Jumaat, 3 Jun 2016

Jalan-Jalan di Royal Floria Putrajaya 2016

floria putrajaya 2016, floria, putrajaya

Saya dan Mell ke Royal Floria Putrajaya 2016 pada 30 Mei 2016 (Isnin). 

Sebenarnya, tak di rancang pun plan ni. Tiba-tiba, Mell telefon pagi itu, cakap nak pergi tengok event Royal Floria Putrajaya 2016 ini. 

So, berpandukan aplikasi Papago di telefon bimbit saya, Alhamdulillah saya selamat sampai di Masjid Putra, Putrajaya

Saya parkir kereta di Masjid Putra, Putrajaya. Mell ambik saya ke Anjung Floria, Precint 4. Putrajaya, tempat berlangsungnya event ini. 

Dari Masjid Putra ke Anjung Floria ni, jauh jugak ye. Kami gunakan perkhidmatan waze. Kalau tak, memang menjajar lah mencari lokasi Royal Floria Putrajaya ini. 

Jam 11.30 tengahari, tibalah kami di tempat yang dihajati. Mak aiiii, panas dia jangan cakaplah. Memang panas terik giler!

jalan-jalan, floria putrajaya, putrajaya












Masuk Royal Floria Putrajaya ini kena bayar ye...bukan percuma ehem ehem. Tiket warna kuning tu tiket masuk Royal Floria Putrajaya 2016. Harganya RM7.50 sahaja. Dalam hati, apsal lah kena bayar? Percuma je kan lagi ok hehe

Masa beli tiket ini, tak ramai orang pun. Dekat kaunter ni, boleh beli sekali tiket masuk Magical Garden, tapi saya tak beli sekali sebab bimbang kot-kot tak larat jalan. So, saya beli tiket Magical Garden di Kaunter Tiket Magical Garden di bahagian dalam Royal Floria Putrajaya.

Lepas kaunter tiket, kami masuk ke kawasan jualan macam-macam jenis pokok. Ada jual anak pokok, ada jual baja, ada jualan racun perosak. Anak pokok cili padi (yang dah keluar cili padi tu) RM10 je. Ada jual daun kesum lah, hidroponik lah. Macam-macam! Memang syurga bagi yang suka tanam menanam nih!

Lepas kawasan jual-jualan anak pokok, saya masuk ke kawasan yang dingin (ada pendingin hawa) haaaa lega sikit!

Jom cuci mata:

floria putrajaya, putrajaya

floria putrajaya, floria, putrajaya

floria putrajaya, putrajaya

floria putrajaya, putrajaya

Aktiviti yang boleh dibuat di sini selain daripada shopping dan cuci mata, boleh cuba mewarna batik. Dah lama saya tak memegang berus warna, memang kekok haha!

floria putrajaya, putrajaya
Tara! Comel tak? Untuk lukisan batik yang kecil macam ni, harganya RM5 sahaja. Kalau saiz besar, harganya RM10.

floria putrajaya, putrajaya
Masa kami tengah mewarna budak-budak ni pun tolong tengok sekali hehe

Lepas ke tempat sejuk, kami ke luar pulak:


floria putrajaya, putrajaya
Taman diRaja Johor! Bangga weh!!
Ya Allah, panasnya bukan kepalang!

floria putrajaya, putrajaya
Ini pada saya paling cantik di Royal Floria Putrajaya 2016. Sampai saya cakap kat Mell "Beb, aku kat Malaysia ke sekarang ni?" 
Cantik kan?

floria putrajaya, putrajaya
Ada Galeri Kucing kat sini. Ada jual kucing, ada jual barang mainan kucing, makanan kucing, perhiasan kucing dan macam-macam lagi.

floria putrajaya, putrajaya
Berdekatan dengan Galeri Kucing ada kafe. Kami makan nasi putih dan asam pedas ikan pari RM7 sahaja. Asam pedasnya bagi saya kurang masam. tapi so far, sedaplah.

Air pulak kami minum Pirate Coffee. Saya minum Strawberry Chocolate. Harga RM6. Mell plak minum Hazelnut. Kami berdua tak habis minum. Hanya minum suku cawan je, yang lain tolak kat tong sampah. Maybe tak kena dengan citarasa tekak kami. 

Lepas makan kami menapak pulak ke Magical Garden Royal Floria Putrajaya. Nak masuk sini kena bayar RM10.50 (tiket warna biru). Kami beli dikaunter tiket Magical Garden. 

Tempat ini kena masuk secara beramai-ramai ye. Kami bernasib baik, lepas beli tiket je, terus masuk dalam. Adalah dalam 12 orang masa masuk tu. Gelap weh!

Oleh kerana kamera kami mempunyai masalah mengambil gambar dalam gelap, tak banyak gambar yang boleh diambil dan cantik.

floria putrajaya, putrajaya
Dekorasi di dalam ini sangat cantik. Lampu-lampu, yang sangat meriah. Pendingin hawa yang osem, macam nak tidur, bila duduk dalam ni. Patutlah bayarannya sangat mahal pada saya.

Cuma masa jurucakap menerangkan, penerangannya agak kurang jelas. Ada 2 tayangan video mengenai dasar laut (ikan duyung). Durasi video tak sampai 4 minit setiap satunya. 

Jika ada kanak-kanak, mungkin berbaloi untuk masuk ke Magical Garden Royal Floria Putrajaya. Tapi bagi saya, (orang tua) tak berbaloi.

floria putrajaya, putrajaya
 Taman China!

Kesimpulannya, (ceh macam buat karangan!) Jalan-jalan di Royal Floria Putrajaya 2016, sangat berbaloi-baloi. Saya bangga dengan Royal Floria Putrajaya. Syabas Putrajaya, Good Job! Proud to be Malaysian, proud to be Johorean! See you next year!


p/s: Esok hari terakhir Royal Floria Putrajaya 2016

12 ulasan:

  1. x dan pegi thn ni sob sob

    BalasPadam
  2. hehe memang syok mewarna batik..
    cuma belum berkesempatan mencanting sendiri

    BalasPadam
  3. teringin nak pi tapi tak sampai2. huhuh. salam ramadhan cikgu

    BalasPadam
  4. Ahah! Ayat last tu saya suka ^_^ Hidup Bangsa Johor! Yeah! Yeah! (Lompat sikit-sikit ajelah, dah tua katanya... malu!)

    Saya tak berkesempatan nak ke Floria tahun ni. Yang sebenarnya malam pelancaran tu kami ada mundar-mandir di Putrajaya, tengok bot berhias. Ingatkan adalah peluang pergi tapi memanjang tak sempat. Dua hari sebelum tamat tu dah balik kampung pulak! Melopong ajelah tengok gambar!

    BalasPadam
  5. anies: takpe, pergi tahun depan ;)
    padin: best tau!
    nik: haha, nik pun boleh buat ;)
    sis raihanah: pergi tahun depan sis dan salam ramadhan ;)
    mummy: well, orang johor mestilah bangga dengan johor kan kan kan hehe, pergi tahun depan je mummy :)

    BalasPadam
  6. rin besnya heheheh....kalau aku pergi mesti pening en husben aku berangkut bawa balik bagai2 heheheh salam ramadhan rin....

    BalasPadam
  7. eintan: mmg syok!
    zuhanif: haha, banyak sangat benda yang menarik weh, memang menggoda!

    BalasPadam
  8. seronoknye berjalan ke royal floria..comel hasil batik yg cikgu warnakan..candy castle tu pun lawo..kalau ada lagi event camni..nak pergilah..

    BalasPadam