Khamis, 28 April 2011

Aku Geram Dengan Perokok Yang Merokok di Kedai Makan

            
         Sejak dua menjak ini, aku sering terkena batuk-batuk. Macam nak terkeluar rasanya anak tekak. Nafas jadi pendek. Dah tak makan ubat batuk, hanya madu asli. Sangat mujarab lah madu ni. Batuk pun mula beransur-ansur meninggalkanku.

        Bila batuk dah mula baik, aku jadi geram dengan perokok yang tak faham bahasa dan juga tidak mempunyai kesedaran sivik dan seumpama dengannya (nanti kalau guna bahasa kasar, terluka pula hati, jantung dan sebagainya).

            Macam hari ini, masa aku baru duduk di kerusi meja makan, setentang dengan pasangan (tak dapat di pastikan samada pasangan berkahwin atau belum) yang si lelakinya dengan muka selamba merokok. Kami pun berpindah ke meja lain yang tidak jauh dari meja tadi. Perokok melihat kami pindah, tetapi masih tidak berhenti merokok, mungkin kerana terlalu sayangkan rokoknya. Ialah harga rokok kan mahal.

            Ingat kan bila dah pindah meja, aman lah jadinya, rupanya tak. Meja belakang pula yang merokok, adoiiii...tension betul. Jadi, apa yang aku buat?? Tengok muka perokok dengan muka menyampah. Dia pun tengok aku, tapi dengan muka yang tak tahu malu. Kiranya aku tengok dia, dia tengok aku. Aku mula buat-buat batuk, sekali betul-betul batuk...tapi perokok masih meneruskan aktivitinya yang tidak bermoral. Aku kira perokok bersama-sama dengan keluarganya. Tapi dalam keadaan tadi, ahli keluarganya pun tidak menegur si perokok. Adakah ini bermakna, perokok dan ahli keluarganya = tidak beretika + tidak mempunyai kesedaran sivik + tidak pandai membaca body language + tidak tahu malu. Nampak tak kesan akibat perokok seorang yang merokok, kena tempias si ahli keluarga.

          Kalau pergi sekali dengan ahli keluarga atau suami yang perokok, tolonglah nasihatkan mereka itu jangan merokok di tempat awam. Kasihani orang macam aku. Kerana asap rokok lebih bahaya daripada orang yang menyedutnya terus dari rokok. Kes tadi baru dua orang yang tak tahu malu, kalau sehari, berapa orangkah perokok tak tahu malu yang anda jumpa?? Banyakkan?

            Kalau nak sakit, biarlah awak seorang sahaja...


            Untuk bacaan lebih lanjut, boleh ke blog ini: http://beck-no-smoking.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan