Khamis, 28 April 2011

Aku Geram Dengan Perokok Yang Merokok di Kedai Makan

            
         Sejak dua menjak ini, aku sering terkena batuk-batuk. Macam nak terkeluar rasanya anak tekak. Nafas jadi pendek. Dah tak makan ubat batuk, hanya madu asli. Sangat mujarab lah madu ni. Batuk pun mula beransur-ansur meninggalkanku.

        Bila batuk dah mula baik, aku jadi geram dengan perokok yang tak faham bahasa dan juga tidak mempunyai kesedaran sivik dan seumpama dengannya (nanti kalau guna bahasa kasar, terluka pula hati, jantung dan sebagainya).

            Macam hari ini, masa aku baru duduk di kerusi meja makan, setentang dengan pasangan (tak dapat di pastikan samada pasangan berkahwin atau belum) yang si lelakinya dengan muka selamba merokok. Kami pun berpindah ke meja lain yang tidak jauh dari meja tadi. Perokok melihat kami pindah, tetapi masih tidak berhenti merokok, mungkin kerana terlalu sayangkan rokoknya. Ialah harga rokok kan mahal.

            Ingat kan bila dah pindah meja, aman lah jadinya, rupanya tak. Meja belakang pula yang merokok, adoiiii...tension betul. Jadi, apa yang aku buat?? Tengok muka perokok dengan muka menyampah. Dia pun tengok aku, tapi dengan muka yang tak tahu malu. Kiranya aku tengok dia, dia tengok aku. Aku mula buat-buat batuk, sekali betul-betul batuk...tapi perokok masih meneruskan aktivitinya yang tidak bermoral. Aku kira perokok bersama-sama dengan keluarganya. Tapi dalam keadaan tadi, ahli keluarganya pun tidak menegur si perokok. Adakah ini bermakna, perokok dan ahli keluarganya = tidak beretika + tidak mempunyai kesedaran sivik + tidak pandai membaca body language + tidak tahu malu. Nampak tak kesan akibat perokok seorang yang merokok, kena tempias si ahli keluarga.

          Kalau pergi sekali dengan ahli keluarga atau suami yang perokok, tolonglah nasihatkan mereka itu jangan merokok di tempat awam. Kasihani orang macam aku. Kerana asap rokok lebih bahaya daripada orang yang menyedutnya terus dari rokok. Kes tadi baru dua orang yang tak tahu malu, kalau sehari, berapa orangkah perokok tak tahu malu yang anda jumpa?? Banyakkan?

            Kalau nak sakit, biarlah awak seorang sahaja...


            Untuk bacaan lebih lanjut, boleh ke blog ini: http://beck-no-smoking.blogspot.com/

Isnin, 25 April 2011

Tayar Kereta Telah Ditampal

          
            Susulan daripada artikel yang lepas tayar-pancit-terima-kasih-banyak-banyak, ternyata tayar itu ada paku. Panjang juga lah. Terpaksa di tampal. Sekejap saja prosesnya.

            Menurut pakcik yang menampal tayar aku, tampalan ini boleh tahan lama. Harap-harap ok lah untuk digunakan. Kosnya?? RM6 sahaja.

            Tidak pasti mengapa boleh kena paku, samada memang betul tayar aku tertusuk paku atau ada orang sengaja letak paku~~

            Tapi aku cuba positif - daripada peristiwa ini, aku tahu di mana hendak menampal tayar dan harganya :) Satu pengalaman yang tak boleh dijual beli~~

Isnin, 18 April 2011

Tayar Pancit - terima kasih banyak-banyak


            Memang aku sedari tayar kereta di bahagian belakang seperti kurang angin. Terlintas soalan 'kenapa pula tayar belakang'. Aku pun mengisi angin di stesen minyak yang terdekat. Sampai di sana, terus tayar kereta jadi macam gambar diatas. TERUS PANCIT.

           Aku tak faham dan tertanya-tanya kenapa. Puas aku mencuba untuk pam, namun angin tak mahu masuk ke dalam tayar. Nasib baik ada pakcik di petrol pam yang tolong pam kan tayar aku.

              Terima kasih kepada pakcik yang dapat pam kembali tayar aku itu. Rupanya ada satu butang di tempat pam angin itu yang perlu ditekan - "flat tyre" perlu ditekan supaya tekanan angin lebih tinggi untuk di pam. Aku pun lihat tayar yang pancit itu lama kelamaan kembali ke bentuk asal.

              Kejadian ini dianggap sedikit pelik. Aku akan menyiasat hal ini. Semoga ALLAH memberkati kau dan kawan-kawan kau sekali. Amin
          

Rabu, 13 April 2011

bElaJaR dan TerUS BeLAjAR

          
          Belajar dari siapa? Belajar dari banyak sumber. Sumber apa? Seperti berguru, membaca dan sebagainya. Bagi aku, apa yang dibaca dibuku bukan lah senang hendak diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Belajar dari pengalaman adalah sangat baik sebenarnya.

           Berdepan dengan ragam manusia yang pelbagai, membuatkan aku keliru nak guna teori yang mana. Tapi bila tengok orang yang lebih senior mengendalikannya, rupanya ia tidaklah sesukar yang dijangka. Seperti kata pepatah orang tua : "lebih dulu makan garam" bermakna lebih banyak pengalaman dari aku yang baru setahun jagung.

      Pengalaman sebenarnya banyak memberikan manfaat dalam kehidupan kita. Tidak kiralah samada pengalaman manis atau pahit, sudah tentu ada hikmah disebaliknya.


Sabtu, 9 April 2011

Setiap Manusia Diberi Pilihan


            Mulanya aku mahu menulis tajuk yang lain, tapi setelah berfikir - menimbang-nimbang, aku memilih tajuk itu. Aku terpanggil untuk menulis setelah berlaku sesuatu yang menyentakkan, dan tentunya perkara ini akan kekal dalam ingatanku. Kerana aku ini jenis yang pelupa, hanya mengingati sesuatu perkara bila ia menyentak hati dan perasaan.

        Sebagai manusia biasa, semua orang akan mempunyai perasaan yang pelbagai. Rasa sayang, takut, gembira, sedih, dendam dan sebagainya. Tetapi kita bertuah kerana kita dikurniakan akal dan pilihan. Kita boleh memilih untuk mencorakkan kehidupan kita. Kita berakal untuk menimbang sesuatu pilihan itu samada baik atau buruk pada kita.

           Dalam usia muda remaja, tentunya jiwa sedang bergolak mencari hala tuju hidup. Sekali lagi kita diberi akal untuk memilih, sekiranya kita memilih kebaikan, tentunya disertakan pakej-pakej yang membahagiakan. Sekiranya kita memilih keburukan (dendam yang mana syaitan bertepuk tangan penuh kesukaan) maka, kita akan dibekalkan dengan pakej-pakej yang mendukacitakan.

          Tetapi sekali lagi ALLAH itu maha kaya, yang mana Dia memberikan kita akal dan pilihan. Pintu taubat sentiasa terbuka luas untuk kita sekali lagi membetulkan keadaan.

           Akhir kata, semoga ALLAH memberkati anda. Amin