Khamis, 12 Mei 2016

Lelaki Gay: Berbaloikah Diberi Peluang Kedua, Ketiga dan Seterusnya?


Sebenarnya dah lama nak tulis pasal gay ini. Rasanya hari ini adalah hari terbaik. Ada perkara yang telah berlaku yang betul-betul telah menyentak saya.

Well, seperti sudah saya sedia maklum, dan seperti telah diberitahu oleh pakar dalam beberapa siri kursus yang saya hadiri, gay adalah sesuatu yang susah nak dipulihkan namun bukan mustahil.

Persoalannya di sini, berbaloikah lelaki gay diberi peluang kedua, ketiga dan seterusnya?

Susah sebenarnya nak jawab soalan itu. Melalui pengalaman saya, yang tak seberapa ini, saya boleh katakan tidak berbaloi. Kenapa? Sebab bila diberi peluang kedua dikhianati. Saya tak pasti dengan orang lain. 

Yang saya pasti ada pada golongan gay ini ialah: 
1. Diorang nih muka tembok. Kalau orang tahu dia gay pun dia tak kisah.
2. Selalu mencari pasangan baharu. Yang ini saya tak faham. Kenapa dia tak nak setia pada satu pasangan sahaja? Dan kenapa pasangan dia tu muda belia? Contohnya, budak sekolah belasan tahun?
3. Menyalahkan sejarah silam. "Saya pernah kena masa kecil..." Masalahnya, dia buat kat orang lain, dan tak mustahil, budak ini akan buat kat orang lain jugak. Penyakit ini tiada penghujungnya.
4. Gay, tak nak mengakui diorang ini sakit dan perlukan bantuan. 
5. Janganlah terpedaya kepada orang yang boleh baca surah panjang-panjang yang akan membuatkan kau ternganga (tapi sebenarnya gay!)


Saya terkedu bila seorang doktor bercerita tentang pesakit HIV ditemani oleh pasangan gay nya di hospital di saat-saat akhir hayatnya. Lelaki gay ini telah berkahwin dan mempunyai anak. Bagaimana status kesihatan isteri dan anaknya? Adakah terkena jangkitan HIV? Wallahualam. Kes ini lagi kesian. Dah lah gay, ada keluarga pulak tu...adoiii, bertabahlah isteri dan anaknya.

Saya faham perasaan ibu-ibu di luar sana. Nak dapatkan seorang anak, bukanlah senang. Tiba-tiba bila dah besar, kena usik dengan gay, dan anaknya jadi gay pulak? Tak kesian ke kat ibu-ibu?

Saya percaya, ramai lelaki gay diluar sana hendakkan bantuan. Tapi mungkin malu untuk menyatakan. Rujuklah kepada pakar. Jauh disudut hati saya, saya percaya ada sinar di hujung terowong yang gelap ^__^

Syabas kepada lelaki gay yang telah kembali kepada kejadian asal. 

p/s: saya tak tahu statistik lelaki gay di Malaysia. Tapi macam bertambah-tambah je huhu.

p/s: mungkin korang boleh share tempat-tempat pakar pemulihan gay kat ruangan komen, atau korang boleh share macam mana nak tarik gay kembali ke pangkal jalan :) 

18 ulasan:

  1. tahniah juga, semoga ramai lagi yang kembali ke pangkal jalan

    BalasPadam
  2. susah juga kalau gay ni bertambah banyak jumlahnya. Mudah-mudahan mereka segera kembali kepangkal jalan.

    BalasPadam
  3. erkkk entry!!! dahsyat..hehe..
    GAY jugak sinonim word dy happy tau....haha info tambahan!

    BalasPadam
  4. kalau dah terjebak dan rasa ingin bertaubat..silakan lakukan segera..

    saya yakin mereka dapat dipulihkan dengan perbetulkan balik mind setting mereka melalui proses hipnosis tahap tertinggi.

    BalasPadam
  5. Tak nak ambik risiko. Ramai lagi bukan gay yang boleh di pilih. Samada nak kembali ke pangkal jalan atau tidak juga satu pilihan. Allah dah bagi akal dan Allah dah sediakan syurga dan neraka untuk orang yang guna akalnya.

    BalasPadam
  6. sis raihanah: amin
    nila:erkk gerun tau
    husna: tq info tu tau!
    mrhanafi: saya percaya boleh berubah, bukan mustahil
    rahimah:yep, akal yang membezakan manusia dengan haiwan

    BalasPadam
  7. Memanglah setiap orang berhak untuk mendapat peluang kedua tapi kalau peluang itu tidak dimanfaatkan sebaiknya, tak payahlah nak minta peluang ketiga, keempat dan seterusnya. Memang sahlah tak mahu berubah sikap!

    Saya rasa semenjak ada badan-badan yang makin aktif mempertahankan gay ni, memang makin ramailah pulak bilangannya. Yalah, mungkin dulu mereka takut nak mengaku tapi sekarang ni selamba aje mengaku tanpa rasa segan silu mahu pun bersalah.

    Aduhai, minta dijauhkan Allah hendaknya sikap macam ni terjadi pada anak-anak kita!

    BalasPadam
  8. mummy: yep, sebenarnya badan-badan yang menyokong gay ini adalah sangat bertentangan dengan Islam dan Malaysia...ngeri!

    BalasPadam
  9. Tetiba teringat citer istanbul aku datang "haris tu gayyy" ha ha ha

    BalasPadam
  10. SS: haha, tiba2 saya terbayang muka lisa surihani ;)

    BalasPadam
  11. Tanpa Nama18 Jun, 2016

    Ckg gay cari student skolah pn cam ramai skg ni.kesian bdk2 skola yg naif tu..kmdian leh plak pindah2 skola utk cari mangsa baru sbb dh nk kantoi..ppd n jpn pn susah nk ckp..

    BalasPadam
  12. tanpa nama: ikut pengalaman saya, ye, memang ADA cikgu lelaki yang GAY! Ya Allah...moga kita semua terlindung daripadanya. amin

    BalasPadam
    Balasan
    1. yang ni ibarat pagar makan padi...

      ciktom pernah jumpa kes ketua security guard camni..tapi bukan gay, cari student perempuan sebagai mangsa dia..siap bdk tu pregnant..tapi bila ada report dibuat, kesudahan beliau hanya ditukarkan ke tmpt lain..cari mangsa tmpt lain plk..rupanya tu bukan kali pertama dia kena report..dia xdikenakan tindakan berat sbb ada org kuat dlm organisasi..dunia oh dunia..

      minta kita semua terlindung dari orang yang jahat.

      Padam
    2. Ya Allah kesian budak tu cik tom

      Padam
    3. memang kesian..dgr cerita bdk tu pun ditukar ke tmpt lain..utk ttp kes..bdk tu dpt imbuhan jgk..huhu

      Padam
  13. tak boleh salahkan kenangan silam semata-mata untuk jadikan alasan kekal gay..hidup kita, kita yang sendiri tentukan..kita berhak untuk cari sinar hidup baru tanpa dibayangi oleh kisah silam...

    ciktom pernah baca novel pasal gay tajuk laknat nukilan fahmi mustaffa..seram kalau baca..bak cikgu ckp tu wlpn pandai bc surah pnjg2 xpenentu dia seorang yg normal..jadi sebaiknya berhati2lah walaupun dengan siapa kita kenal dan berkawan..

    yang baik jadikan teladan..yang jahat jadikan sempadan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wah novel tu boleh di cari nanti

      Padam
    2. sebenarnya penulis tu kwn cik tom...ciktom pernah review buku..
      http://www.ciktom.com/review-novel-laknat-nukilan-fahmi-mustaffa/

      Padam