Sabtu, 9 April 2011

Setiap Manusia Diberi Pilihan


            Mulanya aku mahu menulis tajuk yang lain, tapi setelah berfikir - menimbang-nimbang, aku memilih tajuk itu. Aku terpanggil untuk menulis setelah berlaku sesuatu yang menyentakkan, dan tentunya perkara ini akan kekal dalam ingatanku. Kerana aku ini jenis yang pelupa, hanya mengingati sesuatu perkara bila ia menyentak hati dan perasaan.

        Sebagai manusia biasa, semua orang akan mempunyai perasaan yang pelbagai. Rasa sayang, takut, gembira, sedih, dendam dan sebagainya. Tetapi kita bertuah kerana kita dikurniakan akal dan pilihan. Kita boleh memilih untuk mencorakkan kehidupan kita. Kita berakal untuk menimbang sesuatu pilihan itu samada baik atau buruk pada kita.

           Dalam usia muda remaja, tentunya jiwa sedang bergolak mencari hala tuju hidup. Sekali lagi kita diberi akal untuk memilih, sekiranya kita memilih kebaikan, tentunya disertakan pakej-pakej yang membahagiakan. Sekiranya kita memilih keburukan (dendam yang mana syaitan bertepuk tangan penuh kesukaan) maka, kita akan dibekalkan dengan pakej-pakej yang mendukacitakan.

          Tetapi sekali lagi ALLAH itu maha kaya, yang mana Dia memberikan kita akal dan pilihan. Pintu taubat sentiasa terbuka luas untuk kita sekali lagi membetulkan keadaan.

           Akhir kata, semoga ALLAH memberkati anda. Amin

  


            
       

Tiada ulasan:

Catat Ulasan