Ketika ini, tentu pelajar-pelajar baharu Kolej Vokasional (KV) sangat sibuk mengisi dokumen-dokumen yang diperlukan dan juga barangan yang perlu dibawa ketika mendaftar pada hari Selasa minggu depan.
Apa yang saya nak ceritakan hari ini ialah berkenaan tentang salah seorang murid saya yang akan mendaftar masuk ke KV.
Saya masih ingat lagi, murid ini datang berjumpa dengan saya di Bilik Kaunseling bersama-sama dengan seorang lagi rakannya. Sebenarnya, murid ini bukanlah jenis yang suka-suka masuk Bilik Kaunseling, apatah lagi bertemu dengan saya.
Yep, tentunya saya menerima semua klien saya tanpa syarat. Walaupun pada ketika itu, banyak benda yang belum saya selesaikan dan bla bla bla (kerja, sampai bila pun tak habis!).
Murid ini sangat berminat dengan penternakan! Can you believe this? Saya macam tak percaya wujud murid yang sebegini. Sebabnya, di kala gajet-gajet canggih bertimbun-timbun dihadapan budak-budak generasi sekarang, masih ada yang suka dengan penternakan. Di kala semua orang nak kerja di tempat yang ada pendingin hawa, dia nak duduk ternak lembu? Pelik!
Bila mengetahui minatnya itu, saya terus mencari maklumat tentang penternakan dan Alhamdulilah saya mendapat maklumat dari group Telegram kaunselor Negeri Sembilan. Maklumat tersebut saya salurkan padanya.
Masa berlalu, dan ketika kawan-kawannya yang lain mendapat panggilan temuduga...
Semasa di kelas.
Murid: Cikgu, semua kursus ke dapat temuduga?
Saya : Tak, kursus-kursus tertentu sahaja.
Murid: Oh...(muka risau)
Saya : Takpe, mungkin kursus awak tak perlu temuduga. Kalau ditakdirkan awak tak dapat, boleh buat rayuan.
Murid : Cikgu, senang tak dapat pinjaman, kalau masuk KV? (merujuk kepada bantuan kewangan sekiranya membuka perniagaan)
Saya : Kalau ada kemahiran, semua jadi!
Selang dua hari, ketika itu, saya berselisih dengannya di hadapan Bilik Guru.
Saya : Eh, dapat tak KV?
Murid : Dapat, cikgu.
Saya : Kat mana?
Murid : KV Rembau
Saya : Alhamdulillah, tahniah!
Murid : Sebab cikgulah saya dapat.
Saya : Hah? (Blurrr)
Murid : Kan cikgu Whatapps kat saya (info tentang KV Rembau), saya ikut apa yang cikgu cakap.
Saya : Oh! (baru teringat!)
Murid : Terima kasih tau, cikgu (Senyum lebar)
Saya : Ok, belajar baik-baik!
Sebenarnya, saat itu sangat menyentuh hati saya. Saya bangga dengannya.
Yep, saya membantu klien saya dalam laluannya untuk mencapai cita-citanya. Tapi, dia mengambil langkah proaktif (action) dengan mengisi borang KV. Kalau tidak melangkah memang tak ke mana.
Selamat mendaftar!
Kalau tahu dulu ambil kemahiran je senang... sekarang pening kepala banyak nak kena fikir..hehe
BalasPadamalhamdulillah itu lah peranan guru sekarang. bukan sahaja memberi ilmu malah sampai satu tahap membantu pelajar melanjutkan pelajaran dan mencari pekerjaan
BalasPadamolaoli...guru hanya membantu, tindakan dari murid itu sendiri
BalasPadamzik...kan, ada kemahiran boleh berniaga hehe
BalasPadamAlhamdulillah, banyak jasa seorang guru kepada anak didik ni kan, semoga anak murid senantiasa ingat kepada guru mereka
BalasPadamSis noriza: saya tak banyak berjasa, banyak mengarut je haha!
BalasPadamSejuk rasa hati cikgu bila dapat murid yang macam nikan. Pandai berterimakasih ^_^
BalasPadamMemang pelik pun minat budak ni. Harapnya dia akan berjaya. Bila yang lain sibuk dengan dunia korporat, dia masih lagi nak berendam peluh dengan hasil ternakan. Memang respeklah dengan pilihannya!
mummy: walaupun hanya sekadar ucapan terima kasih sudah cukup sebenarnya...teringat kata Pak Lah, pertanian adalah perniagaan.
BalasPadambanyak pahala cikgu, tahniah ya
BalasPadamsemoga ank murid cikgu terus berjaya
BalasPadamAnah: in syaa allah...amin
BalasPadamRaihanah: terima kasih
BalasPadamsejuk perut cikgu-cikgu ada orang puji nih.
BalasPadamhehe..
Mr. Titan: hehe sejuk perut...sejuk hati ^__^
BalasPadamBagus betul budak tu
BalasPadamDah ada semangat keusahawanan. Disaat orang lain terpengaruh dengan angan-angan kerja dalam pejabat, lunch hour makan kat high-end cafe, dia sebaliknya.
Dia tahu cara yang betul untuk dapatkan maklumat; i.e jumpa cikgu kaunselor, tak harian lah dia akan berjaya dapatkan bantuan-bantuan sokongan untuk memulakan ternakan lembu nya suatu hari nanti.
You did a good job, teacher Siti d^_^b
6 golongan yang perlukan Meal Shakes
hehe, terima kasih Nurul
BalasPadamSemoga mereka menjadi orang yang berjaya kelak...
BalasPadamsani: amin, mudah2an
BalasPadampendidik ni hanya boleh mendidik, membantu dan memotivasi..
BalasPadamyang lain pucuk pangkalnya kemahuan dan action pelajar tu sndri...
padin: yep, betul tu
BalasPadamseronok sgt kan kalau student appreciate camtu..bagus student tu dia ada target nak btpe..walaupun nmpk kerja ternak lembu bukan kerja dlm aircond..tapi best ternak lembu ni..lagi lumayan dari kerja pjbt...semoga dia berjaya capai cita2..amin.
BalasPadamamin
Padam