Hai, yep 7 soalan lagi hehe. Sila baca disini untuk angka 7 yang lain.
Berikut ialah 7 soalan yang selalu ditanya oleh calon SPM tentang institusi pengajian tinggi.
1. Politeknik ni sama ke macam universiti?
Jawapan saya: sama dari segi apa tu? Politeknik juga menawarkan kursus diploma dan ijazah macam universiti.
2. Macam mana nak tau sesuatu institusi tu diiktiraf?
Boleh semak di laman web MQA.
3. Beza Asasi dan Matrikulasi?
Jawapan saya: Soalan ni memang letih saya nak jawab. Secara ringkas, Asasi di bawah kendalian universiti, manakala Matrikulasi di bawah KPM
4. No. Pin tu apa?
Jawapan saya: Hah? No. pin tu bukan awak beli pin macam pin kertas tu. Awak pergi kaunter BSN, cakap nak beli no. pin, nanti dia bagi lah.
5. Gaji lulusan Diploma dan Ijazah?
Jawapan saya: Jauh beza gajinya. Sekarang awak tak rasa sebab awak masih belajar, keluarga tanggung. Masa akan datang, awak yang tanggung keluarga, barulah awak rasa betapa besar jurang perbezaan gaji kedua-duanya.
6. Manakah institusi yang terbaik untuk saya?
Jawapan saya: Soalan awak tu susah sangat saya nak jawab. Tiada yang terbaik. Semua institusi ada kelebihan masing-masing.
7. Macam mana nak isi borang permohonan?
Jawapan saya: Dekat Google tu, awak taip je awak nak mohon apa, contoh: nak mohon matrikulasi, taip kat Google 'permohonan ke matrikulasi' nanti keluarlah link nya.
Apa yang saya lihat ialah:
1. Kurang cakna tentang hal-hal sebegini, walaupun dah diterangkan berulang-ulangkali. Masa saya sekolah dulu, kurang sangat penerangan dari guru/kaunselor, saya cari sendiri.
2. Walaupun zaman sekarang ni, maklumat dihujung jari, tapi nampaknya masih lagi terkeluar soalan nombor 7. Yang handal nya dibahagian Whatsapp, We Chat, Twitter, Facebook. Adoiii!!
3. Kebergantungan pada guru sangat tinggi. Nak cari sendiri malas! (padahal, masa depan dia nih!!)
semoga jawapan ini mamberi jawpan kepada pelajar SPM yang tertanya pasal IPTA
BalasPadamHarap2 begitulah
Padambagusnya jadi kucing..malas pun comel..hihi
BalasPadamHehe comelkan??
PadamWahh dah lama tinggai zaman U ni.. 10 tahun dah huhu
BalasPadamlepasni kalau diorang tanya lagi, suruh baca blog hehehe
BalasPadamRasa kesian dengan graduan mengalami kesukaran mendapat kerja apabila pengajian mereka tidak diiktiraf. Harapan pusat pengajian tinggi lebih-lebih peka hal ini.
BalasPadamskrg ni teknologi sangat2 memudahkan utk mereka dpt info tttg persoalan di atas, lainlah mcm dulu semuanya manual sahaja
BalasPadamMemang depa kena check dulu course apa2 yang diambil takut tak diiktiraf ... susah dan agak rugi jadinya nanti
BalasPadamhuhu..pening selalu ditanya soalan begini..
BalasPadamnanti kalau tanya lg..suruh dorang terjah blog..
Mujur ada yang bertanya..lagi parah kalau buat tak tahu je..just go by the flow
BalasPadamYang penting kena ada minat untuk belajar apa jua bidang yang daoat nanti
BalasPadam