Sabtu, 16 Januari 2016

Jalan-Jalan di Ipoh, Perak 3: Mesyuarat Oh Mesyuarat, Jangan Tiru Aksi Ini!


Image result for miserable cat
Beberapa entri seterusnya ini ialah berkaitan dengan percutian saya dan sahabat baik saya, Mell di Ipoh pada 21-24 Disember 2015.

Baca juga: Jalan-Jalan di Ipoh, Perak 1: Idea

Baca juga: Jalan-jalan di Ipoh, Perak 2: Perihal Tiket Keretapi


Dengan tidur yang tak berapa lena, saya bangun dan bersiap awal. Nak tahu sebab apa? 
1. Nak beli tiket keretapi ke Ipoh
2. Saya ada mesyuarat penting sekolah woooo (haishhhtime ni lah nak mesyuaratnya, adoiii!)

Pagi yang hening itu, tatkala orang lain bersenang-lenang membelai kucing dan menghirup air kopi di halaman rumah, saya dalam keadaan kelam kabut, ambil laptop, buku tulis, pen, dan bla bla bla (keperluan mesyuarat), campak dalam kereta. Dalam kepala ligat memikirkan tiket keretapi yang masih belum dibeli lagi!

Pagi itu, jam 8.00 pagi saya dah berada di kaunter tiket Keretapi Bahau. Tapi sunyi sepi. Haaa, jangan cakap kaunter tutup hari Isnin!

Lalu saya bertanya pada akak yang bertugas membersihkan kawasan:

Saya : Kak, kaunter bukak pukul berapa?
Akak: Pukul 8.30 pagi dik
Saya: Fuhhh, lega.

Lepas itu, saya terus ke sekolah. Uruskan minit mesyuarat. (Jangan tiru aksi ini) sepatutnya minit mesyuarat telah di print dan difotostat dengan lebih awal. Nasiblah dapat setiausaha macam saya ni.

Lepas tu, berlari pulak ke kedai makan untuk sarapan pagi. Menu sarapan pun ambil yang dah sedia ada je. Mee hoon goreng dan teh o panas. Tak de nak order roti canai, kang pukul berapa lak siap.

Berkejar pulak ke Stesen Keretapi Bahau untuk beli tiket! Hah! semput. Kali ni kaunternya dah dibuka.

Saya: Bang, ada tiket tak ke Ipoh, malam ni?
Bang: Hah! Malam ni?
Saya: Yep.
Bang: Kejap (sambil memerhati komputer)
Bang: Habis dik, siang ada lah.
Saya: Siang, pukul berapa tu bang?
Bang: Pukul 1 petang dari Gemas.
Saya: Alamak, mesyuarat tak habis lagi tu (dalam hati). Malam memang tak de ek bang? (ala-ala budak tak paham bahasa, orang kata tak de, tak delah dik oiii!)
Bang: Hurmmm, esok ada.
Saya: Tak nak esok bang, nak hari ni. (Budak tak paham bahasa sekali lagi)
Bang: Hurmmm, tunggulah dulu, mungkin akan akan tiket tambahan.
Saya: Hah! (melopong weh, macam ada sinar di hujung terowong) haha! Oh! Pukul berapa agak-agaknya tu bang?
Bang: Tak pasti mungkin jam 10 pagi. Tak pun macam ni, bagi nombor telefon, kalau ada saya bagitau.
Saya: Oh, ok...bersinar-sinar mata gitu!

Pecut pulak balik ke sekolah untuk mesyuarat. Hah! Kenapalah kelam kabut sangat hidup pada hari ni??

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Mesyuarat bermula. Tapi, badan saya je ada kat situ. Otak kat tempat lain. Tiket keretapi mungkin ada. Kira selesai lah tu. Sekarang fikir pasal hotel plak.

Semasa di kampung, saya ada baca ulasan-ulasan tentang hotel bajet-hotel bajet yang ada di Ipoh, dan saya sangat berkenan dengan hotel paling 'sesuai' di sana. Tapi, malangnya, bila saya buka balik www.booking.com dan www.agoda.com hotel itu tiada dalam laman web tersebut. Memang hairan, memang pelik! Mungkin hotel tersebut dah penuh, atau mungkin jugak hotel itu berada di tempat lain, bukan di Ipoh. Sebab, saya ada beberapa pilihan lain selain Ipoh untuk bercuti.

Saya jadi semakin tak keruan bila hotel yang saya target tu tiada dalam senarai. Jadi, kena study semula senarai hotel bajet-hotel bajet yang ada. Ni semua makan masa, sedangkan saya perlu fokus pada mesyuarat (mencatat minit). Mungkin inilah yang dikatakan buat 2 kerja, satu, mencatat minit. Dua, tengok laman web hotel melalui Samsung Note 8 saya! Telinga dengar mesyuarat. Mata, tengok laman web! Tolong jangan tiru aksi ini!

Jam telah melewati pukul 11 pagi. Masih belum ada panggilan dari abang kaunter tiket Keretapi Bahau. Lalu saya semak sendiri di laman web KTM. Tadaaaa, memang ada lebih kurang 30 tiket tambahan (saya tak ingat berapa jumlah sebenar). Rasa nak menjerit dalam bilik mesyuarat tu

Saya terus menghubungi abang kaunter tiket.
Saya: bang, ada tiket tak? (padahal dah semak tadi)
Bang: ada, tapi first class lah.
Saya: first class tu macam mana?
Bang: mahal sikit, kerusi dia macam bas, boleh ke depan belakang.
Saya: Oh...

Agak-agaknya, berjayakah saya keluar dari mesyuarat untuk membeli tiket?

18 ulasan:

  1. Kenapa tak jeling-jeling manja kat abang tu sampai terus aje dia bagi aje tiket tambahan walaupun belum ada lagi tiket!

    Saya dah lamalah tak naik kereta. Eh, tak pernah naik kereta sebenarnya. Impian dalam hati ni tau nak naik keretapi. Nak bawa anak-anak pastu naklah eksyen sikit kat depa (padahal Mommy depa pun tak pernah naik keretapi!)

    BalasPadam
  2. inshaAllah CNY nanti nak ke IPOH :D

    BalasPadam
  3. pergilah uncle, memang best tempat ni!

    BalasPadam
  4. Balasan
    1. ciktom tak pernah naik keretapi..bila la berpeluang..huhu

      Padam
    2. cubalah cik tom, best tau

      Padam
  5. Kadangkala ayat tak faham bahasa tu yang bagi rezeki kat kita..hihi

    BalasPadam
  6. sis raihanah: pergilah Ipoh sis, memang syok!

    BalasPadam
  7. Nampaknya berlari sana sini. Harap tidak ada yang tercicir. :)

    BalasPadam
  8. mr.biomed: haha, berlari2 je kerja nye!

    BalasPadam
  9. lama tak pergi ipoh.. masa belajar dulu dekat bota tahun 2003... habis belajar 2007..

    BalasPadam
  10. zik: pergilah ipoh, cuci mata ;)

    BalasPadam
  11. besnya tgk rin travel..lama dah tak buat mcm tu sejak ada anak kecil & sejak kerja dgn JKM ni huhuhu bizi memanjang...nak juga...

    BalasPadam
  12. zuhanif: beb, gi lah curi2 masa gi honeymoon hehe

    BalasPadam
  13. amboi multitasking benor..ciktom memang tak mampu nak tiru aksi cikgu...boleh semput..baca je dah semput..haha..

    nasib baik ada seat tambahan..kena cari sambungan entri ni..berjaya x cikgu keluar meeting beli tiket keretaapi..hihi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha, kelam kabut sungguh kan? yep, saya berjaya beli tiket.

      Padam