Selasa, 15 November 2016

Pengalaman Menghadiri Seminar Percuma Public Gold


Siti Hazreen 
Authorised Dealer Public Gold
PG00056447
0112 098 2764 

public gold, emas,


Semalam saya menghadiri seminar percuma Public Gold buat kali ke-2. Kali pertama, masa bulan puasa hari tu.

Semalam, habis mesyuarat lewat petang, pukul 5:40 petang lebih kurang macam tu. Saya fikir banyak kali nak pergi seminar percuma Public Gold ni.

Bukan dekat ye. Kat Senawang tu. Sejam dari Bahau. Pergi balik 2jam.

Tapi, bila mengenangkan mentor saya yang akan berkongsi pengalaman beliau, saya pun teruja. Pergilah, tak pergi rugi.

So, masa datang tu, kena daftar (isi butiran diri) ringkas sahaja.


Selepas daftar akan diberikan slip kertas diatas. Tujuannya adalah untuk cabutan bertuah. Bestkan?

Pengalaman Menghadiri Seminar Percuma Public Gold
Inilah En. Zulkifli

Saya sampai 8:50 malam, dah mula talk daripada En. Zul huhu. Banyak info yang dikongsikan oleh En. Zul. Antaranya ialah kenapa beliau simpan emas Public Gold.

Seminar percuma Public Gold ini bukan sahaja ada talk daripada mentor-mentor yang hebat. Tetapi ada juga tawaran-tawaran emas yang hebat! Iaitu slot Firesale

Masa firesale ini: 
  • Emas 0.5g Public Gold yang berharga RM120, dijual dengan harga RM115 sahaja. 
  • Manakala 1/2 dinar Public Gold yang berharga RM460, dijual dengan harga RM400 (sila terbeliakkan biji mata!)


Ada juga tawaran menarik bagi yang berminat untuk menjadi dealer.

Pengalaman Menghadiri Seminar Percuma Public Gold
Ehem ehem, saya sempat sambar ini. Jimat RM5 daripada harga biasa 😃


Pengalaman Menghadiri Seminar Percuma Public Gold

Taraaa, saya sempat sambar ini juga. Buku mentor Syukor Hashim RM50.

Yang beli emas Public Gold, akan berpeluang untuk mendapat cabutan bertuah emas Public Gold juga.

Yang tak beli emas Public Gold, akan berpeluang dapat dalam bentuk aksesori Public Gold. Best ke best? Hehe

Biasanya seminar percuma Public Gold akan diakhiri dengan gambar beramai-ramai.

Seminar percuma Public Gold akan berlangsung selama 2 jam. Esok akan ada satu lagi seminar percuma Public Gold di cawangan yang sama, mentor lain pula. Yang berminat, boleh lah hadir seminar percuma Public Gold ini. Tak rugi pun. Untung lagi ada 😍


p/s: Nak dapatkan emas percuma 0.5g Public Gold edisi Hari Raya (edisi terhad)? Sila baca entri ini

38 ulasan:

  1. nampak menarik ni.. kalau dekat dh join. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. selain senawang, ada 17 cawangan lain sis. boleh pilih mana yang terdekat untuk hadir ;)

      Padam
  2. best jugak, yang penting ilmu yang kita dapat tu kan cikgu

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu sis raihanah, nak ilmu kenalah usaha kan? :)

      Padam
  3. Dah namanya percuma, apa salahnya menghadirkan diri untuk dapatkan ilmu, ya tak cikgu?

    Dalam pada percuma tu, sempat lagi buat adegan 'sambar-menyambar' yerk cikgu... ^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. mummy, bukan apa, pada masa tu, en.zul bawak tak banyak buku pasal emas tu. cepat2 saya sambar hehe

      Padam
    2. kalau ciktom pun sambar..bukan senang tu nak dpt buku ilmu..untung2 dpt tandatangan mentor sekali..hihi

      Padam
    3. betul tu cik tom, buku en.zul saya dah dapat sign. lepas ni nak dapatkan sign en.syukor pulak hehe

      Padam
  4. cantiknye kad goldbar 0.5g tue..ciktom skang dalam koleksi bentuk wedding day je..rs cam nak grab yang gambar ayam tue plk..nak cashout dr akaun GAP..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cantikkan cik tom...Public Gold ada mcm2 design...kumpul semuanya ok

      wah...bagus cik tom dah ada GAP!!

      Padam
    2. ciktom start buka akaun GAP bulan mei lepas..baru je lagi..baru ada kesedaran..selama ni duk tangguh aja nak bukak..but better late than never... :)

      Padam
  5. SS tengah sibuk nak isi borang kilauan mas... Mana taw kot polident nak sponser gigi mas bila tua nanti... senang skit nak mengunyah dodol... he he he...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha SS nih...kalau tak kelakar xsah!!

      Nak nyanyi lagu ape tu SS??

      Padam
    2. gurauan ke betul tu nak join kilauan emas..kalau join ciktom nak jadi pom pom girl..bagi sokongan kat SS..hehe

      Padam
    3. apa lagi SS, dah ada penyokong nih hehe

      Padam
  6. Nanti share laa sikit ilmu dgn kami yg xberapa nk tau pakai emas tp suka pakai brg kemas ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Emas 999 lebih bernilai dr barang kemas anies ;)

      Padam
  7. P/ s 1/2 dinar public gold tu mcm mn ya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. 1/2 dinar = 2.125 gram anies

      Padam
    2. cik tom kahwin aritu..untuk mas kahwin, suami bagi dinar emas 2 keping..

      Padam
    3. wah, alhamdulillah, tahniah. 20 tahun akan datang berapa lah harganya itu nanti ;)

      Padam
    4. entahlah..harap2 byk peningkatannya...boleh guna time emergency..hihi

      Padam
  8. nampak sangat menarik..saya juga teringin menjadi penceramah seperti dia

    BalasPadam
    Balasan
    1. mr.hanafi ni memang sentiasa ke depan..ciktom baca entri ni rasa nak beli emas dan buku ilmu emas..mr.hanafi baca terus terasa nak jadi penceramah..hihi

      Padam
  9. Saya pernah pergi seminar fasal emas Public Gold masa belajar di UKM dulu. Penting untuk kita menyimpan emas untuk jangka panjang :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yep...betul tu sis...jom simpan emas public gold

      Padam
  10. Bahau ke senawang sejam je? Pecut ke apa ni or mesti bwk keta beso tu sbb pecut sedap jek 😬

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ep, saya pemandu berhemah tau JM. kalau orang lain bawak, 45 dah sampai...I ni terkedek naik saga je ;)

      Padam
  11. Wah! Menarik! Kalau dh minat kan pegi bk 2 jam seminar 2 jam mesti tgh malam baru sampai umah..nape x ajak en abe teman

    BalasPadam
  12. Biasa dh dgr pasal public gold ni tp belum rasa nk get into lg

    BalasPadam
    Balasan
    1. oh, kalau JM selalu ke blog ni, lagi luar biasa JM akan dengar pasal Public Gold hehe

      Padam
  13. Jimat rm5 dari harga biasa? Harga biasa berapa?

    BalasPadam
    Balasan
    1. biasa RM120, tapi ada je yang jual lagi mahal, nak2 lagi kalau edisi terhad ;)

      Padam
  14. cikgu...ciktom pernah keje kat UiTM Kuala Pilah tahun 2011-2013..ciktom paling suka beli brg kemas kat kuala pilah sebab murah dan design terkini..senawang dan bahau tempat ciktom selalu pergi jalan2..

    Kalau ciktom masih kerja sana..boleh join dengan cikgu pergi mana2 event public gold..baru meriah ada geng minat sama..hihi

    cikgu mmg org bahau ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. oh, cik tom, kuala pilah memang terkenal dengan harga emas yg murah ;)

      saya bukan anak jati bahau, tapi bekerja di sini ;)

      Padam
    2. oh ingatkan anak jati bahau..hehe...

      itulah rindu pulak nak shopping emas kat kuala pilah :)

      Padam