Sabtu, 12 November 2016

Bila Astro Telefon


Image result for astro

Semalam Astro telefon lagi. Ntah kali ke berapa buat tahun ini. Mungkin dah 8 kali Astro telefon termasuk semalam.

Patutnya nombor telefon Astro tu di simpan sebagai 
"jangan angkat" atau 
"kalau angkat, meyesal" atau 
"buang masa" atau  
"kalau berani, angkatlah"

haha, boleh gitu??

Saya letih betul kalau Astro telefon. Nak tahu tak kenapa? Ini sebabnya:
1. Astro selalu salah sebut nama saya. Ada pulak BIN hey!! Saya gegirl okeh, tak tukar jantina.

2. Telefon hari Jumaat. Ini tips kepada semua penjual. Tak kiralah jual takaful ke, insurans ke, kad kredit ke, yang sewaktu dengannya, tolong jangan telefon prospek pada waktu pagi sampai tengahari hari Jumaat. Hari Jumaat ialah hari yang paling sibuk, okeh. Telefon waktu petang, 4.30 petang dan ke atas.

3. Astro kalau telefon, takde kerja lain. Asyik nak suruh tambah pakej je. Pakej yang paling murah ni pun (RM41) saya fikir banyak kali nak potong. Sebab saya sendiri dah lama tak tengok tv. Astro masih bernyawa kat rumah ni sebab nanti family datang, termangu-mangu plak takde tv.

Jadi semalam orang Astro telefon saya. Waktu tengahari. Ini waktu puncak. Dah lah saya terkejar-kejar dengan kerja-kerja yang tak siap.

Sedang saya mundar-mandir, keluar masuk pejabat:

"Hello" 
"Ya"

"Ini ................ BIN.........."
"Eh! BINTI lah"

"Oh, maaf. .............BINTI............"
"Ya"

"Saya dari Astro.........."
"Ya, ada apa ek?" dalam hati, adoiiii, habislah aku!

"Saya nak terangkan pakej" ayat tak habis dan saya terus potong
"Tambah pakej?"
"Ya"
"Saya tak minat, saya dah lama tak tengok tv"

"Oh, ini bukan rumah cik ke?"
"Rumah saya"

"Pakej yang ada ni pun saya fikir nak potong"
"Boleh saya tahu kenapa cik tak tengok tv?"

"Sebab orang hebat tak tengok tv"
"Oh!" (terdiam)

"So, cik tak berminatlah ya?"
"Tak"

"Ok, tak pe"

p/s: Ini adalah panggilan Astro paling pendek dalam sejarah. Selalunya berjela-jela. Jadi, korang boleh tiru ayat saya tu. Hehe

p/s: saya belajar dari mentor saya En. Zul dan En. Syukor (Public Gold) tak tengok tv. Percayalah, lebih aman damai jiwa raga bila tak tengok tv.

p/s: Kalau korang ada ayat power untuk Astro ni, boleh kongsikan dalam ruangan komen. 

49 ulasan:

  1. Kalu SS... orang tanya nape x tengok tv... SS jawap... cukuplah tv tengok saya... ari ari tv tengok saya membuta depan tv... he he he...

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha, lawak lah

      kerllasss jawapan SS ;)

      Padam
    2. hehe..klakor la..blh jgk gn jwpn ni..ciktom pun tak suka tengok tv..lagi prefer on9 thru laptop je..

      Padam
  2. baik jugak la cikgu..kira layan jugak segala soalan..ciktom kalau dpt call astro or insurans..terus cakap maaf saya tak berminat nak dengar apa2 promosi..terus letak telefon..hehe..*mcm jahat tapi dari buang masa dia..baik dia cari customer lain promote...

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya tak sampai hati cik tom, saya hati tisu hehe

      Padam
    2. bagus jugak hati tisu..kalau semua layan promoter kejam macam ciktom..kesian jgk promoter nak cari makan..heee

      Padam
    3. tulah, hati tisu, kena air sikit dah basah haha!

      Padam
  3. betul cik tom, apa yang ada di tv hanya akan serabutkan fikiran kita je ;)

    BalasPadam
  4. Pasti sedih mamat yang kol tu.. ahaha

    BalasPadam
  5. hhahahahahhahaa.. memang unni jenis x layan tv.. pasang asto pun bazir je

    BalasPadam
  6. nama saya pun selalu salah sebut... mcm mana nak terbuka hati utk langgan kalau intro pun dah spoil mood.. hehe

    BalasPadam
  7. mujurlah astro tak de call saya

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau call boleh guna ayat sy tu sis hehe

      Padam
  8. memang tak ada la nak pasang astro ni. lara sangat

    BalasPadam
  9. Ialah Astro selalu called untuk promotion bila depa tengok bil astro kita cantik (bayar selalu).
    Astro akan called jugak bila bil astro kita tak cantik untuk dipotong kalau kita biarkan ini, pasti depa tak dapat called kita lagiks! sebab dah kena potong hiks!

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha...betul. kalau potong tak payah dah nak call

      Padam
  10. hahaha... boleh pinjam ayat nanti....

    BalasPadam
  11. hahahaha... ayat power takkan xtgk nama bin ke binti. perasan hari jumaat bru nk call selalunya insurans tp skrg dh block smua no2 tu. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya tak block. saya ni hati tisu, sudahnya, menanggung sorang2 huhu

      Padam
  12. Betullah. Kalau rajin tengok TV, memang naya! Buang masa sesajalah. Saya ni pun tahan tak potong Astro bukan kerana apa - sebab anak-anak saya nak tengok kartun dan suami saya nak tengok news channel. Saya pun ambil pakej murah aje, itu yang Astro kejap-kejap telefon suruh upgrade pakej. Kalau suruh upgrade nak bagi free takpalah. Ini nak suruh bayar lebih pulak!

    Ni, baru 2 hari lepas depa called suruh upgrade, masukkan PVR katanya. Saya kata saya yang bayar tapi yang tengok anak-anak aje. Kalau boleh subscribe channel kartun tu je, nak juga saya downgrade. Senyap terus!

    BalasPadam
  13. SAya nk gn laa idea ni...hehehe

    BalasPadam
  14. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  15. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  16. Mak aih! 8 kali? Pesal astro minat sgt kat cikgu ni..sis JM dlm setahun satu call pun x dpt ni yg jeles ni ��

    BalasPadam
  17. Meyesal ke menyesal? Keh keh keh salah org nampak sgt eh

    BalasPadam
    Balasan
    1. adoiii, JM boleh kerja sebagai editor nih ;)

      Padam
    2. Itu bermakna JM baca entri yg di kongsi 😬

      Padam
    3. terima kasih kerana membaca dengan tekun hehe

      Padam
  18. Nk set mcm tu jgk lah bg mana2 no yg kita x nak angkat letak nama mcm tu..'jgn angkat', 'musuh ketat' or apa2 laaah

    BalasPadam
  19. Salah sebut BIN bukan Binti? Mgkin dia vaca Hazreen not Siti Hazreen so dia ingat lelaki..JM rasalah sbb JM pun byk kali jgk kena mcm tu call sebut Bin..adeh!

    BalasPadam
  20. Ohh guna pakej paling murah patutlah astro call ehehe Nakal kan astro ni ke Jahat 😬

    BalasPadam
  21. Patutlah astro x pernah call sbb sis JM langgan pakej mahal 😜

    BalasPadam
    Balasan
    1. ni mesti ada 360 channel astro nih hehe

      Padam
  22. Org hebat x tgk tv ayat mmg power so leh guna kalau org astro call 😬

    BalasPadam
  23. Kalau tambah pakej makin kayalah si tokey besar tu, Maxis pun dia pegang

    BalasPadam
  24. Nasib baik tak terjebak... rumah memang takda astro

    BalasPadam