Beberapa entri seterusnya ini ialah berkaitan dengan percutian saya dan sahabat baik saya, Mell di Ipoh pada 21-24 Disember 2015.
Sorry korang, baru ada mood nak update entri ni huhu.
So, masa rehat (12.30 - 2.00 petang) mesyuarat pengurusan tu, saya bergegas ke Stesen Keretapi Bahau, untuk membeli tiket keretapi ke Ipoh.
Pada waktu itu, hanya beberapa tiket sahaja lagi yang tinggal. Perghhh, laju giler jualan tiket keretapi ni.
Tiket saya
Tiket saya dari Stesen Keretapi Gemas ke Ipoh RM67.00 sehala. Gulp gulp, mahal giler saya rasa. Tiket ini adalah first class. Tiada tempat tidur. Kalau ada tempat tidur ntah berapa ringgit lah pulak. Lagipun, tiket yang ada tempat tidur dan habis.
Resit Mell
Ini resit pembelian tiket Mell. Perhatikan betul-betul dibahagian atas belah kanan resit, tertulis nombor resit PV itu. Maksudnya ini bukanlah tiket sebenar.
Saya tak boleh print tiket Mell di Bahau sebabnya, Mell akan naik keretapi dari Seremban. So, saya inform Mell nombor resit itu. Dia boleh print tiket di kaunter tiket sana.
Nasib baiklah boleh print tiket di Seremban. Kalau tak, saya akan terkejar-kejar nak ke Seremban pulak untuk hantar tiket, sedangkan saya naik dari Gemas.
Yeay!! Alhamdulillah, selesai bab tiket keretapi.
Balik ke sekolah sambung mesyuarat hurmmm...(sebenarnya dah tak de hati nak mesyuarat-mesyuarat bagai, sebab hati dah melonjak nak pergi bercuti).
Next, bila selesai bab tiket, cabaran lain pulak yang muncul!!
dah lama tak naik keretapi jarak jauh..tahun 2000 first time naik keretapi balik kg.. dan itu juga lah yang last..=)
BalasPadamwah thn 2000 dah lama tu..nati blh cari peluang naik lagi..
Padambest juga kan naik ketapi?
BalasPadamjida: jom naik keretapi, best tau ;)
BalasPadamsis raihanah: best, best giler ;)
Tengok tiket keretapi pun boleh buat terpegun sebab tak pernah nampak ^_^ So, kena tunggu entri seterusnyalah ya untuk tahu apa kisah seterusnya.
BalasPadammummy: cubalah naik keretapi, best tau!
BalasPadamdah lama tak naik tren.
BalasPadamUntinglah jenjalan.. selamat pergi dan balik ye
BalasPadamnik: best nik naik tren nih ;)
BalasPadamafif:jalan-jalan, siapa yang tak nak kan? hehe
Assalamualaikum Cikgu, mahal juga harganya ye. Masih ada ye ketapi tido hehe teringin juga nak tau sebab ada budak-budak ni..hehe.. moga dipermudahkan
BalasPadambabypose: ade tempat tidur dalam keretapi...bawaklah budak2 mesti seronok!
BalasPadamlaa ni perkhidmatan ni da ditamatkan ;-(
BalasPadamaik dah xde ke? sayangnya...baru cuba..
Padamwow mahal jgk..rm67 bukannya ada katil lagi..ciktom xpernah plk naik keretaapi..mesti best ek..
BalasPadam