Ahad, 24 April 2016

Bila Pendrive Kesayangan Dipinjam Orang Belum Dipulangkan!

Boleh baca entri lain tentang pendrive di sini

Ini rupa pendrive saya yang pertama, tapi bukan 2G, saya hanya ada 256Mb. Beli masa belajar. Pendrive ini masih dalam simpanan kalau tak silap saya. Masih lengkap dengan penutupnya walaupun terdapat rekahan di penutupnya. Pendrive inilah yang isi segala assignment dan berjaya lulus di UMT dan UIA. Walaupun berpindah ke beberapa tangan teman rapat, masih sampai ke tangan tuan punya badan.

 
Ini pendrive kedua. Kingston Chinese New Year. Warna merah menyala dan warna keemasan. Beli sebab ingatkan pendrive pertama hilang, rupa-rupanya ada. Kalau tak, memang tak belilah yang ini. Pendrive ni saya sangkut dengan tali merah menyala juga. Memang osem! Masih dalam simpanan. Tapi dah tak boleh digunakan.


Pendrive ini di beli di KFC. Beli sebab ada gambar Ronaldo kat situ haha. Pakai tak lama dah rosak. Dah bagi pada adik.

Ini pendrive saya yang keempat. Yang ini di beli pada tahun 2015. Selepas Raya, mungkin bulan Oktober. Beli sebab saya rasa susah nak pindahkan maklumat. Saya ada external hard disc yang besar tu. Beli yang ni nampak smart sikit. 

Saya beli pendrive ini di kedai komputer AEON Seremban 2 bersama-sama adik saya. Saya ingat lagi, waktu itu, hanya tinggal beberapa ringgit sahaja dalam dompet saya. Lama jugak saya kat situ dok fikir-fikir pendrive apa yang nak di beli. 

Ada banyak jenis pendrive lain dengan harga berlainan dan pada waktu itu sangat sedikit duit yang ada. Tapi bila mengenangkan keperluannya, saya pun beli. Kingston menjadi pilihan saya.

Pendrive ini sebenarnya tak lama dalam genggaman saya. Tak banyak kenangan saya dengan pendrive ini kecuali kenangan membelinya bersama adik saya dan juga kenangan saya menimbang-nimbang nak membelinya sewaktu duit tipis. 

Bulan November atau Disember 2015 pendrive ini telah dipinjamkan kepada kawan baik saya untuk mengisi assignment mereka.

Ceritanya begini. Kawan baik saya serta kumpulannya kena hantar assignment. Kawan baik saya meminta pertolongan saya untuk saya burn kan dalam 3 keping CD. Tapi 3 CD tersebut tidak dapat menampung 'keberatan' assignment yang beratnya 3G++. Kalau nak burn dalam CD memang banyak giler CD nak kena pakai. Kalau nak VCD/DVD kena pergi beli. 

Akhirnya, saya isikan assignment mereka dalam pendrive kesayangan saya. Pendrive Kingston Kuning Putih tu. Pada mulanya, terdetik di hati saya bahawa kemungkinan saya takkan jumpa lagi pendrive ini. Mungkin inilah kali terakhir pendrive itu berada dalam genggaman saya. 


Tapi, saya ketepikan bisikan hati saya. Ada 2 sebab kenapa saya tolong kawan baik saya itu:
1. Sebab kawan baik saya ketika itu mahu mengerjakan umrah. Saya nak tumpang pahala ;)
2. Sebab yang minta tolong tu kawan baik saya. Kalau ahli kumpulannya yang lain yang minta tolong, mungkin saya fikir banyak kali, dan kemungkinan besar jawapannya ialah tidak.

So, pendrive kesayangan saya telah bertukar tangan sejak bulan November atau Disember 2015. Itulah kali terakhir saya pegang pendrive saya. Sehingga entri ini di taip, belum ada tanda-tanda bahawa ia akan muncul kembali dalam hidup saya ;(

Januari, Febuari, Mac berlalu. Setiap bulan saya tanya pendrive saya pada kawan baik saya. Tapi pendrive itu pada orang lain. So, bulan April saya Whatapps semua ahli kumpulannya (sukar sebenarnya bila semuanya kita kenal) untuk pulangkan pendrive saya. Sebab macam tak adil pulak asyik minta kat kawan baik saya, sedangkan pendrive itu pada orang lain.

Orang yang pegang pendrive saya langsung tak balas Whatapps. Saya yakin, kalau telefon takkan jawab. Apa dah jadi dengan pendrive saya sebenarnya?

2 minggu lepas, saya mimpi, yang saya sendiri pergi minta pendrive saya pada orang yang pegang tu! Tapi saya tak ingat kesudahannya. Sampai masuk dalam mimpi. Faham tak? Tak siapa faham kecuali saya.

Semasa entri ini ditaip, kawan baik saya balas Whatapps saya mengatakan orang yang pegang pendrive saya itu tak ingat nak bawak ke kelas diorang hari ini! Padahal semua ahli kumpulannya telah saya ingatkan supaya mengingatkan pada orang yang pegang pendrive saya itu pulangkan balik pendrive saya itu termasuklah pada orang itu dah berkali-kali saya Whatapps supaya pulangkan pendrive saya. Boleh terima ke?

Ketika kawan baik saya Whatapps tu, gugurlah airmata saya. 

Walaupun diganti dengan yang baru, kenangan membelinya bersama dengan adik saya, takkan berulang dan juga kenangan saya keluarkan duit semasa poket nipis juga takkan berulang.

Mereka semua telah pun lulus semester yang lepas. Alhamdulillah. Dah masuk semester yang seterusnya, masih tak nampak bayang pendrive saya akan dipulangkan. 

Barang saya ada sentimental value.


Semoga Allah memberkati. Amin

16 ulasan:

  1. Alah sedih pula baca coretan cikgu, barang yang kita sayang ni memang akan ada sentimental value walaupun dah diganti dengan yang baru kan?

    BalasPadam
  2. sis noriza: yep, tentunya takkan sama...

    BalasPadam
  3. Jadi maknanya sampai sekaranglah tak nampak bayang pendrive yang terbaru tu ya.

    Setiap satu ada sentimental value yang berbeza. Bukan sebab apa pun tapi yalah, barang kita beli memanglah kita sayangkan!

    BalasPadam
  4. mummy: tak lama lepas artikel ni keluar, saya dapat balik pendrive saya...kalau tahu, awal2 saya tulis artikel, ni hehe

    BalasPadam
  5. Emm adat meminjam kena pulangkan lah pada tuannya ye tak...
    takkan nak tunggu sampai bermintak pulak...

    lawa juga pendrive no 2 tu.. special edition?

    BalasPadam
  6. padin: cantikkan? maybe special edition kot ;)

    BalasPadam
  7. Lain kali beli pen drive jenis boomerang. :)

    BalasPadam
  8. akubiomed:haha ade jual ke? kalau ada nak beli hehe

    BalasPadam
  9. ala sedihnya cikgu, semoga orang tu teringat nak pulangkan

    BalasPadam
  10. sis raihanah: dah dipulangkan..alhamdulillah ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. alhamdulillah dibukakan hati org yg pinjam tu utk pulangkan..
      kalau x jadi cam lagu misha omar..pulangkanlah....
      huhu..

      Padam
  11. SS pon masih simpan dari 1st smpi skrg...

    BalasPadam
    Balasan
    1. samala..ciktom pun 1st pendrive yg 256mb..dah rosak..xboleh guna..tapi still simpan smpi sekarang..ada rekahan kat penutup jugak sbb pernah jatuh..hahaha...

      ciktom gantung kat pendrive tu patung keychain freegift lipbam metholatum..hehe

      Padam
  12. SS: eh, sama lah kita hehe

    BalasPadam
  13. sedih plk baca..mmg betul pendrive yg ada sentimental value ni..wlpn ada ganti baru lg cantik dan mahal..xkan sama dgn yg lama...

    BalasPadam