime darby..

      nak di jadikan cerita ms mula2 nak msk blaja tu..ayah ciktom jd was2 nak bagi sebabnya kawan ayah bgtau xbagus amik akaun..anak dia amik smpi ke sudah xdpt keje..

      tp kami adik beradik ckp..rezeki keje tu Allah tentukan..yg penting minat ke x tuan badan nak belajarnya..Alhamdulillah adik cik tom teruskan sehingga ke degree..

      Padam
  6. kena follow your heart..kalo rasa tak boleh bawak dari awal,lebih baik pilih kos yang rasa kita mampu pikul.

    BalasPadam
  7. selalu gak kena tanya dengan budak soalan macam ni.

    selalu..

    jawabnya betul aje.

    hehe..

    malas nak peningkan kepala.

    Tapi alhamdulillah..semuanya senyum bangga lepas tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan..kadang2 cikgu xtahu nak jawab..risau tersilap dipersalahkan cikgu plk.

      Padam
  8. mr.titan: alhamdulillah ;)

    BalasPadam
  9. apa2 pun keputusan memang ada hikmahnya..itu sebaiknya..istikharah, tnye pada family, tnye pendapat yg pakar mcm cikgu..lepas tu tawakal..insyaAllah Allah akan bagi yg terbaik tepat pada masanya..

    BalasPadam