Selasa, 28 Oktober 2014

Lawatan Ke Lumut, Perak - GM Holiday Hotel (1)

Jumaat hingga Ahad baru-baru ini, saya berpeluang mengikuti lawatan asrama sekolah ke Lumut dan Pulau Pangkor, Perak. Untuk bahagian pertama ni, saya ceritakan penginapan kami di GM Holiday Hotel, ok.

lawatan, lumut, gm holiday hotel, pangkor, perak
Katil yang selesa untuk dua orang.

Tiba di GM Holiday Hotel dah pukul 12.30 malam kalau tak silap. Tapi sempat snap beberapa keping gambar.


lawatan, lumut, perak, pangkor, gm holiday hotel
Susun atur yang kemas dan moden.


lawatan, lumut, perak, pangkor, gm holiday hotel
Ada TV, pemanas air, tempat gantung baju


lawatan, lumut, perak, pangkor, gm holiday hotel
Ada pendingin hawa dan tirai (jangan di tanya apa ada di sebalik tirai haha) 

sebelum saya menginap di sini, saya dah jenguk blog ini http://neenaanuar.blogspot.com/2012/07/gm-holiday-hotel-lumut-budget-hotel.html Penerangan yang lebih terperinci di situ.

Seperti kata partner saya, satu sahaja kekurangan GM Holiday Hotel ini - tiada tisu. Haaa, tapi bukan masalah besar kan. Apa-apa pun, saya memang puas hati menginap di sini.

p/s: ada sedikit masalah dengan wifi hotel (tapi ini pun bukan masalah besar)

8 ulasan:

  1. takde tisu bukan masalah... kemudahan besar lain yg penting, nampak memang menarik ni.

    BalasPadam
  2. memang sempoi design dia.

    tapi kan yg disebalik tirai tu apa eh? memang menarik perhatian la. hehehehee

    BalasPadam
  3. Hiasan hotel ini agak menarik dan cantik.

    BalasPadam
  4. wifi kalo ada masalah...mmg masalah bsr bg saya hihi....cantik hotel ni.paling menarik katil tu view yg cntik....

    BalasPadam
  5. Yang penting keselesaan.... Cantik hotel ni...

    p/s: terima kasih sudi singgah di blog saya

    BalasPadam
  6. saya pernah duk hotel yang popular juga tapi tak de tisu. tapi tak pe sebab kemudahan lain yg lebih penting tu ada.

    BalasPadam
  7. Cantik dekorasi bilik hotel ni..
    Boleh consider nanti :D

    BalasPadam